TG Nik Aziz Dah Perkenan Husam & Mat Sabu

Sebelum ini, aku dan ramai lagi sebelum ini amat bersetuju jika Husam Musa dan Mohamad Sabu dilantik ke dalam Dewan Harian PAS. Hari ini, portal rasmi PAS sendiri - Harakahdaily menyatakan TG Nik Aziz memberi perkenan dan restunya. Alhamdulillah. Berikut adalah petikan tulisan artikel di situ oleh Mohd Nor Yahya.
Foto Tn. Guru Nik Aziz
KOTA BHARU, 11 Jun (Hrkh) - Cadangan untuk menerima Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu dalam Dewan Harian PAS Pusat oleh Naib Presiden PAS baru, Dato' Mahfuz Omar dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Tuan Guru, beliau telah mengenali kedua-dua tokoh tersebut agak lama kerana mereka berdua merupakan bekas Naib Presiden PAS sebelum pemilihan baru-baru ini.

"Saya amat bersetuju sekiranya Dato' Husam diterima sebagai salah seorang dalam Dewan Harian PAS Pusat kerana saya tahu latar belakangnya,beliau merupakan seorang Exco negeri Kelantan yang berkaliber dan sudah tentu pengalaman luas dalam pentadbiran dan politiknya amat berharga, begitu juga dengan Mat Sabu, beliau merupakan tokoh pemidato terbaik bagi saya dan penuh dengan hujah yang bernas," ujarnya ketika ditemui di majlis penutup Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Malaysia Zon Utara dan Timur Semenanjung kali ke-10 di Kampus Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

Nik Aziz juga berharap mereka ini diterima dalam Dewan Harian PAS Pusat kerana keduanya merupakan aset yang bernilai tinggi dalam perjuangan PAS dan amat mesra dengan kaum-kaum lain seperti India dan Cina.

"Kita kini dalam menuju ke arah Pilihan raya ke-13, amat wajarlah kedua-dua tokoh ini diterima dalam Dewan tersebut kerana mereka ini mempunyai idea dan pandangan yang luas dan amat rugi kalau tak ambil mereka ni,"katanya lagi.

Namun demikian ini adalah merupakan cadangan dan pandangan dari Naib Presiden PAS yang baru dan terserahlah kepada Presiden untuk mempertimbangkannya. Mesyuarat pertama dijangka diadakan pada hari ini. [...]

(Sumber: Harakahdaily.net)

Berbanyak terimakasih untuk Tuan Mursyidul Am. Beliau amat memahami. Beliau orang lama, yang tahu sepak terajang politik Malaysia - dahulu, kini juga (mungkin) akan datang.

Harapan aku.. semoga Tn. Presiden, Timb. Presiden, Ketua Pemuda mahu mendengar pandangan rakyat jelata. Adakah masih nak berhijrah ke London, sedangkan kebanyakan orang lain nak ke Madinah.. ?

0 comments:

Post a Comment