Bila Petronas Dah Tak Mau Dengar Cakap Najib..

Foto Tun Najib Tun Razak
Kih kih kih.. Menarik kisah di TheMalaysianInsider ini. Lembaga Pengarah Petroleum Nasional (Petronas) kekal dengan keputusan bulan lalu serta menolak secara 'lemah lembut' hasrat Najib nak letakkan seorang ahli politik sebagai Pengarah Petronas. Dalam mesyuarat semalam, lembaga pengarah tidak memperakui Omar Mustapha Ong sebagai Pengarah kerana 'kantoi' dalam perjanjian pinjaman biasiswa tajaan Petronas 2 dekad lalu. Muahaha.

Yang kelakarnya, mesyuarat lembaga tersebut diarah oleh Najib sebagai PM untuk pertimbangkan sekali lagi keputusan mereka bulan lepas berhubung cadangan perlantikan Omar. Keputusan bulan lepas memang tak mau si Omar. Maka, lembaga itu cadang nak hantar satu delegasi bagi memaklumkan pada Najib berkaitan itu tidak lama lagi. Rombongan itu, khabarnya bakal diketuai oleh salah seorang pengarah Petronas, Abdul Kadir Kassim - seorang peguam kanan. Ya lah.. kenalah 'tolak secara berhemah'.. muahahaha

Omar, 38 tahun, gagal menamatkan jumlah tahun perkhidmatan dengan Petronas atau mana-mana agensi kerajaan sepertimana yang tertera dalam perjanjian biasiswanya 20 tahun lalu. Petronas telahpun memulakan prosiding kes terhadap Omar pada tahun 2001.

Tan Sri Hassan Marican, Presiden dan CEO Petronas, tidak mahu memberi komen berkaitan isu ini apabila ditanya oleh para wartawan semalam samada kemungkinan berlaku perubahan dalam lembaga pengarah syarikat minyak negara itu. Pada Ahad lepas, New Straits Time tiupkan khabar angin ada seseorang yang Najib nak bubuh gantikan Tan Sri Hassan ini. Gila ke Najib? Punya bagus Hassan ni bawa Petronas sampai ke tahap sekarang, nak ditukar?

Pada Isnin lalu, Tun Dr. Mahathir - Penasihat Petronas - sendiri telah menyindir rancangan Najib nak bubuh pembantunya ke dalam lembaga pengarah Petronas. Apa kata Mahathir?

Apabila ditanya adakah wajar Najib "melantik seorang yang gagal menyumbang pada Petronas setelah diberi biasiswa oleh badan itu", Mahathir menjawab lebih kurangnya - "secara amnya saya boleh menyatakan adalah tidak bagus melantik orang sebegitu". Muahahaa.

Siapakah Omar Mustapha Ong ?

Dia muncul sebagai orang kepercayaan politik kepada Najib dan sering dirujuk untuk nasihat berkaitan hal-ehwal ekonomi dan kewangan.

Dia berkelulusan Oxford dengan biasiswa Petronas, kemudian kerja sekejap dengan Petronas dan beberapa GLC. Kemudian menyertai McKinsey & Co, syarikat konsultan antarabangsa di London dan Malaysia. Dia keluar McKinsey pada awal 2002 untuk menubuhkan syarikat konsultannya sendiri - Ethos & Co - bersama beberapa teman rapat. Dua tahun kemudian, diambil oleh Najib yang ketika itu Timbalan PM menjadi pegawai khasnya. Berat.. dulu heboh si KJ teringin jadi PM sebelum berumur 40 tahun; sekarang ada orang lain pulak nak jadi CEO @ Pengarah Petronas sebelum 40 tahun jugak? Isk.. isk..

Petronas Profit 2009Bagi aku, bersyukurlah kerana Petronas ini termasuk dalam senarai 500 syarikat paling untung di dunia (Fortune Global 500). Dan semalam dalam laporan Bernama, Petronas dah buat pengumuman pendapatan tertinggi dalam sejarah penubuhannya, sebanyak RM264.2 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2009, meningkat 18.4 peratus daripada RM223.1 bilion pada tahun kewangan sebelumnya. Hebat pencapaiannya jika dibandingkan semasa penubuhannya dulu bermodal RM10 juta sahaja.

Hebat.. Nasihat aku, bila dah kaya.. Jangan lupa bayar zakat. Jangan lupa bersedekah. Jangan lupa bayar royalti minyak pada negeri yang berhak. Jangan lupa Tuhan - Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Perkasa. DIA boleh lungkupkan Petronas selungkupnya-lungkupnya sepertimana juga DIA boleh menaikkan Petronas setinggi-tingginya. Najib.. Pikiaq baik-baik.

2 comments:

Post a Comment