Nizar vs Zambry - 11 Hakim Mahkamah Persekutuan 9-10 Julai?

Terkini, berhubung kes Nizar vs Zambry - aku dapatkan dua sumber. Pertama: TheEdge - Mahkamah Persekutuan akan mendengar kes permohonan untuk kebenaran merayu DS Nizar bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan kedudukan MB Perak pada 9-10 Julai ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh tersebut selepas Nizar menfailkan kes tersebut pada 3.32 petang tadi, satu hari bekerja sebelum 30 hari tempoh rayuan tamat pada Isnin depan.

Nizar membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei lalu yang mengisytiharkan Zambry sebagai MB Perak yang sah (tapi bagi ramai orang, tak sah).

Peguam Nizar, Leong Cheok Keng memberitahu sidang akhbar bahawa pasukan peguam mereka telah mendrafkan 3 soalan untuk penafsiran perlembagaan oleh Mahkamah Tinggi. Persoalan itu meliputi samada Sultan Perak boleh menyingkirkan MB sekarang dan melantik seorang MB yang baru sedangkan MB sekarang tidak meletak jawatan atau tidak terdapat usul undi tidak percaya di DUN Perak.

Dalam Bernama pula, dikatakan bahawa DS Nizar memohon supaya keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai menteri besar Perak yang sah, digantung sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai. Dalam permohonan untuk kebenaran merayu yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, memohon perintah mahkamah supaya keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei itu digantung sekiranya, kebenaran untuk merayu dibenarkan.

Notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan itu difailkan kira-kira pukul 3.30 petang tadi melalui Tetuan Leong & Tan. Nizar, 52, yang berpakaian baju Melayu kelabu, hadir di mahkamah hari ini. Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 dan 10 Julai ini untuk mendengar permohonan itu.

Dalam permohonannya juga, Nizar turut menyertakan satu lagi permohonan kepada Ketua Hakim Negara supaya kes itu didengar di hadapan 11 hakim. Untuk makluman, Mahkamah Persekutuan ketika ini mempunyai 12 orang hakim.

Beliau memohon diberi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan mengikut Seksyen 96 Akta Kehakiman Mahkamah 1964 terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Dr Zambry ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lepas yang mengisytiharkan beliau (Nizar) sebagai Menteri Besar yang sah.

Dalam permohonan yang disertakan dengan afidavitnya, Nizar turut merangka beberapa persoalan undang-undang penting berhubung interpretasi benar berkenaan Fasal 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu antaranya:

  1. Dalam keadaan di mana Menteri Besar Negeri Perak ingin, dan telah memberi nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;
  2. Dalam keadaan di mana tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;
  3. Dalam keadaan di mana tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar;
  4. Dalam keadaan di mana tidak terdapat peletakan jawatan Menteri Besar; sama ada jawatan Menteri Besar boleh dan/atau telah dikosongkan;
  5. Sama ada Fasal 16(6) UTKP memperuntukkan bahawa penentuan isu kepercayaan terhadap Menteri Besar perlu dibuat dalam persidangan Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak atau sebaliknya;
  6. Sama ada UTKP memperuntukkan sebarang kuasa untuk seseorang Menteri Besar dipecat atau jawatannya dianggap kosong atau dikosongkan.

Itu apa yang aku faham dari berita tersebut. Yang aku tak faham, adalah beberapa persoalan dari pihak peguam Nizar amat sedikit sebenarnya kalau tak disabotaj oleh 3 Hakim Mangkuk Mahkamah Rayuan sebelum ini. Jika kenyataan penghakiman 3 mangkuk itu keluar, kita akan saksikan berpuluh, beratus atau beribu soalan boleh dicipta bagi mencabar keputusan 3 hakim mangkuk tersebut.

Jika artikel sebelum ini, aku kata 3 hakim itu lembap atau sabotaj, kali ini aku tambah satu lagi. PENAKUT. Ingat depa mau satu dunia gelakkan depa? Kes Nizar vs Zambry ini akan jadi precedent case terhebat abad ini. Bagi aku, BN amat bimbang mereka akan diperlakukan kelak sebegitu (Nizar vs Zambry) juga jika BN jadi pembangkang selepas PRU13 kelak.

Kerajaan BN! Jangan takut.. rakyat tak akan jadi bonser.. mereka hanya memangkah undi.

Berkaitan:
1. Nizar vs Zambry - Hakim Lembap atau Sabotaj?
2. Bila Ketua Hakim Negara Berbicara.. Muahahaha!

2 comments:

Post a Comment