Bila Ketua Hakim Negara Berbicara.. Muahahaha!

Tun Zaki Tun Azmi - Ketua Hakim Negara
PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) -- Seorang hakim yang tak mampu membuat keputusan dengan cepat adalah seorang hakim yang kurang baik, kata Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Katanya satu daripada faktor dalam menilai sama ada seorang hakim itu bagus atau tidak ialah kemampuannya membuat keputusan tanpa berlengah dan seterusnya menyediakan alasan penghakimannya.

"Malah, dalam kes melibatkan hukuman mati, di mana setiap pensabitan pasti akan dirayu oleh tertuduh sehingga ke peringkat mahkamah tertinggi, tiada sebab bagi hakim yang mengendalikan kes itu tidak menulis alasan penghakimannya walaupun sebelum mengumumkan keputusannya," kata Zaki.

Katanya sebarang kelewatan dalam memulakan perbicaraan, memerintah tertuduh membuat pembelaan, membuat keputusan di akhir perbicaraan atau menulis alasan penghakiman, boleh menyebabkan berlaku ketidakadilan.

Beliau membuat teguran itu berhubung kelewatan selama empat tahun dan lima bulan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi untuk memanggil Ghazalee Kassim dan Mohamad Junaidi Hussin, kedua-duanya penganggur, dan Mohd Salleh Yunos, seorang pemandu teksi, membuat pembelaan kerana dituduh mengedar 50kg kanabis, sembilan tahun lepas. [...]

Muahahahaha!

Pasai apa gelak? Pasai dia kata kat seorang Hakim Mahkamah Tinggi mungkin baginya.. lembap. Tapi dia tak kata macam tu pada para Hakim Mahkamah Rayuan Nizar vs Zambry yang SUPER LEMBAP. Kenapa dah dekat sebulan.. mangkuk 3 orang tu tak boleh siapkan lagi penghakiman bertulis? Muahahaha. Awat tak balun sekali?

Ketua Hakim Negara - Cakap jangan berpilih-pilih. Jika berpilih-pilih, di mana keadilan? Para hakim sepatutnya perlu betul-betul bijaksana, bukannya bijaksini!

Tapi nak kata macamana, kisah Tun Zaki Tun Azmi pun berselirat. Beliau seorang yang dicipta sejarahnya oleh PakLah. Beliau yang ketika itu Tan Sri, adalah seorang peguam yang pertama dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, dan tidak mengikuti urutan kebiasaannya di mana seseorang itu terlebih dahulu dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Dalam legislatif pun boleh main loncat-loncat jugak. Kih kih.

Lagi panas ialah beliau adalah bekas Penasihat Undang-Undang UMNO; Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Umno dan Timbalan Pengerusi Lembaga Rayuan Disiplin Umno

Muahahaaha. So what do you think? For me.. The honour of justice is truly unjustified.

4 comments:

  • the watcher said...

    salam BTS. i think the honour of the justice not just unjustified, but there was no justice at all. i repeat, AT ALL.

  • salam the watcher, for somebody still uphold the justice. for an example.. justice tun abdul aziz abd rahim (hight court - nizar vs zambry). he judged, he made a wise decision, he delivered the written judgement - a good example.

    cuma, hakim yang adil biasanya susah naik pangkat di dunia. tak apa, semoga Allah tetap merahmati mereka di dunia dan akhirat.

  • Menikah di siam. Menipu menipulah tu...

  • salam Lee Copper, begitulah seperti yang diberitakan. pemilihan penjawat yang dikomplotkan.

Post a Comment