Showing posts with label UMNO Kartun. Show all posts
Showing posts with label UMNO Kartun. Show all posts
Kisah Seorang 'Somebody'Aku mendengar kisah dari seorang VIP 'gerak saraf' Kementerian Rais Yatim hari ini.
Selanjutnya »
Antara yang disampaikan ialah:
Kih kih kih.. tapi.. kesian pun ada. Antara Golf, Menteri Kabinet, Malas, MentekedarahKih kih kih.. Semalam Najib rasmi penutupan pertandingan golf antara pilihan Perdana Menteri vs Pilihan Yang Dipertuan Agong di Shah Alam. Apa katanya seperti dilapor dalam TheMalaysianInsiders : 05/07/09 ? Najib tells ministers to put same effort in work as they do in golfMuahaha.. padan Menteri & Timbalan tak rajin turun padang.. tak rajin turun ke Parlimen.. tak rajin jenguk rakyat-rakyat. Dok main golf. Kalau bergerak pun, Menteri2 dan Timbalan2 melepak di hotel berbintang-bintang yang ada padang golf, 32 lubang lagi bagus. Boleh main golf sambil sembang-sembang projek-projek menyendatkan poket dan akaun bank. Main memang bagus, menyihatkan badan. Meningkatkan skill memang bagus, supaya boleh menang. Yang tak bagusnya ialah malas buat kerja untuk rakyat tapi mentekedarah duit rakyat. Perangai buruk. Haram jadah. Kalau hangpa rajin, pi jenguk lepas solat Jumaat di Seri Selangor, KGPA, Tasik Puteri dan Bukit Unggul - apa mesyuarat 'berkhidmat untuk negara' yang berlangsung, dan siapa dalam permainan golf yang berlangsung. Kepimpinan Melalui Teladan taik kucin. PRK DUN Manek Urai - Rezeki Melimpah ke SekolahKih kih kih. Nak tergelak ada, geram pun ada. tapi itulah.. setiap kali PRU atau PRK diadakan, setiap kali itulah akan ada projek mee segera oleh BN Kartun. Geram aku adalah kerana BN sering menafikan mereka buat projek pasang siap, peruntukan pantas-lulus dan pemberian berbentuk rasuah. Kali ini, mereka tahu mereka berdepan dengan orang-orang yang 'hang bagi aku ambik, undi cerita lain'. Maka dipesongkan kaedah pemberian 'sedekah' kepada budak-budak pulak. Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manek Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma. Ni taik kucin apa? Bau busuk meghengak. Kalau tanda ingatan, pi la bagi kat semua murid sekolah seluruh Malaysia - baru adil. Atau sekurang-kurangnya, bantuan percuma untuk semua murid yang fakir miskin anak yatim seluruh Malaysia. Baru betul. Lagi satu.. meringankan beban rakyat? kepala hotak depa. Woit, sekolah dah jalan setengah tahun. Kalau ya pun nak tolong orang kampung yang miskin, bagi la beg-beg dan uniform tu masa akhir tahun ini. Baru betul. Baru senang pilih saiz untuk kegunaan tahun depan. Budak-budak cepat membesar. Awat bagi masa sekarang? Sekarang masa tak kena. Sekarang adalah masa Kementerian Pelajaran bantu orang kampung bayar Pakej Bayaran Tambahan merangkap yuran sekolah itu. Sekaligus untuk Derma PIBG. Bukankah kedua-dua bayaran itu 'wajib' bayar mulai penggal kedua persekolahan 2009? Aku jenguk-jenguk mak bapak sekarang semua komplen bayaran berkenaan. Dulu mansuh Yuran, pi bubuh pulak Pakej Bayaran Tambahan. Harga lagi tinggi untuk yang di luar bandar. Paling koman pun, RM33.50. Hah! Sekaranglah masanya. Lagi bagus, tolong bayar sekali untuk semua ibu bapa di seluruh Malaysia. Muahaahaha.. barulah Kerajaan yang "Rakyat Diutamakan". Hrm.. siapalah kontraktor pembekal uniform & beg sekolah tu ye?.. Banyak parsen aaa Muhyiddin & Mustapha? Ada la kot sikit-sikit.. tak gitu? Kih kih. UMNO memang Kartun. Najib Yang Gila Babi Punya SibukKih kih.. Tadi terbaca artikel Kuda Kepang - tulisan Ruhanie Ahmad, hardcore UMNO. Cerita pasal isu laman web Gajah Putih Perdana Menteri : E-MaklumBalas PM. Hangpa pernah masuk situ? Kih kih.. Nak daftar di laman itu: kena bubuh nama penuh, IC, pekerjaan, no. telefon... Haram jadah. Kononnya Najib tak jawab-jawab komen rakyat di situ.. Najib tak sibuk? Atau memang gila babi punya sibuk ? Kih kih kih. Saturday, July 04, 2009 Komen aku:
