Manek Urai - Calon PAS Fauzi, Calon BN Esok

Menjelang hari penamaan calon PRK DUN Manek Urai pada 6 Jun ini, rakyat menumpu perhatian pada siapakah calon yang bakal bertanding. Semalam, TG Nik Aziz mengumumkan calon PAS di Kg. Manek Urai Lama di depan ribuan penyokong yang turut dihadiri kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS - TG Hj. Hadi dan Penasihat DAP - Lim Kit Siang.

Calon PAS ialah Hj. Mohd Fauzi Abdullah, 50 seorang peniaga dan Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai. Di samping itu, beliau adalah Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia DUN Guchil. Fauzi tinggal di Guchil tetapi mempunyai ramai keluarganya di Manek Urai dan dikatakan dikenali di seluruh DUN yang bakal ditandingi pada 14 Julai ini.

Hj. Fauzi yang lebih dikenali sebagai "Abe Uji" telah mengorak langkah awal turun padang hari ini. Dia bertemu rakyat Manek Urai secara formal khusus dengan pelajar yang akan melanjut pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Kampung Ragu, di samping menyampaikan sumbangan bagi pihak Dun Manek Urai kepada lapan pelajar. Ya.. Tugas sudah bermula.

Itu cerita tentang calon PAS. bagaimana dengan calon UMNO-BN?

Sebelum ini, Perdana Menteri - Najib mengumumkan calon BN akan dibuat oleh Timbalannya pada hari Ahad. Hari ini, Muhyiddin mengesahkannya di Pagoh. Esok siapakah calon BN bakal diketahui.

Politik Sebagai Satu Seni

Bagi aku, politik ini suatu seni yang sukar ditafsir. Setiap keputusan, setiap hebahan malah setiap pertikaian dalaman atau luaran parti mempunyai tujuan tertentu. Ada yang tersurat, ada yang tersirat. Ada yang diikat, ada yang mengikat.

Semasa PRK Parlimen Bukit Gantang dahulu, BN mula-mula gah mengumumkan Ismail sebagai calon BN. Media kerajaan memberi publisiti cukup hebat. Macam dia bakal menang mudah, atas kapasiti pengalaman kerja dan anak tempatan. Alih-alih, bila PAS buat pengumuman selepas itu bahawa DS Nizar sebagai calon (hari-hari terakhir sebelum penamaan calon) , pemimpin BN banyak yang mengkritik pemilihan itu. Mereka tahu Nizar adalah amat popular. bukan sahaja di Perak malah seluruh Malaysia. Mereka tahu calon BN bakal menerima tentangan paling sengit kerana isu krisis Perak yang baru berlaku. Ternyata, BN tumbang di Bukit Gantang.

Kali ini, BN ubah strategi. BN umumkan selepas PAS mengumumkan calon mereka. Tentunya ada percaturan calon oleh kepimpinan BN setelah melihat siapa calon PAS. Dulu BN terkena di Bukit Gantang, maka diharap kali ini boleh mengenakan PAS pula di Manek Urai. Besar hajatnya.. kih kih kih.

Apa-apa pun, bagi aku.. bila PAS berani buat keputusan awal.. bermakna PAS telah berani menerima risiko. Penolakan Kerajaan Perpaduan kembali mengutuhkan parti. Kawasan Manek Urai adalah ladang subur PAS. Sepertinya PAS dah bersedia menguburkan UMNO-BN sekali lagi di Manek Urai. Jika ianya berlaku, keputusan semua PRK sejak PRU12 Mac lalu bakal menjadi 6-1. Kita sama-sama lihat.

1 comments:

Post a Comment