Undian MCA Keluar BN - Najib Tak Risau? Kih Kih

Undian pungutan suara di laman web Presiden MCA, Ong Tee Keat menunjukkan lebih 75% pengundi memilih MCA keluar dari BN. ( <-- Klik sini, lebih update). Snapshot hari ni tengok di bawah.


Tapi Najib tak berapa kisah dengan perkara itu. Kalau ikut BHarian Online (Mutakhir) hari ni, dia kata...
MCA tidak akan tinggalkan BN: Najib

PUTRAJAYA: MCA tidak akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) walaupun hasil pungutan suara dalam laman blog presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat, menunjukkan sebaliknya, kata Datuk Seri Najib Razak

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, pungutan suara itu hanya kaji selidik untuk tujuan akademik parti berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan majlis Konsultasi Bajet 2010 di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Najib diminta mengulas keputusan pungutan suara dalam laman blog Ong yang lebih 75 peratus menyatakan MCA patut meninggalkan BN.

Kalau dikatakan sampel pengundi itu sedikit berbanding populasi sebenar, boleh diterima. Kalau dikatakan bukan semua orang suka bukak laman boss MCA tu pun boleh terima. Kih kih kih. Kajian akademik je, ye tak? Kih kih kih. Kata orang - takde bende.. kan? Kih kih kih.

Pasai tu ekonomi kita tak jatuh, pasai tu Bukit Gantang BN menang, pasai tu Kuala Terengganu BN menang, pasai tu 1Malaysia akan berjaya. Nanti BN menang lagi di Manek Urai. Kih kih kih.

Lantak hang la Najib - semua kira mudah. Apa susah, tak dak MCA, Gerakan masih ada.. ye tak? Kih Kih. Nanti, Gerakan pula buat poll, kata la macam tu lagi! Kih kih kih. Apa orang kata, tak mau dengaq. Kih kih kih. Bukan lama : 2-3 tahun saja lagi..

2 comments:

Post a Comment