PRK DUN Manik Urai - Beberapa Fakta Beramaran Dari SPR

Berikut antara beberapa perkara penting dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang Hari Penamaan Calon (06/07/09) dan Hari Pilihan Raya Kecil (14/07/09). Dapatan ini diambil dari laporan Bernama 19:32PM, berdasarkan kenyataan Pengarah SPR Kelantan, Ab Rahim Md Salleh.

1. Penggunaan Pelekat Kenderaan Berwarna Khas Untuk Membawa Pengundi
  • Penggunaan pelekat kenderaan membawa pengundi akan diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) buat pertama kali pada PRK - 14 Julai nanti.
  • Pelekat berwarna khas itu akan diagihkan kepada semua parti bertanding selepas hari penamaan calon pada 6 Julai.
  • Wakil daripada setiap parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil N41 berkenaan boleh mendapatkan pelekat itu di Bilik Gerakan Pejabat Pegawai Pengurus Kuala Krai.
  • Sebanyak 100 keping pelekat sahaja diperuntukkan untuk diagihkan SPR kepada setiap parti dan jumlah itu dijangka mencukupi untuk petugas parti.
  • SPR tidak boleh mengagihkan terlalu banyak pelekat atas tujuan utama mengelakkan kesesakan lalu lintas.
  • Pengagihan pelekat berkenaan yang dikeluarkan dengan saiz yang sama mengikut warna mewakili parti termasuk Bebas akan membolehkan kenderaan itu memasuki laluan ke pusat pengundian, menurun dan mengambil pengundi di lokasi yang ditentukan.
  • Dilarang melekatkan logo atau lambang parti pada kenderaan masing-masing.
  • Menurut Sub Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, mereka yang melanggar peraturan boleh ditahan dan dikenakan tindakan penjara tidak lebih setahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
2. Meja Semakan Khas SPR
  • Semakan khas SPR yang diwujudkan khusus untuk pengundi di DUN berkenaan menyemak status pengundian masing-masing telah dibuka seminggu yang lalu.
  • Tiga meja telah dibuka setiap hari secara bergilir-gilir merangkumi kesemua sembilan kawasan peti undi di DUN itu.
  • Pengundi boleh mula menyemak status masing-masing, pusat mengundi, saluran serta nombor siri mereka di meja semakan status itu.
3. Peringatan Larangan Semasa Hari Pengundian
  • Semua parti yang bertanding dilarang meraih undi atau berkempen pada hari pengundian. Arahan itu telah dipraktikkan kali pertama sewaktu PRK Dun Penanti.
4. Fakta Tambahan
  • Sehingga kini terdapat 12,293 orang pengundi yang berdaftar di DUN Manik Urai dengan jumlah pengundi Cina seramai 45 orang, India, 26, dan selebihnya pengundi Melayu.
  • Seramai 400 kakitangan yang dilantik dari luar SPR untuk membantu menguruskan perjalanan pilihan raya kecil berkenaan.
Aku berharap semoga Hari Penamaan Calon dan PRK DUN Manik Urai berjalan lancar tanpa sebarang penipuan, gangguan dan ketidakadilan. Dah cukup 19 Perkara Terlarang ciptaan SPR semasa PRK Dun Penanti terdahulu..

2 comments:

Post a Comment