BI Syarat Lulus SPM - Idea Kartun Muhyiddin ?


Ho Ho Ho - Lulus Bahasa Inggeris Syarat Wajib Lulus SPM ??

Adakah Muhyiddin memiliki idea luar biasa? Ya! Sebab dia luar biasa? Ya! Apa luarbiasanya itu? Sebab ideanya bersifat kartun. Dengan idea kartun itu, cuba pula mengkartunkan rakyat Malaysia.
Kementerian Pelajaran Buka Talian Bagi Isu B.Inggeris Wajib Lulus SPM

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui saluran telefon dan e-mel yang disediakan Kementerian Pelajaran.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mempelawa orang ramai mengemukakan pandangan mengenai isu mewajibkan calon lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM.

Sebelum ini, beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus.

(Bernama - 09/06/2009 - 12:24 PM)

Kalau dah dimaklumkan memang ramai akan gagal SPM, kenapa sampai nak buat penyelidikan lagi? Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan lain-lain badan agensi kerajaan berkaitan peperiksaan awam Malaysia tentunya telah dan boleh berikan analisis sebenar berkaitan calon luar bandar, malah mengikut ras dan agama. Walau figure itu tidak dihebah secara rasmi, semestinya fakta itu tepat.

Dah tau kenapa rajin lagi buat pungutan suara? Sebab idea Muhyiddin adalah idea kartun.

1. Pungutan suara berdasarkan telefon dan emel ?

Piirah. Ingat semua rakyat Malaysia ada telefon? Ingat semua rakyat Malaysia ada internet? Mereka ada keperluan lebih mustahak untuk guna khidmat telefon rumah/bimbit mereka dari telefon kementerian. Bukan free! Ingat Pakcik Makcik kat kampung tu banyak duit nak pergi cyber cafe nak emel kementerian? Piirah. Baik depa pergi beli gula 2 kilo berbanding bayar kat tokey cyber cafe.

Maka jika rakyat tak ramai bagi respon kajian itu, maka Muhyiddin anggap "rakyat tidak bantah pun cadangan saya." ? Piirah. Idea kartun, siapa nak layan. Aku yang ada internet pun, tak akan mau emel kementerian hang, Muhyiddin. Pi la bawak cadangan hang tu dalam Parlimen, kalau nak rasa berasap telinga!

Ini memang idea kartun.

2. Budak Melayu lemah BI berbanding BM di luar bandar.

Tak payah buat kajian. Pi cari budak luar bandar yang BInya lebih baik dari BM., dalam 10 orang aku rasa Muhyiddin mungkin jumpa sorang saja. Tu pun kalau ada.

Jika status lulus sedia ada iaitu BM syarat lulus SPM, bermakna budak Melayu akan lebih mudah lulus SPM. Bila lulus SPM, layaklah memohon pekerjaan atau melanjutkan pelajaran.

Jika BI jadi syarat lulus SPM, Muhyiddin sebenarnya dah ada fakta. Budak Melayu luar bandar akan lingkup SPM. Jadi akan ramai yang tak boleh minta kerja dan lanjutkan pelajaran.

Pada masa yang sama, ianya terbalik pada murid bukan Melayu. Mereka lebih baik BI berbanding BM di luar bandar. Jika syarat BI syarat lulus SPM, mereka lebih berpeluang masuk universiti dan dunia pekerjaan berbanding murid Melayu.

Walaupun kuota bumiputera ke IPTA masih boleh dikawal oleh MOHE dan IPTA/IPTS, ini tetap idea kartun.

3. Muhyiddin nak tengok persepsi orang ramai tentang PPSMI.

Muhyiddin nak lihat sejauhmana pandangan orangramai. Orang marah ke tak? Orang itu Melayu ka, Cina ka, India ka atau macamana. Muhyiddin takut tersilap langkah. Jika PPSMI dikekalkan, orang Melayu memang marah pada UMNO & Barisan Nasional. Dalam masa yang sama, kerajaan dah perabih berbilion untuk projek mee segera PPSMI sejak zaman Mahathir. La ni pulak, ekonomi negara teruk - kerajaan tak dapat support lagi projek PPSMI. Takkan tiba-tiba nak kata kita mansuhkan PPSMI. Nanti rakyat kata BN memang kartun. Buat kelam kabut, mansuh pun kelam kabut. Untuk mengelak isu panas menjadi tegang, maka Muhyiddin boleh pilih antara 4 opsyen berikut.