Kesimpulannya, Najib amat sibuk.. sekali dengan moderator dan webmasternya, sekali dengan pegawai-pegawainya sekali. Sibuk apa? Sibuk jaga visinya 1Malaysia tapi Rakyat Dikebelakangkan. ![]() Yang pasti, Najib kini banyak yang mengejarnya. Apa benda atau menatangnya, dia saja yang tahu.. Gangster UMNO Bukit Katil - Paranoid Menjelang PRU13Aku malas nak cerita banyak-banyak. Sebelum itu, kata PAS Melaka: Pemuda Umno 'ganas'. Okay, mungkin itu hanya laporan sebelah pihak. Kemudian akhirnya sah. Pemuda Umno akui pecah meja DAP. Bukan itu gangsterisme ? Apa pasai? Jadi, aku semak di Laman SPR untuk ambil data PRU12 tahun 2008 tempohari. Dapatannya seperti berikut:
Apa hangpa rasa? aku rasa, UMNO dan BN Melaka sudah takut. Parlimen Bukit Katil hampir jatuh kepada PKR. DUN N.17 itu pulak, kawasan Ali Rustam. Dia nak bagi kawasan dia dan Parlimen kawasan dia kantoi? Kih kih. Di Parlimen Bukit Katil, ada 4 DUN. 2 DUN dah dipegang DAP, tinggal 2 sahaja lagi BN pegang. Kalau kawasan DAP, dia tak kisah. Tapi kawasan UMNO yang dia amat risau! Parlimen - UMNO nyaris kalah dengan PKR. Kawasan yang dimenangi DAP, bukan calon UMNO bertanding. Selain kerusi Parlimen, yang dia takut ialah 2 kawasan DUN UMNO tu, sebab yang tu vs PAS. Dan undi PAS makin meningkat.. PRU 12 di Melaka menyaksikan sedikit kejatuhan BN di Melaka antara 2004 dengan 2008. Jika tahun 2004 dulu, BN sapu semua 6 kerusi Parlimen, tetapi pada 2008 - hanya tinggal 5 Parlimen milik BN, 1 dah jatuh ke tangan DAP (P.138 Kota Melaka). Dalam pada itu, P.137 Bukit Katil adalah yang paling hampir tumpas pada PKR dengan majoriti tak sampai 1,758 itu.. Manakala untuk DUN Melaka pula, BN masih kuat dengan menang 23 dari 28 dalam PRU12 tahun lalu. Tetapi terlepas 5 DUN pada DAP. Dua DUN di Parlimen Bukit Katil, dan tiga lagi di Parlimen Kota Melaka. Pada tahun 2004 dulu, BN menang 26 DUN dan DAP 2 . Dengan DAP, BN tahu tak boleh buat apa-apa. Dari 2 DUN 2004 dah naik jadi 5 pada 2008. Yang BN marah bila PAS sudah mula buat gerakan besar-besaran di Melaka. Macam kejadian kat pasar malam tu.. Kih kih. Depa takut 2-3 tahun lagi akan terjun seperti Si Luncai BN Kedah, Selangor dan Perak. Ini satu statistik menarik berkaitan Ketua Menterinya sendiri, Ali Rustam. Tahun 2004 dulu, dia menang N.17 Bukit Baru - majoriti 5,992. Kalau tengok jadual PRU12 kat atas tu.. dah susut banyak.. tinggal 2,708 saja pada 2008 lalu. Jadi, apa bakal terjadi dalam PRU13 nanti? Kih kih.. Kejatuhan majoriti BN di Melaka bukan hanya di Bukit Katil sebenarnya, malah seluruh negeri (state-wide) samada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Tu pasai ada yang nak pulun projek cepat-cepat sikit. Maka, jelas UMNO dan BN semakin takut.. paranoid. Kemudian marah tak ketahuan, kacau dan nak pukul orang. Tak dapat pukul orang, pukul meja pun jadilah. Kih kih kih. Itulah UMNO Kartun. Dulu bahan caci maki orang, kini jadi bahan ketawa pula. Buruk kelaku sungguh. Misteri Peti Simpanan Tunku Terbongkar.. Kih kihMisteri yang menyelubungi