Betapa Muhyiddin UMNO Kemaruk Kerajaan Perpaduan

Muhyiddin Yasin
Tengahari ini, laporan Bernama 12.11pm berjaya menggelakkan aku. Betapa UMNO amat memerlukan Kerajaan Perpaduan. Betapa UMNO berharapkan kerjasama PAS ke arah itu.
Umno Mahu Perbincangan Kerajaan Perpaduan Disegerakan

KUALA KRAI, 19 Jun (Bernama) -- Umno mahukan perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin Pas melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.

"Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka," katanya kepada pemberita pada majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok di sini Jumaat. Muhyiddin adalah juga Menteri Pelajaran.

Beliau meminta Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melupakan sengketa yang pernah berlaku antara Pas dan Umno pada era 70-an dahulu sewaktu kedua-dua parti bekerjasama membentuk kerajaan negeri Kelantan tetapi Pas kemudian keluar kerana masalah dalaman.

"Itu zaman lampau. Sebagai umat Islam kita digalak bermaaf-maafan," katanya.

Kih kih kih. Yang sebenarnya, dia risau bila TG Nik Aziz tak suka Kerajaan Perpaduan. Dia risau bila berlaku konflik dalaman PAS yang mengkritik persekongkolan antara UMNO dengan PAS. Dia risau bila kenyataan Mustapha Ali ingin melibatkan sebarang perbincangan UG mesti bersama pemimpin PKR dan DAP sekali. Puak UMNO nak bincang dengan PAS saja - untuk penyatuan Melayu, kononnya.

Muahahaha. Itulah UMNO, ingin terus berkuasa, dan terus berkuasa. Tetapi dia takutkan Pakatan Rakyat yang makin jitu dan rakyat yang semakin membenci UMNO. Kih kih kih. Penamaan calon belum mula, Muhyiddin dah mula berkempen di Kuala Krai.

Tak nampak UMNO dah bagi rebet diskaun? Dulu Najib kata, nak bincang UG jangan letak apa-apa syarat.. sebab dia rasa dia kuat. Sekarang Muhyiddin kata UMNO terima apa saja syarat PAS. Tak kemaruk ka macam tu.. atau sememangnya UMNO makin tak kuat.? Kih kih. Janji projek UG komplotan mereka itu menjadi, janji BN terus memang.

Woit, rakyat tidak mudah tertipu! "Lupakan sengketa lama, kita bina hidup baru" ? Kih kih kih. macam pernah dengar je lagu itu. Orang yang cerdik takkan jatuh dalam lubang dua kali, Muhyiddin.

Sesungguhnya perbalahan pendapat berkaitan isu UG ada rahmat dari Tuhan. Bantahan akar umbi dan sebahagian besar pimpinan PAS dan PR sendiri semakin mematangkan kita dengan politik. Kita tahu siapa kawan kita yang sebenar, siapa musuh kita yang sebenar.

Yes. Lawan tetap lawan.

3 comments:

  • KERAJAAN PERPADUAN WADAH UTAMA MENYATU-PADUKAN MELAYU/ISLAM

    Berita dari blog Cina Islam : Cuma 10 wakil PAS tandatangan tolak 'kerajaan perpaduan'.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Dalam 10 orang wakil PAS itu sebenar nya separuh daripada nya berjiwa PKR.

    Mereka tahu bahawa PKR akan musnah jika 'Kerajaan Perpaduan' benar2 dapat diujudkan. Begitu juga dengan DAP. DAP akan kembali lemah seperti dahulu.

    Jika DAP lemah, dengan sendirinya kaum cina dan india terpaksa mengikut menyokong 'Kerajaan Perpaduan yang berteraskan politik melayu/Islam sepenuh nya.

    Orang melayu/Islam harus sedar, kuasa memerintah oleh melayu/Islam akan musnah jika berpecah dalam politik. Contohnya apa yang sedang berlaku sekarang.

    Kaum cina dan india sudah bersatu dalam DAP, kaum melayu/Islam berpecah dan sudah menampak kan kelemahannya dari segi kuasa memerintah.

    Suara kaum cina dan india semakin lantang untuk menghapuskan hak2 kaum melayu. Mereka juga sudah berani menuntut perkara2 yang akan merugikan kaum melayu/islam.

    Sedarlah sebelum terlambat.
    Pemimpin2 UMNO mungkin sudah sedar segala kesilapan nya dan sudah berubah.
    Mengapa kita tidak berani mencuba 'Kerajaan Perpaduan' ?

  • "Pemimpin2 UMNO mungkin sudah sedar segala kesilapan nya dan sudah berubah." hendaklah dibaca sebagai "Pemimpin2 UMNO sudah sedar mereka akan lingkup menjelang PRU 13 dan pasti anak cucu mereka bakal menjadi penoreh getah atau buroh kasar!"

    Kalau orang UMNO nak bersatu, sertailah PAS atau PKR atau DAP!(DAP bukan parti Cina!) tinggalkan pemimpin2 UMNO yang kononnya memperjuangkan MELAYU! (tapi depa bukan pure melayu pun!)

    Inilah taktik orang UMNO kononnya rampasan kuasa di Perak adalah harus kerana yang menguasai DUN ialah DAP! Abis tu hangpa dapat kuasai persekutuan bukan ke sebab undi non muslim Sabah dan Sarawak? Huh!

  • salam lebai-mangkuk dan TheCyberSniper,

    aku rasa jawapan TheCyberSniper dah menjawab bagi pihak aku kepada lebai-mangkuk. padat.

    Thanks for dropping in.

Post a Comment