Siri Mesyuarat PAS Untuk Kukuhkan Parti Dan Pakatan Rakyat

Laporan Bernama: 17:43 PM terkini hari ini menyatakan PAS bakal mengadakan minimum 4 siri mesyuarat dengan rakan pakatan parti pembangkang dan pucuk pimpinan tertinggi bagi meredakan ketegangan berhubung cadangan perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno. Aku ringkaskan untuk memudahkan rujukan.

1. Mesyuarat 1 (PAS + PKR +DAP)
Tarikh: 22/06/2009 | Hari: Isnin | Tempat: Parlimen | Masa: Tengahari

Mesyuarat itu, yang juga yang pertama di kalangan gabungan parti pembangkang selepas Muktamar PAS awal bulan ini, akan menjadi venue bagi parti berkenaan menyatakan pendirian jelas tentang isu perbincangan perpaduan. PAS akan diwakili oleh Presidennya: TU Hj. Hadi, Timb. Presiden: TU Nasharuddin, SU: TU Mustapha Ali dan dua naib presidennya.

2. Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pusat PAS.
Tarikh/Hari: Rahsia | Tempat: Ibu pejabat baru parti di Jalan Raja Laut | Masa: 8.30 malam

TU Mustafa enggan mendedahkan butiran mesyuarat itu. "Lazimnya, kami akan berbincang dengan panjang lebar... ini pastinya akan menjadi suatu mesyuarat yang lama," kata TU Mustafa. Bagaimanapun, sumber dalaman menyatakan mesyuarat itu antara lain akan membincangkan mengenai bagaimana hendak meredakan keadaan berikutan cadangan kerajaan perpaduan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan yang naik berang dengan perkara itu.

3. Mesyuarat "Ukhuwwah"
Tarikh dan Masa : Minggu Depan | Hari: Rahsia | Tempat: Rahsia
Pertemuan membabitkan TG Nik Aziz, TU Nasharudin dan TU Hadi ini bagi membincangkan perbezaan pendapat berhubung isu perbincangan perpaduan. Mustafa tidak menyatakan bilakah mesyuarat itu akan diadakan tetapi menurut pemimpin parti, ia dijadual diadakan minggu depan.

4. Permukiman Khas Pemimpin Tertinggi PAS
Tarikh: 18-19 Julai ; Hari: Sabtu-Ahad ; Lokasi: Dirahsiakan

Permukiman selepas PRK DUN Manik Urai bulan depan dianggap sebagai langkah mengukuhkan perpaduan parti. Ketua Penerangan parti yang baru dilantik, Idris Ahmad, diberitakan diberi tanggungjawab untuk menganjurkan acara itu.

Komen Aku:

Bagus! Kekuatan itu datang dari dalam. Jika dalaman tak kuat, tipu macamana badan besar pun, bengkeng macamana pun - orang tetap kata kita lembik. Kena bagi diri kuat dulu, baru PAS mantap.. baru Pakatan mantap.

Cuma berkaitan Kerajaan Perpaduan, aku nak taruk cili sikit. Maafkan aku. Berkaitan UG - Kononnya SU PAS Mustafa kecewa ditentang sebelum ianya dibincang. Habis tu.. Siapa suruh tak bincang dulu.. yang mengarut bukak cerita pasal UG lepas muktamar baru ni.. siapa? Siapa suruh? Mula-mula kata nak berbincang dengan UMNO, lepas tu dah kata tak berminat bincang dengan UMNO. Cakap jenis main sedap saja.. dah kena bantai - menggelabah! Dulu, suruh pimpinan PR tutup mulut? Banyak cantik.. Bila TGNA tibai rapat, disokong pula oleh kenyataan rasmi 10 orang Ahli Parlimen PAS.. Amacam? Last-last, dia jugak yang cakap banyak.

Sebagai kesimpulan, jika nak menyatakan sesebuah visi baru - biarlah bermula dengan penjelasan kepada kepimpinan tertinggi dulu. Bincang dan berbahaslah dulu di peringkat itu. Jika seguni benih main tabur sahaja di merata jalan, susah nak tumbuh.. tanah banyak yang keras lagi berfikir, bukan semua tanah jenis subur jenis terima buta. Jika benih tak mau tumbuh, bukan senang biji-biji benih tu nak dikutip balik. Jenuh dan payah..

Bagi aku, jika keputusan Muktamar tahun lalu untuk terus kukuh dalam Pakatan Rakyat dianggap sebagai surat pekeliling atau akta yang berkuatkuasa - ianya tetap perlu dipatuhi.. selagi belum dibuat pindaan, ditambahbaik atau dimansuhkan dalam Muktamar yang lain. Apapun, semoga barisan tertinggi PAS - TU Hadi, TU Nasha dan lain-lain terlibat belajar banyak dalam menangani isu-isu sebegini.

2 comments:

  • salam BTS. aku rasa depa dah belajaq banyak dah. sama macam kita. apa-apa pun, semuanya makin mematangkan kita semua dengan sepak terajang dunia politik di malaysia.

  • salam anon, puak atas tu lupa - bila mereka berkata-kata dengan media, tentu akan dimanipulasi. masalahnya, isu UG itu bukan dengan media saja, tetapi dengan ahli2 - peliknya ceritanya tergantung, kabur dan berlawanan dengan keputusan sejak tahun lalu. tu yg orang marah.

Post a Comment