peti besi milik Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama terbongkar hari ini, Khamis 02/07/2009. Ia mengandungi sembilan kotak yang menyimpan pelbagai barang milik Almarhum yang dipercayai dihadiahkan oleh pemimpin luar negara dan tempatan. Penemuan itu diumumkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengarahkan pihak Arkib Negara membuka peti itu hari ini, yang merupakan salah satu artifak yang dipamerkan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini. Berita mengenai peti misteri tersebut didedahkan oleh sebuah tabloid berbahasa Inggeris minggu lepas. Pakar-pakar dari syarikat Chubbsafes menggerudi selama setengah jam sebelum dapat membuka peti Stafford buatan British seberat 300 kilogram itu. Daripada lapan kotak kayu dan baldu itu, Rais menemui sebuah jam tangan, dua kunci emas yang satu daripadanya dari bekas Datuk Bandaraya New York, Robert Wagner, dua set kafling, syiling emas bernilai seringgit dari Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, syiling peringatan dari bekas Presiden Taiwan, Chiang Kai Shek dan plak emas bertarikh 1970 daripada Persatuan Menembak Kebangsaan. Di dalam satu lagi kotak terbesar yang berupa kotak logam empat segi berwarna emas, ditemui 23 barang perhiasan daripada emas seperti pen Parker, tulisan Cina yang bermaksud "Umur Panjang", dua bilah gunting, kunci-kunci dan plak bulat yang tertera angka 65. "Ada pihak yang mengatakan ia mengandungi dokumen-dokumen penting negara, tetapi nampaknya sangkaan Arkib Negara bahawa ia ada barangan bernilai adalah benar. "Penemuan ini sangat bernilai dan kita masih tidak tahu lagi nilai sebenar semua artifak yang dijumpai ini," kata Rais kepada wartawan yang turut dijemput menyaksikan isi kandungan peti tersebut. Mengenai status hak milik artifak berkenaan, beliau berkata ia adalah hak milik negara. "Semua artifak ini berkaitan dengan pemberian hadiah kepada negara dan akan menjadi milik negara manakala soal pemilikan peribadi keluarga tidak timbul setakat ini," katanya. Rais berkata Arkib Negara juga diarahkan untuk menyenarai dan mengambil gambar semua artifak di dalam peti itu serta merta dan dikemukakan kepada Jemaah menteri sebelum dipamerkan secara rasmi sebagai warisan negara. Peti besi itu pernah digunakan oleh Tunku Abdul Rahman semasa beliau menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ia pada mulanya diletakkan di pejabat beliau di Bangunan Residensi sebelum dipindahkan ke kediaman beliau di No 1, Jalan Langgak Tunku apabila beliau bersara sebagai Perdana Menteri pada 1970. Peti itu kemudiannya diserahkan kepada Arkib Negara untuk diletakkan semula di Bangunan Resindensi pada 1994 oleh anakanda Tunku, Tunku Ahmad Nerang sebagai sebahagian daripada artifak negara. (Sumber: Bernama - 2/7/09 - 21:09pm) Kih kih kih. Ingat berat 300 kg, kot-kot ada la emas 200kg kot.. boleh kenduri. Rupanya, Tunku nak bagi pelajaran kat UMNO.. jangan rosakkan harta negara.. nanti kerja sia-sia, tak dapat apa.. kih kih kih. Si Rais - gerudi jangan tak gerudi. Harta negara walaupun peti besi memang perlu digerudi. Apa boleh angkut, mesti diangkut! Kih kih. Elok-elok peti itu disimpan, dah dirosakkan pulak. Lepas ni, peti nak letak kat mana? dah terpelahang ternganga! Sebijik macam UMNO Kartun buat kat negara Malaysia jugak. Kasi rosak semua. Gerudi jangan tak gerudi.. semua hak negara. Royalti tok sah bayaq, itu hak negara. Lepas ni, negara nak letak kat