Sah! Zaid Masuk PKR

Zaid Ibrahim Masuk PKR
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini. Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Katanya, Zaid secara rasminya akan mengisi jawatan tersebut selepas disahkan Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setelah “dirasmikan dalam mesyuarat” secepat mungkin. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR.

Turut sama naib presiden, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim. [...]

(Sumber: Malaysiakini)
Ini memang sudah dijangka ramai. Zaid kan dah tiada parti. Biasalah PKR angkut bekas-bekas tentera UBN tu. Lagipun, Zaid tiada apa-apa jawatan lagi - dia bekas Senator, juga bekas Ahli Parlimen yang tewas serta merangkap bekas Menteri dah yang meletak jawatan.

Kumpulan serpihan UMNO karat sebegini memang banyak dalam PKR - sama macam Othman Jailu & Jamamaluddin tu. Bukan apa - takut jenis kawan pelingkup kawan saja. Manusia selalu lupa sejarah, sejarah tidak pernah meninggalkan kita.

Jaga diri baik-baik, Zaid. Pembidik tepat kalangan rakyat akan mengawasi setiap gerak geri anda atas beberapa alasan tadi. Bersabarlah dan berteguhdirilah. Selamat datang ke dalam Pakatan Rakyat. Welcome Aboard.

2 comments:

  • zaid ni memang lain macam. dlm umno buat bengkeng, esok dlm pkr silap2 buat jugak. awal2 masuk, dah dpt pangkat 3 paku? aku ingat BN saja kartun macam ngko selalu sebut, nampak PKR pun dah nak jadi kartun.

  • @anon, salam. kita tengok nanti apa dia boleh buat. dia kerja baguih kalu, kita sokong. dia kerja tarak baguih kalu, kita taruk cukup2. tak kira siapa - parti mana. bukan pasai apa, nakkan PR menang next election.

Post a Comment