Manek Urai - BN Umum Calon Ahad, PAS Jumaat

Seperti sedia maklum, PAS akan mengumumkan calon PRK DUN Manek Urai pada hari Jumaat - esok: 26/06/2009. Dalam pada itu, BN pula dijangka buat pengumuman pada hari Ahad ini - 28/06/2009.

Najib berkata, pengumuman calon tersebut akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manek Urai. Dia berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur lewat malam tadi.

Dalam mesyuarat hampir tiga jam itu MT telah mendengar taklimat daripada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Menurut Najib, mereka telah berbincang dengan panjang lebar dan juga menerima pandangan serta input daripada sayap-sayap parti - wanita, pemuda dan puteri berhubung persiapan pilihan raya kecil Manek Urai.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat pelbagai komplikasi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

Sama-sama kita tunggu siapa calon berkaitan. Khabar angin dah banyak bertiup bagi kedua pihak.. tetapi pengumuman rasmi dari kedua parti itulah yang bakal mengesahkannya.

1 comments:

Post a Comment