PRK Manek Urai - Puad Zarkashi Seru Guru Undi BN ? Kih Kih

Hari ini, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pulak buat lawak di Manek Urai. Sebagai Timbalan Menteri Pelajaran, dia nak eksekutif jentera kerajaan di kalangan warga pendidik di situ undi calon BN. Berikut petikan Bernama 17:58pm, petang ini.

Foto Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi - Timbalan Menteri Pendidikan
Guru Diminta Sokong BN Di Manik Urai
MANIK URAI, 23 Jun (Bernama) -- Seramai 187 guru dan warga pendidik yang layak mengundi pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Manik Urai pada 14 Julai ini diseru supaya memilih calon Barisan Nasional (BN) bagi memastikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) berjaya dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun pemilihan calon merupakan hak seseorang individu, namun sokongan terhadap kerajaan akan memastikan PIPP dapat dilaksanakan demi faedah generasi masa depan.

"Kita berharap para guru dapat membantu menjayakan agenda pendidikan negara ini," katanya.

Puad berkata kerajaan kini dalam proses untuk membina negara bangsa yang cemerlang menerusi sistem pendidikan yang maju. "Kita juga sedang meningkatkan taraf guru dan untuk itu mereka mestilah bersama kita," katanya.
Nasib baik, 'seruan'nya masih berlapik.. 'pemilihan calon merupakan hak seseorang individu'. Kalau tidak, aku tentu taram dia cukup-cukup. Undi adalah hak rakyat Malaysia yang layak mengundi. Rakyat bebas memilih, bebas memangkah.

Tiada kaitan antara Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dengan wakil rakyat tempatan yang akan dipilih. Bagi ahli profesional di bidang perguruan, mereka tetap jalankan tugas mereka, sama seperti profesion di bidang lain. Setakat ini, tidak pernah didengar seorang guru tidak mengajar murid di sekolah kerana menyokong PR. Tidak pernah dengar juga seorang doktor tidak merawat pesakit di hospital kerana menyokong PR. Bukankah pelajar terbaik SPM 2008 dengan 20A, Nik Nor Madihah dari Kelantan.. adakah guru-guru sekolahnya tidak mengajar?

Di sebaliknya, yang aku biasa tengok.. biasa dengar.. ialah pengurus pendidikan, guru, kerani sekolah malah murid sekolah yang tiada di sekolah kerana melibatkan diri, terlibat, atau dipaksa libat bagi kepentingan parti BN. Yang tu boleh pulak ka?

Urusan kerja dalam apa jua bidang sebagai punca rezeki yang halal adalah dituntut. Profesionalisme seseorang penjawat awam bukan berdasarkan motif politik atau kepentingan diri - tetapi atas iltizam, integriti, akauntabiliti serta amanah yang dipikul untuk dilaksanakan untuk kepentingan rakyat negara ini.

Biodata Mohd Puad Zarkashi di Wikipedia (kih kih).

Memang aku respect kat MIO (military intelligence) BN.. mereka boleh beri data yang tepat, terperinci tentang rakyat, tentang pengundi. Kalau tidak macamana Mohd. Puad Zarkashi dapat figure 187 pengundi dari warga pendidik? Aku yakin tentu BN juga ada figure angka rakyat miskin yang bertanggungan tinggi di Manek Urai. Kerajaan Pusat dah bantu mereka? Atau memang tahu, cuma sengaja tak nak salur bantuan.. sebab.. negeri pembangkang. Zalim.

1 comments:

Post a Comment