mana? dah terpelahang ternganga! Kepala hotak depa. Pemuda UMNO Kutip Derma 10 Sen Seorang? Muahaha..Lawak sungguh cerita berkaitan empat orang Ketua Pemuda UMNO yang kena denda dek Parlimen RM1000.00 seorang hari ini. Tup.. tup.. timbul berita kata nak buat kempen kutip sorang sekupang untuk ahli UMNO Selangor untuk bayar denda tu, di Malaysiakini - 30/06/2009 - 7:56pm tadi. Ketua Pemuda bahagian Serdang, Engku Salleh Engku Abdul Jamal yang turut didapati bersalah berkata, setiap ahli pergerakan itu di negeri tersebut akan menderma 10 sen seorang untuk membayar denda tersebut.Sikit pun aku tak percaya. Kih kih kih. UMNO mana biasa main duit sekupang lima duit nih. Depa main riban-riban saja. Tambah pulak ketiga-tiga orang Ketua Pemuda lain itu.. Latt Sharizan Abdullah (Petaling Jaya Utara), Megat Zulkarnain Omar Din (Gombak) dan Zahari Shaari (Shah Alam). Semua ini bukan calang-calang. Fulus masyuuk. Aku teringat kata seorang sahabat aku yang hingga kini 'masih' ahli UMNO. Dia ni ahli UMNO masa baru mula kerja dulu - dekat 20 tahun lepas. Jadi, bila ada ura-ura nak tubuh cawangan baru UMNO di kawasan dia, kena ada jawatankuasa penaja. Jawatankuasa penaja ni pulak mestilah ahli baru. Jadi masa tu sahabat aku tu memang tak dak masuk parti apa pun lagi. "Available". Maka masa tu, denagn sedikit pujukan rakan, dia pun sukarelalah buat kerja sukarela tu. Isi borang sikit, sign.. tu saja. Lagipun, duit yuran pendaftaran tak payah bayar. Ada orang sponsor, kata puak tertinggi penaja. Masa dia pi mesyuarat agong kali pertama cawangan, nah! dia dicalon jadi Ketua Cawangan. Dia tak berminat.. jadi dia tolak dengan berlapik. Kalau dia bertanding masa tu, katanya confirm menang. Dan katanya.. itulah kali pertama dan terakhir dia menghadiri mesyuarat agong UMNO cawangannya, juga secara terlibat langsung berkaitan parti tersebut. Selepas itu, dia terus sibuk dengan kerjanya yang tak berkait dengan politik.. sibuk dengan hal-ehwal keluarga, macamlah juga kebanyakan orang lain. Okay.. itu cerita dulu.. La ni dia bukan penyokong UMNO. Dia penyokong PR, lama dah. Dulu, masa daftar UMNO.. katanya dia bodo lagi. Apa pun tak tau pasal politik. Sekarang kan semua orang makin cerdik? Yang seronoknya ialah baru-baru ni dia cerita satu benda.. Baru-baru ni dia ada terjumpa satu blog pro-BN Kartun yang buat pautan ke laman semakan keahlian UMNO. Dia terkejut.. dia isi IC dia saja.. nah! keahliannya masih AKTIF. Setelah dekat 20 tahun.. Bila dia sembang kat aku pasal benda tu, aku kata - UMNO memang kaya - tapi bodo sombong. UMNO sombong pasai dia bangga keahliannya berjuta-juta. UMNO bodo pasai dia ingat semua ahli-ahlinya yang berdaftar itu tentu menyokongnya dalam pilihanraya. Selagi mana-mana ahli tak mohon keluar parti atau dipecat, tentulah semuanya itu macam ahli -ahli setianya. UMNO kaya pulak sebab dananya besar. Takat yuran keahlian ahli-ahlinya, tak ada masalah punya. Itu pentingnya banyak projek untuk kontraktor-kontraktor UMNO dan BN. Lagi banyak projek, banyaklah sumbangan dananya. Jadi akhirkata.. empat Ketua Pemuda UMNO itu tak payah cerita la.. pasai kempen kutip sekupang ka sehinggit ka.. apa ka. Akan ada yang sponsor punya. Poket sendiri pun bukan main sendat.. bukan ka? RM4000 bukan tara mana, bukan ka? Toksah buat lawak la.. Kih kih kih. Kenapa UMNO Dan Polis Takut IPCMC ?Hari ini, jelas mengapa Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tidak disukai oleh UMNO dan BN.
