Pilihanraya Presiden Iran - Sedang Berlangsung

Iran Election 2009 - Ayatollah Ali Khamenei
Dalam riuh rendah politik negara, lupa pula satu lagi perkara besar di negara sahabat kita, Iran. Tadi pergi meronda laman Al-Jazeera dan The Guardian, dapatlah beberapa maklumat yang tak keluar di media Malaysia.

(Foto kiri: Ayatollah Ali Khamenei mengundi di Teheran)

Hari ini, 46.2 juta orang pengundi seluruh negara yang berpenduduk 72 juta orang itu akan menjalankan tanggungjawab dalam pilihanraya itu dengan 45,000 pusat mengundi.

Pilihanraya Presiden Iran 2009 - 4 penjuru:

1. Mahmoud Ahmadinejad - penyandang Presiden. Sederhana, tetapi keras dengan USA.
2. Mir Hossein Mousavi - bekas PM, reformis lebih sederhana dan popular.
3. Mahdi Karroubi - reformis dan bekas Speaker Parlimen.
4. Mohsen Rezai - bekas Komander 'Revolutionary Guard' - tentera elit Iran.

Mahmoud Ahmadinejad seorang presiden yang mendapat sokongan dari kumpulan 'ulamak. Beliau dikritik sebahagian rakyatnya berikutan dasar keras mempertahankan loji nuklearnya dari USA. Manakala Mousavi pula dikatakan berjaya mendapat sokongan dari golongan muda dan berpendidikan. Satu pertiga dari pengundi Iran berumur di bawah 30 tahun. Golongan muda ini semuanya lahir selepas Revolusi Iran tahun 1999 pada era Ayatollah Khomeini. Kedua-dua calon fovourite ini mendapat sokongan seimbang di bandar dan desa.

Beberapa Fakta Pilihanraya Iran 2009

Keempat-empat orang calon Presiden diluluskan oleh Majlis Pelindung Iran (Iran's Guardian Council), satu panel dianggotai 6 orang Imam tertinggi dan 6 orang 'Ulamak Islam. Majlis itu telahpun menapis dan menolak seramai 475 calon layak yang lain, selain melarang wanita dari bertanding.

Calon Presiden yang meraih undi lebih 50% akan menjadi Presiden secara otomatik - jika tidak - satu pilihanraya ulangan akan dibuat sekali lagi pada hari Jumaat pertama selepas keputusan rasmi pilihanraya diumumkan. Ini bermakna, jika calon tak dapat 50% undian, pilihanraya lagi sekali Jumaat minggu depan - ekslusif untuk dua orang calon undi tertinggi sahaja.

Lain-lain Hal

Apa-apa pun, satu saja yang aku tak berkenan dalan penjelajahan internet aku - iaitu dengan kebanyakan golongan pemudi Iran sekarang. Ramai tak pakai tudung sempurna. Yang tua pun serupa - jenis selendang tayang remos. Rasa macam sama dengan sekumpulan puteri dan wanita di negara ini, kumpulan yang bertudung merah tu.

Iran Election 2009 - Golongan DewasaVideo rambut juntai-juntai geng puteri Iran comei-comei pulak, boleh klik tengok video kempen Mousavi semalam di SINI. Mungkin ianya senario biasa di bandar-bandar. Tetapi yang kelakarnya, tutup bawah muka - nganga terpelahang bahagian atas..? Kih kih kih. Tapi orang Iran memang lawa.. bila main tutup sekerat-sekerat macam ni.

Ada rupa macam Puteri UMNO Iran?

Iran Election 2009 - MuslimahYang ni pulak? adakah Muslimat PAS Iran?

Kih kih kih. Ok, stop bab pompuan. Berbalik pada klip video pada link di atas tadi. Klip itu dari The Guardian UK - tentunya ada usaha promote nilai kebaratan demi 'kebebasan' rakyat Iran, kononnya. Aku rasa USA ada mendalangi juga usaha-usaha bagi menjatuhkan Ahmadinejad kali ni. Memang kempen gila-gila agar semua pengundi turun bagi Ahmadinejad kalah.

Rasanya tengah malam ni dapat kot keputusan penuh. Apa-apa pun, semoga Iran akan dapat dipimpin pemimpin yang berteraskan Islam sebenar. Semoga Malaysia juga begitu.

2 comments:

  • penyokong mahmoud ahmadinejad said...

    salam. aku sokong mahmoud ahmadinejad. dia jenis simple, zuhud dan keras pada orang kafir. fahaman syi'ah itu cerita lain.

    aku bimbang reformasi dalam golongan muda Iran (jika menang Mousavi) boleh merosak generasi mereka akan datang. takut semua pakat pakai skirt pulak lepas tu. macam tu juga di malaysia.

  • salam. aku pun sokong ahmadinejad jugak. apa-apa pun kita tengok keputusan itu nanti. USA, Israel pun tension tunggu jugak. Memasing ada kepentingan belaka. Chavez Venezuela mmg terang2 support Ahmadinejad. Bos Malaysia? - macam biasa: negara berkecuali. kih kih kih.

Post a Comment