PAS - Konflik Yang Makin Kronik

Sidang akhbar Ahli Parlimen PAS hari ini. Bercakap depan mikrofon ialah Dr. Hatta Ramli.
Tiga orang wakil muslimah ialah Siti Mariah (berkacamata),
Lo' Lo Mohamad Ghazali (duduk) dan Siti Zailah.
(Foto: TheNutGraph)


Selepas semalam TG Nik Aziz menggesa TU Nasharuddin meletak jawatan dan keluar parti, hari ini semakin kronik. Isu Kerajaan Perpaduan yang kabur ini semakin kompleks. Beberapa kenyataan pemimpin memberi senario bahawa isu PAS semakin berkocak kuat.

Muslimat PAS menentang UG (terbaru) - TheNutGraph

"Kami menggesa semua pemimpin PAS untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau cadangan baru yang berada luar dari keputusan semasa muktamar." tegas Ketua Perhubungan Dewan Muslimat, Dr Siti Mariah Mahmud dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Hanya 10 orang Ahli Parlimen sahaja yang hadir dalam Sidang Parlimen hari ini daripada jumlah 23 orang. TU Nasharuddin termasuk yang tidak hadir. Kesepuluh orang itu menegaskan menolak UG.

TGNA Disokong 10 Tokoh PAS - TheMalaysianInsider
10 Wakil PAS Tolak Kerajaan Perpaduan - Malaysiakini

10 Ahli Parlimen sokong TGNA. Kenyataan dibuat menyokong ketetapan Muktamar tahun lalu untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Ini termasuk - Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Khalid Samad (Shah Alam), Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Kamarudin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Yusof (Rantau Panjang), Dr Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’lo’ Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamudden (Baling), Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Kenyataan yang bertandatangan oleh semua terlibat itu dikeluarkan selepas beberapa jam Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar and Salahudin Ayub meminta TU Nasharudin bertemu TG Nik Aziz dalam masa terdekat untuk menyelesaikan kemelut itu. Alhamdulillah, Mahfudz dan Salahudin selari dengan harapan aku semalam.

Di Kota Bharu, TG Nik Aziz akan memanggil mesyuarat khas pimpinan tertinggi PAS, termasuk Presiden dan Timbalan Presiden untuk menyelesaikan isu ini. Setakat laporan petang tadi, TG Nik Aziz berkata, TU Nasha masih belum menghubungi beliau. Mesyuarat itu dipanggil "Mesyuarat Ukhwah".

Tambahan maklumat:
  • TU Haji Hadi sekarang berada di London. Dijadualkan pulang hari Ahad ini.
  • Dewan Harian PAS akan bermesyuarat Isnin ini - dijangka membincangkan soal kerajaan perpaduan dan persiapan menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai.
  • Jentera PAS retak di Manek Urai - Malaysiakini.
  • Manek Urai tanpa poster Hadi - Malaysiakini

Semoga semua kekalutan dapat diselesaikan segera. Aku dah rimas dah.

2 comments:

  • Alhamdulillah..penulis menarik nafas lega..saranan dan harapan berkali2 penulis sebelum ini agar penyelsaian sesuatu maslaah da kemelut melalui meja rundingan, bertemu mata, face 2 face, musyawarah, akhirnya termakbul...

    Walaupun agak terlewat sedikit, tapi penulis merasakan inilah yg terbaik dan sebaiknya..seperti yg pernah penulis katakan, biarlah acap kali siri perbincangan dan perjumpaan dilakukan dikalangan pemimpin, apatah lagi jika wujud isu2 besar sebegini..lebih banyak, lebih baik...jangan ada perasaan atau rasa bosan, puas, malas untuk bertentang mata, berdiskusi bersama teman2 kepimpinan..

    Teguran si ayah kpd si anak...

    Ternyata TGNA seorang yg tenang dan bertindak rasional..penulis tetap menganggap, kenyataan beliau yg mahukan Nasyarudin meletak jawatan kelmarin ibarat satu nasihat tegas dari seorang ayah kepada anaknya.."ikut cakap ayah, jika tak, keluar dari rumah"..tetapi jauh disudut hati si ayah, terlalu sayang dan kasihkan si anak tadi, jauh sekali mahu menghalau si anak tadi keluar dari rumah..

    Begitulah perumpamaan penulis berdasarkan kes yg berlaku..bukanlah niat TGNA mahu menghalau Nasyarudin keluar daripada PAS, cuma mahu menegur dan menasihat Nasyarudin supaya sedar dan cukuplah dgn gagasan mahupun agenda berkaiatan 'kerajaan perpaduan'..kukuhkan PAS, kukuhkan Pakatan Rakyat, seperti kata seorang ahli Kelab penyokong PAS pada muktamar baru2 ini, biarlah PAS menjadi. "PAS the only choice"..penulis terharu kenyataan ini keluar dari mulut seorang rakan bukan Muslim..

    Nasihat buat teman...

    Jadi, kepada sahabat2 dan rakan2, baik dikalangan blogger, pengendali laman web mahupun pelayar biasa, bertenang dan bersabarlah..kita serahkan kepada kepimpinan atasan untuk menyelesaikan kes dan isu ini..janganlah kita menjadi batu api melaga2kan kumpulan2 tertentu di dalam jemaah, jangan terikut emosi dan nafsu ammarah kita..waktu dan ketika inilah kita mudah mengecam dan meneka, siapakah yg sebenarnya berpura2 menyamar penyokong2 PAS, mengambil kesempatan merosakkan ukhwah sesama kita, siapakah yg cuba menjadi batu api menghasut dan melaga2kan sesama kita..

    Ingat! kita bukan seperti parti 'mereka', jauh sekali mahu menjejaki dan menuruti cara2 mereka...jika ayahanda 'mereka' (Tun M) , langsung tidak mahu berpaling muka mengadap anaknya (Pak Lah), 'ayahanda' kita (TGNA) tetap berusaha bertentang mata merapatkah ukhawah sesama mereka...jadi, kita contohi kepimpinan kita..jika pemimpin kita memilih jalan untuk berdamai, maka kita turutinya...insyaallah, disana ada hikmahnya..

    Kerapkan jadual perbincangan...

    Akhir kalam, penulis mendoakan agar natijah dari siri perbincangan ini nnti, akan membuahkan hasil yg baik lagi berkah kpd PAS dan Islam itu sendiri..keraplah mengadakan siri pertemuan dan perbincangan sesama kita..jangan asyik memikirkan perbincangan dan rundingan dgn orang atau parti lain, tetapi lupa untuk berbincang dan berunding sesama jemaah sendiri...

    Pada saf kepimpinan, kami ahli, penyokong dan pendokong bawahan sentiasa mendoakan yg terbaik buat kalian..semoga Allah merahmati kita dan perjuangan kita...Allahuakbar !

    Wallahua'lam...]]

  • salam_real aduka, semoga krisis keyakinan kepimpinan dapat dilerai sebaik mungkin. semoga saf kembali berbaris gagah, sama menghadap ke satu arah.

Post a Comment