Dewan Harian PAS Pusat - Husam & Mat Sabu Diperlukan

Dahulu aku ada terfikir begini. Dalam acara lari 100 meter, 8 orang berlari. Bila sampai garisan penamat, hanya 3 orang sahaja disahkan pemenang. Nombor satu - emas, nombor dua - perak; dan nombor 3 - gangsa. Tempat ke-4 hingga ke-8, duduk sajalah.. sebab dah tewas dan tiada sebarang ganjaran untuk nombor2 besar mereka. Tahun depan lawanlah lagi.

Sekarang aku terfikir begini pulak. Dalam satu pertandingan Timbalan Presiden PAS, 3 orang bertanding. Masalahnya, hanya yang no.1 saja dapat ganjaran dan pengiktirafan - kerusi. Yang nombor 2 dan 3 tu, duduk diam sajalah.. sebab dah tewas dan tiada sebarang ganjaran untuk nombor2 besar mereka. 2 tahun lagi, lawan semula.

Dalam kes PAS, dan keributan yang timbul baru-baru ini, boleh ka macam tu?

Mana boleh! Ketiga-tiga petanding tersebut bukan calang-calang. Masing-masing ada kelebihan tersendiri, ada pengikut tersendiri. Baik Nasha, Husam atau Mat Sabu - amat diperlukan dalam parti. Kalau rumah tu ada 3 tiang, mereka termasuk antara tiang-tiang tersebut. Kalau buang 1 atau 2, rumah boleh reban.

Aku bersetuju dengan AlHusseyn - dalam cadangan terbukanya kepada Presiden PAS, TU Hadi Awang bahawa Husam dan Mat Sabu perlu diberi jawatan dalam Dewan Harian PAS. Antara hujahnya yang aku petik, seperti berikut:
Jumlah undi yang diperolehi oleh Haji Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu iaitu sebanyak 542 undi itu melambangkan sokongan lebih daripada 100 Kawasan Pas (satu Kawasan menghantar 5 orang perwakilan).

Dengan itu kita wajar tidak meninggalkan mereka berdua daripada menjawat jawatan dalam Dewan Harian Pas Pusat. Saya merasakan kerugian yang amat sangat sekiranya kita tidak memanfaatkan mereka berdua kerana mereka sebelum ini adalah dua orang Naib Presiden Pas.

Saya percaya contohnya jika Presiden melantik Abang Mat sebagai Ketua Penerangan yang baru, beliau boleh menambah baik kempen dan penerangan parti sehingga ke akar umbi terutamanya di kawasan Parlimen yang menjadi target kita untuk dimenangi pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Sesuai dengan kedudukan beliau yang tidak menjadi wakil rakyat, beliau mampu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerja penerangan parti.

Manakala Haji Husam pula saya cadangkan supaya dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Pas yang baru. Beliau boleh mengolah dan mengemukakan pelan tindakan baru yang ingin dicapai oleh Pas bagi menjadi parti utama dalam negara pada PRU yang akan datang.

Dengan perlantikan itu, kita tidak membuang Haji Mustafa Ali kerana beliau adalah Pesuruhjaya Pas Terengganu yang turut berada dalam jawatankuasa Pas Pusat. Saya berharap agar Haji Mustafa dapat memberikan tumpuan dan fokus untuk Pas menawan semula Terengganu pada PRU yang akan datang.

Diharap agar kepimpinan tertinggi parti terutamanya Tuan Guru Presiden dapat mengambil kira cadangan saya ini demi menjulang martabat dan kedudukan parti lagi di masa mendatang.
Seperti kata Cenangau, selain dari dua jawatan tu ada dua lagi jawatan Setiausaha Agung dan Bendahari. Ya, kedua-dua mereka tak sesuai pegang jawatan-jawatan tu. Biar orang lain ambil jawatan tersebut.

Dalam Harakahdaily, Naib Presiden PAS - Mahfuz Omar telah terang-terang mahu Husam dan Mat Sabu dimasukkan ke Dewan Harian Pas Pusat. Seorang lagi Naib Presiden - Salahuddin Ayub sama rentak dengan Mahfudz.

Hrm.. macamana TU Hadi & TU Nasharuddin? Biarlah sebarang langkah dasar, mengambilkira sama pandangan orang bawah. Yang dah terlanjur tu sudah, cukuplah. Full stop.

0 comments:

Post a Comment