Calon Manek Urai - Pas Bersedia, UMNO Berpecah Dua

Menjelang hari penamaan calon pada 7 Julai ini, khabarnya DUN Manek Urai semakin meriah. Meriah dengan polis, petugas parti, persiapan, dan kisah menjelang hari besar tersebut. Kawasan itu bakal ditandingi oleh PAS vs UBN - seperti PRU12 terdahulu.

Foto Manek UraiBerdasarkan maklumat, ternyata PAS lebih bersedia. Calon PAS akan dinamakan pada 26 Jun ini. Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pengumuman itu akan dibuat di Manek Urai berdekatan dengan rumah Allahyarham Ismail Yaakub atau lebih mesra di kenali sebagai Pak Su Wei. Pengumuman tersebut akan dibuat oleh Mursyidul Am - TG Nik Aziz bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Rakyat.

Ok, itu satu cerita balik sini. Balik sana pulak..?

Di pihak sana, ceritanya terbalik pulak. BN seperti belum bersedia. Menurut laporan Malaysiakini, UMNO berpecah dua. Umno bahagian kini terbahagi kepada dua kumpulan - yang menyokong ketua bahagian sekarang, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan yang menyokong bekas ketua bahagian Datuk Wan Zaid Abdullah. 28 daripada 42 cawangan Umno di Kurai Krai merupakan cawangan yang menyokong Wan Zaid sejak sekian lama. Sejak Ramzi ambil jawatan tersebut pada 2005, beliau mencantas semua orang Wan Zaid, baik di peringkat bahagian mahupun cawangan.

Berdasarkan teori domino UMNO di Manek Urai, isu siapa calon akan membawa pula isu kedua: perpecahan para petugas kempen pilihanraya. Kih kih kih. Tentunya terus ke isu ketiga - nak undi siapa? Kih Kih.. good!

Sehingga hari ini, ramai petugas Umno di Manek Urai belum membina bilik gerakan di peti undi dan cawangan masing-masing. Kononnya ramai merungut kerana peruntukan RM2,000 untuk satu peti undi terlalu kecil. Peruntukan sebanyak itu sesuai untuk memasang poster dan kain pemidang tetapi sukar untuk membina bilik gerakan kecil. Sebenarnya mereka mahu peruntukan yang lebih besar sebelum menjalankan kerja-kerja kempen pilihanraya.

Kih kih kih. Puak UMNO ni aku tak mau komen apa-apa bab "mata duitan" ni. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

4 comments:

  • ada beza antara jentera umno dengan pas. satu tu, kalau fulus tak masyuk, kerja tak jalan. satu lagi pulak, tak bagi apa pun, buat tetap sungguh-sungguh. pas boleh menang.

  • salam anon. umno kaya taktik, kuasa dan wang. mereka desperate nak menang kali ni. pas tetap kena hati-hati jika nak menang. lawan tetap lawan.

  • Selamat berjuang UMNgok, sampai tua lah lu nak tegakkan hukum toghut di bumi Allah ni. Patutnya dah tua ni ingatkan kubur dan kembali kepada Islam. Kesian tengok anak cuci kita nanti yang dibiarkan oleh umno menjadi penagih, pergaulan bebas,rasuah,rosak akhlak. buka lah mata wahai UMNO totok.

  • salam anon 10:55pm; UMNO takut dengan parti komponennya. contoh sekolah wawasan pelbagai kaum diboikot dek bangsa lain. selain itu, bimbang tak boleh lagi penuhkan poket sendiri.

    aku harap kalau PR pegang pusat lain kali, janganlah PAS pula takut nak tegakkan hukum Islam di bumi Malaysia.

Post a Comment