Selanjutnya »
![]() Menurut Pak Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Nazri Aziz: "Studies have shown that the IPCMC would have too much power as the investigator, the prosecutor, the judge and the executioner. This concept is against the Federal Constitution and existing laws". Ceh! Mana kajian dia? Mana bibliografinya.. mana respondennya.. mana sampelnya.. mana hasil pembentangan kajiannya..? Setakat cakap, semua orang boleh jadi Menteri kalau setakat cakap macam itu. Jika IPCMC berperanan menyiasat, mendakwa, menghakimi dan menghukum - itulah suruhanjaya bebas yang pertama kali wujud di Malaysia. Selama ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu semua suruhanjaya bebas? Bebas hapa.. bebas taik kucin depa. Pada pandangan aku, UMNO cukup takut dengan syor IPCMC. Segala aib korupsi dan salahguna kuasa bakal memalit pada muka para pemimpin UBN sekoq-sekoq, termasuk atasan PDRM sendiri. Nak tengok sekoq-sekoq masuk "rumah batu berjeriji" bolehlah. Sebab itu ketika PakLah cadangkan IPCMC, geng polis pula berkempen menolaknya dalam buletin dalaman mereka sendiri. Tak salah jika Harakah dulu melaporkan: "Malaysia - negara polis?". Dahsyat cerita di situ. an old kampung man once said: "with IPCMC, those UBN-PDRM folks will obtain NO power to reach their daily and monthly ca$he$ and cheque$ revenue anymore." that's all folks ? UMNO Kartun - Tun Untuk Datuk Onn Setelah DiperingatBerita sedih... berikut adalah laporan Bernama-19:26pm malam ini. Kerajaan Timbang Gelaran 'Tun' Untuk Datuk Onn : Najib Kesian arwah.. Pelopor UMNO yang dilupakan. Dah 2 generasi baru nak teringat semula jasanya... setelah setengah abad. Itupun setelah diperingatkan oleh orang Ledang kepada orang Pekan. Atau baru orang Pekan teringat bahawa arwah itu bapa saudaranya sendiri.. atau segan nak menolak cadangan itu sebab ada orang Sembrong, anak arwah merangkap sepupunya di dalam kabinet. Tunku Abdul Rahman tak ditimbang sekali untuk dapat Tun ka? PM nombor wahid tu.. PM nombor ithnain, thalatha, arba', khomsa.. semua dah dapat Tun. Depa terlupa kot.. Tak pa, Melayu kan mudah lupa.. Calon Manek Urai - Pas Bersedia, UMNO Berpecah DuaMenjelang hari penamaan calon pada 7 Julai ini, khabarnya DUN Manek Urai semakin meriah. Meriah dengan polis, petugas parti, persiapan, dan kisah menjelang hari besar tersebut. Kawasan itu bakal ditandingi oleh PAS vs UBN - seperti PRU12 terdahulu. ![]() Ok, itu satu cerita balik sini. Balik sana pulak..? Di pihak sana, ceritanya terbalik pulak. BN seperti belum bersedia. Menurut laporan Malaysiakini, UMNO berpecah dua. Umno bahagian kini terbahagi kepada dua kumpulan - yang menyokong ketua bahagian sekarang, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan yang menyokong bekas ketua bahagian Datuk Wan Zaid Abdullah. 