3.1. PPSMI dikekalkan + BI adalah syarat lulus SPM.
Sebabnya didapati "pungutan suara rakyat melalui telefon dan emel" menunjukkan lebih ramai setuju BI jadi syarat wajib lulus SPM. Ini lebih utama dipertimbangkan oleh Kementerian berbanding persidangan meja bulat PPSMI. Keputusan ini adalah berdasarkan suara rakyat, suara keramat. cheewwwah.

3.2. PPSMI dimansuhkan + BI bukan syarat lulus SPM.
Sebabnya didapati "pungutan suara rakyat melalui telefon dan emel" menunjukkan lebih ramai tidak setuju BI jadi syarat wajib lulus SPM. Ini selari dengan keputusan persidangan meja bulat PPSI. Keputusan ini adalah berdasarkan suara rakyat, suara keramat. chewwaaah.

3.2. PPSMI dikekalkan + BI bukan syarat lulus SPM.
Sebabnya didapati "pungutan suara rakyat melalui telefon dan emel" menunjukkan lebih ramai tidak setuju BI jadi syarat wajib lulus SPM. Namun begitu, "mereka juga bersetuju kepentingan BI sebagai bahasa yang penting untuk dikuasai untuk karier dan melanjutkan pelajaran". Dalam masa yang sama, PPSMI tetap kita teruskan agar program bernilai berbilion ringgit tersebut tidak membazirkan wang rakyat. Keputusan ini adalah berdasarkan suara rakyat, suara keramat. chewwaaah.

3.4. PPSMI dimansuhkan + BI adalah syarat lulus SPM
Sebabnya didapati "pungutan suara rakyat melalui telefon dan emel" menunjukkan lebih ramai setuju BI jadi syarat wajib lulus SPM. Di samping itu, hasil mesyuarat di peringkat kementerian menunjukkan BI perlu diberi penekanan untuk karier dan melanjutkan pelajaran bagi lepasan SPM. Ini juga akan mampu meningkatkan kesungguhan pelajar dalam Bahasa Inggeris agar mereka bersedia menghadapi masa depan secara glokal. Di samping itu, keputusan ini juga selari dengan hasil keputusan persidangan meja bulat PPSMI agar PPSMI dimansuhkan. Walaubagaimanapun, semua peralatan PPSMI yang bernilai berbilion ringgit perlulah terus digunakan untuk faedah pembelajaran murid-murid. Keputusan ini sesungguhnya adalah berdasarkan suara rakyat, suara keramat. cheewwwah.

--------

Kah kah kah, bagi aku no. 3 ini bukan idea kartun. Ianya adalah usaha politik Muhyiddin bagi menyelamatkan BN ditembak bertalu-talu berikutan kegagalan PPSMI. Cuba hangpa tengok, dalam keempat-empat pilihan (3.1 - 3.4) di atas, Muhyiddin tetap nampak macam hero rakyat. Kah kah kah.

Kalau hangpa, hangpa teka Muhyiddin pilih opsyen yang mana satu? Aku punya tekaan, dia akan pilih opsyen 3.4 jika dilihat senario politik, ekonomi dan sosial masa kini. Kah kah kah. Dia peduli apa, janji 'hero rakyat'. Kah kah kah.

1 comments:

  • Yang sibuk-sibuk dengan bahasa Inggeris ni apa hal. Macamlah bahasa Inggeris tu dah melebihi tarafnya berbanding bahasa kebangsaan. Ini mesti kes lupa akan Perlembagaan Persekutuan. Manusia berpegang pada janji beb...

Post a Comment