Rasuah MRR2 - Adnan Suruh SPRM Cepat Buat Kerja

Dakwa Dua Datuk

PUTRAJAYA 12 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan ke atas dua ahli UMNO bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes rasuah pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengesahkan siasatan ke atas kedua-dua ahli parti itu, mahu imej UMNO dibersihkan.

‘‘Kita tak nak ahli yang memburukkan imej parti. Kalau mereka kena dakwa, kita ikut prosedur biasanya kita akan gantung jawatan yang mereka pegang, itu kita akan lakukan.

‘‘Tapi SPRM kena ambil tindakan (terlebih dahulu), parti juga akan ambil langkah serupa seperti dilakukan ke atas Datuk Norza Zakaria dan Datuk Suhaili Abdul Rahman serta dua lagi pemimpin UMNO dari Seremban dan Perlis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull mengesahkan siasatan ke atas dua lelaki bergelar Datuk telah siap dan sudah diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan.

Siasatan mengenai penyelewengan projek tersebut dijalankan selepas media pada Ogos 2004 mendedahkan mengenai keretakan MRR2 yang tidak selamat digunakan.

Mengulas lanjut pembabitan kedua-dua ahli UMNO itu dengan kes rasuah, beliau berkata, UMNO tidak wajar dipersalahkan jika perbuatan itu dilakukan oleh mana-mana ahlinya.

‘‘Macam kita buka satu tin jus atau susu, apa ada dalam tin kita tak tau tapi dari luar kita tahulah ia tin susu, mungkin kandungannya itu busuk atau tak baik, kita tak tau.

(Sumber: Utusan Malaysia Online)

Kih kih kih. Susah hati ka Tok Nan Mansor? Kesian.. Bertimpa-timpa.. 2 minggu lepas, Stadium Gong Badak runtuh. Mujur orang tak mati. Tapi yang ni - MRR2 tu lama dah retak : 5 tahun, baru nak gesa SPRM ambil tindakan? Kih kih kih. Yang best tu, masa Adnan arah SPRM, SPRM dah siap dah hasil siasatan untuk hantar ke mahkamah. Laju pulak. Kih kih kih.

Yang kes orang Ipoh buat laporan SPRM pasal rasuah dek agen Tok Najib pun tak buat apa lagi. Entah apa SPRM buat, aku tak tau. Buat ikut apa kepala atas suruh. Suruh periksa yang nu, dia periksa yang nu. Jangan periksa yang ni, dia tak periksa yang ni. Yang tu periksa laju-laju, yang ni jeling dah cukup - boleh tangguh-tangguh. Sebijik macam hakim mahkamah.

Tapi kan Adnan Mansor, hang memang terer buat lawak.. "UMNO tak wajar disalahkan pasai rasuah di kalangan ahli?" Kih kih kih. Memang orang tak salahkan hangpa, sebab semua orang tau - UMNO dan rasuah tak boleh pisah. Kih kih kih.

Analogi tin susu tin jus hang Adnan pulak - karut sungguh! Bukan mesti jenguk dalam, baru tau benda tu elok ka tak elok. Kot luar pun boleh tengok expired date dia, apa susah! Kalu dah expired, confirm la tak boleh pakai. Kalu dah tin susu tin jus tu dah berkarat, tentu tak boleh pakai laa. Kalu dah tin susu tin jus tu kemik, boleh buang la tin tu, tak boleh pakai.

Apa punya mangkuk alasan hang, Adnan Mansor! Aku nak marah pun ada, nak tergelak pun ada. Kih Kih Kih. Kot luar apa pun orang boleh nampak.. bukan semesti kena kerobek dalam baru tau. Dah puak hangpa suka bela makhluk perosak cencorot dalam parti hangpa. Sapa suruh?

Hari ni BHarian pecahkan rahsia pelakon cantik Eja atau Siti Shahriza yang semua orang pakat tertanya-tanya status perkahwinan dia. Orang rumah aku yang kaki baca surat khabar pun sampai la ni ingat si Eja tu masih anak dara lagi. Nah! Hari ni baru tau, Eja dah buat pengakuan yang dia sebenarnya dah berkahwin 12 tahun lepas. La ni tengah mengandung empat bulan. Kih kih kih. Ini pun contoh yang jenis menyorok cerita, benda baik tak mau hebah. Mengandung dah besaq - dah tak boleh sorok, baru nak cerita. Kih kih kih. Tapi alhamdulillah lah, mau jugak dia cerita, moga-moga bertambah lagi umat Muhammad dan bakal ahli PAS Malaysia, Insya Allah.

Oh ya, apa kaitan pelakun Eja dengan hang - Adnan Mansor? Ada... iaitu ada benda boleh sorok, ada benda tak patut sorok. Benda baik tunjukkan, sebarkan. Benda buruk jangan simpan. Dalam rumah kita, kalau ada benda teruk tak berguna dah rosak - kena buang. Bongkar semua benda buruk tu, pi buang - tauk kat lungguk sampah. Kemudian perkemas balik tempat asai bagi jadi bersih. Baru betoi. Baru cencorot tak masuk rumah. Ni tidak - rumah UMNO tu dah la kotoq, suka pulak bela cencorot.. belambak ekoq pulak tu. Kih kih kih.

2 comments:

Post a Comment