28 daripada 42 cawangan Umno di Kurai Krai merupakan cawangan yang menyokong Wan Zaid sejak sekian lama. Sejak Ramzi ambil jawatan tersebut pada 2005, beliau mencantas semua orang Wan Zaid, baik di peringkat bahagian mahupun cawangan. Berdasarkan teori domino UMNO di Manek Urai, isu siapa calon akan membawa pula isu kedua: perpecahan para petugas kempen pilihanraya. Kih kih kih. Tentunya terus ke isu ketiga - nak undi siapa? Kih Kih.. good! Sehingga hari ini, ramai petugas Umno di Manek Urai belum membina bilik gerakan di peti undi dan cawangan masing-masing. Kononnya ramai merungut kerana peruntukan RM2,000 untuk satu peti undi terlalu kecil. Peruntukan sebanyak itu sesuai untuk memasang poster dan kain pemidang tetapi sukar untuk membina bilik gerakan kecil. Sebenarnya mereka mahu peruntukan yang lebih besar sebelum menjalankan kerja-kerja kempen pilihanraya. Kih kih kih. Puak UMNO ni aku tak mau komen apa-apa bab "mata duitan" ni. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Kerajaan Perpaduan Dari Perspektif Mahathir![]() Akhirnya telur tembelang itu pecah juga. Baunya memang busuk. Hangpa semua pernah cium bau telur busuk, atau telur kemuruk? Tengik ya amat. Malam ini, Bernama 20:57pm melaporkan apa pandangan Dr. Mahathir tentang Kerajaan Perpaduan. Aku ringkaskan di bawah.. tak mau bold, italic, warna warni - supaya hangpa baca satu.. satu.. Pucuk Pimpinan Parti Perlu Jelaskan Mengenai Kerajaan Perpaduan Pucuk pimpinan Umno dan PAS perlu memberi penjelasan mengenai pendirian mereka terhadap isu kerajaan perpaduan. Pandangan akar umbi juga perlu diambil kira kerana pendirian ahli Umno mahu pun PAS berhubung perkara itu masih belum diketahui sepenuhnya.Hangpa tau ka sapa Dr. Mahathir tu? Ex-Perdana Menteri paling lama di Malaysia - lebih 20 tahun. Membangunkan Malaysia dengan penuh kemajuan prasarana, pertumbuhan rasuah yang hebat dan perkembangan salahguna kuasa serta wang rakyat sekaligus. Melahirkan golongan korporat yang keparat. Melahirkan para hakim yang seperti hanya tahu berkata "Correct.. correct.. irrelevant.. ". Beliau juga melahirkan anak lelaki, Mokhzani yang ke-16 terkaya di Malaysia tahun ini. Sekarang, boleh kata jawatan tak rasminya - mentor Najib. Yang lain-lain, carilah sendiri. Apa hangpa rasa? Mahathir ada bagi 2 clue ttg UG kat atas tu.. cari apa yang dia takut, apa yang dia cari.. Bila Ketua Hakim Negara Berbicara.. Muahahaha!![]() PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) -- Seorang hakim yang tak mampu membuat keputusan dengan cepat adalah seorang hakim yang kurang baik, kata Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi di Mahkamah Persekutuan hari ini. Muahahahaha! Pasai apa gelak? Pasai dia kata kat seorang Hakim Mahkamah Tinggi mungkin baginya.. lembap. Tapi dia tak kata macam tu pada para Hakim Mahkamah Rayuan Nizar vs Zambry yang SUPER LEMBAP. Kenapa dah dekat sebulan.. mangkuk 3 orang tu tak boleh siapkan lagi penghakiman bertulis? Muahahaha. Awat tak balun sekali? Ketua Hakim Negara - Cakap jangan berpilih-pilih. Jika berpilih-pilih, di mana keadilan? Para hakim sepatutnya perlu betul-betul bijaksana, bukannya bijaksini! Tapi nak kata macamana, kisah Tun Zaki Tun Azmi pun berselirat. Beliau seorang yang dicipta sejarahnya oleh PakLah. Beliau