Kerajaan Malaysia - Antara Ahli Politik Dan Raja Berperlembagaan

Dalam kesibukan PRK DUN Manek Urai, dalam keriuhan Kerajaan Perpaduan, dalam pertikaian MB Perak, dalam pertikaian mahkamah Anwar Ibrahim-Saiful - jelas, itu semuanya politik. Oleh kerana ianya politik, itu kerja orang politik dan mesti diselesaikan oleh ahli politik. Kalau tak diselesai di mahkamah (judiciary) mestilah diselesaikan di peringkat Parlimen dan Dewan Negara (legislative). Lagipun, jentera kerajaan persekutuan (executive) yang jelas di bawah Perdana Menteri tentu cuba selesaikan. Jadi, semua hal-ehwal politik pemerintahan negeri dan negara bukanlah kerja Raja dan Sultan.

Bukankah Sultan dan raja 'di atas' politik? Sesungguhnya Sultan dan Raja tidaklah pekak. Rakyat kena belajar selesaikan sendiri masalah mereka. Sultan dan Raja pula akan terus mendengar..
Sultan Perak - Sultan Azlan Shah.. raja pemerintah bukanlah daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan, bahkan segala perkara yang berlaku dalam negara ini adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan raja pemerintah.

.. raja berperlembagaan itu memiliki tiga hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran.

.. berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, raja-raja mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, melindungi agama Islam, melindungi bahasa Melayu dan melindungi kepentingan sah kaum-kaum lain.

Aku tidak mempertikai hak dan kuasa raja di bumi Malaysia ini. Mereka kan ketua agama Islam di negara ini. Mereka tentunya dah lama bersedia menjawab soalan Tuhan di Hari Perhitungan kelak. Cuma aku nak kata, memang seronok jadi Sultan dan Yang Dipertuan Agong di Malaysia ini. Sentiasa berada di 'atas', dan mendengar..

Semalam, di mana DYMM Yang Dipertuan Agong.. Adakah di di Manek Urai atau Kubang Badak atau Kuala Lumpur atau Long Pasia? tidak.. sebaliknya muncul sekaligus mengejutkan penduduk Kerpert, Brittany di pedalaman Perancis untuk menyertai pertandingan lumba kuda, juga nak beli beberapa ekor kuda.. Mungkin rakyat pedalaman Sabah, Sarawak dan Semenanjung tidak kisah atau sedih bila tanah buminya masih belum dicemar duli oleh mana-mana YDP Agong.

Best kan jadi Agong? Kalau ikut Laporan Perbendaharaan Malaysia, Elaun Diraja YDP Agong pada 2008 diperuntukkan RM13.5 juta. Ditelnya, aku tak tahu.. tapi cerita-ceritinya ada. Sedikit je kan?.. lepaslah kalau nak bersantai di luar negara, bila boring-boring duduk dalam Malaysia.

Bukankah rakyat perlu selesaikan masalah mereka sendiri. Dari luar negeri juga, raja dan sultan akan tetap melihat dan mendengar. Rakyat tertiarap ka, terbongkang ka, terlungkup ka.. raja dan sultan akan tetap terus melihat dan mendengar.

3 comments:

  • tak sensitip ka isu nih?

  • Betulkah keluarga diraja British tanggung sendiri? bayar cukai pulak tu....

  • salam anon, kalau semuanya sensitif, baik kita buta, pekak dan tengin semuanya. kita boleh bersuara, sekadar meluah apa yang difikir oleh jelata dalam adab yang bersusila. bukankah raja dan sultan sentiasa mendengar.. ? kalaulah..

    salam Lee Copper, kerajaan British lebih telus dalam mengemukakan perbelanjaan dan pendapatan. Laman Rasmi The British Monarchy ini contoh yang baik, banyak maklumat di situ. Sejak umum sukarela nak bayar cukai pendapatan pada 1992, Queen Elizabeth mula membayarnya mulai 1993.

Post a Comment