Krisis Perak - Pengerusi Ketua Kampung PR Diserang Panggilan dan Surat Layang

PADANG RENGAS - Berikutan kes saman yang difailkan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir 27 Mei lalu, Pengerusi Ketua Kampung Negeri Perak, Mohd Ridzuan Asit mendakwa menerima surat layang berupa kutukan dan panggilan dari orang yang tidak dikenali.

Beliau yang dilantik di bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berkata, kehidupannya terganggu sejak dia bersama 817 ketua menyaman Zambry berikutan isu pemecatan ketua kampung yang dilantik semasa pentadbiran Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin.

Beliau yang menerima surat layang dan juga panggilan misteri 3 hingga 4 kali dalam seminggu, mencabar pihak-pihak berkaitan tampil bersemuka dengannya.

(Maklumat lanjut/Foto surat - pergi beli Sinar Harian Edisi Perak 07/06/2009 - ms: N1, P11)
Pandangan aku, orang yang tulis surat itu adalah orang Melayu. Yang call juga adalah orang Melayu. Partinya UBN. Kih kih kih. DS Zambry tak bising-bising, para balacinya pulak yang lebih-lebih. Ketua Kampung @ Pengerusi JKK BN kot. Kih kih kih. Ya lah, kalau kes menang dek PR, hilanglah fulus mereka RM600.

Aku respect dengan Ketua Kampung PR, mereka cuma dapat RM200 sahaja dulu dari Kerajaan Negeri. Tapi mereka buat juga kerja mereka sebaik mungkin. Geng Ketua Kampung UBN dapat RM400 direct dari Kementerian Luar Bandar (tajaan DS Mat Taib), pun masih tak bersyukur. Sekarang mereka dapat RM600 (Pusat & Negeri) - APA KERJA YANG MEREKA BUAT?

0 comments:

Post a Comment