yang ketika itu Tan Sri, adalah seorang peguam yang pertama dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, dan tidak mengikuti urutan kebiasaannya di mana seseorang itu terlebih dahulu dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Dalam legislatif pun boleh main loncat-loncat jugak. Kih kih. Lagi panas ialah beliau adalah bekas Penasihat Undang-Undang UMNO; Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Umno dan Timbalan Pengerusi Lembaga Rayuan Disiplin Umno Muahahaaha. So what do you think? For me.. The honour of justice is truly unjustified. Rasuah MRR2 - Adnan Suruh SPRM Cepat Buat Kerja![]()
Kih kih kih. Susah hati ka Tok Nan Mansor? Kesian.. Bertimpa-timpa.. 2 minggu lepas, Stadium Gong Badak runtuh. Mujur orang tak mati. Tapi yang ni - MRR2 tu lama dah retak : 5 tahun, baru nak gesa SPRM ambil tindakan? Kih kih kih. Yang best tu, masa Adnan arah SPRM, SPRM dah siap dah hasil siasatan untuk hantar ke mahkamah. Laju pulak. Kih kih kih. Kisah Penyaman Blog Yang Buta BlogKini pihak PDRM semakin sibuk di bahagian kaunter. Jika sebelum ini, kebanyakan laporan polis banyak isu jenayah dan kemalangan jalan raya. Sejak 2 tahun kebelakangan ini, sudah bermula laporan polis berkaitan media elektronik berasaskan internet. Sebarang tulisan berunsur fitnah atau mengancam nama baik seseorang boleh menyebabkan laporan polis dibuat. Biasanya disusuli pula dengan memfailkan saman serta tuntutan gantirugi malu dan sebagainya. Malaysiakini adalah salah satu laman web isu politik yang popular di Malaysia dan dunia, dengan multi bahasa: BM, BI, Tamil dan Mandarin. Ia sering memaparkan berita terbaru wartawannya, serta artikel popular dari blog lain yang sentiasa dikemaskini. Laman ini neutral di mana artikel yang dipautsiarkan adalah dari pro-kerajaan, pro-pembangkang atau pemerhati atas pagar. Kelakarnya, Presiden Gabungan Melayu Perak (GMP) buat laporan polis di Ipoh ke atas Malaysiakini atas satu artikel bahasa Inggeris menghina Sultan Perak dan Raja Muda, kononnya. Rupa-rupanya artikel itu dari sumber Bernama dan disiar dalam Bahasa Melayu. Salah tarikh pula tu. Bila dihubungi Malaysiakini, rupanya si Presiden itu hanya dengar dari kakitangan (hearsay) dan terus buat laporan polis. Kemangkukan Presiden itu ditokok lagi bila dia menyangka Malaysiakini adalah sama seperti Malaysia Today dan blog2 lain. Macam ini orang pun ada. Datuk pulak tu. Parti mana tu? Berikut adalah laporan di Malaysiakini hari ini.
Nasib baik la si Datuk Presiden itu wakil satu badan yang tak ternama dan tidak dikenali. Kalau la dia Perdana Menteri, kisah tahap buta IT dan buta kayunya akan masyhur seluruh dunia sebagai bahan lawak jenaka. Percaya sungguh dengan apa saja kata orang bawah? Bodo.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INFO PRK DUN MANEK URAIPenamaan Calon ::: ISNIN ::::::: 06-07-2009 ::: Pilihanraya Kecil :: SELASA ::: 14-07-2009 ::: >> LAMAN WEB RASMI PRK DUN N.41 MANEK URAI << ARKIB BLOG
FELLOW BLOGGERS
DON'T EVER CHANGE THE GREEN ONE. TQ.BERITA ALTERNATIF
|