Percubaan mewujudkan AI Classroom World
14 hours ago
Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Manek Urai - Polis Berkampung Elektrik TergangguHrm.. dianggarkan 30,000 orang luar bertandang ke Manek Urai. Ada yang penyokong PAS, ada penyokong BN, ada yang wartawan, ada yang berkecuali. Semuanya bertumpu ke situ dengan menagih keperluan elektrik untuk kegunaan komunikasi dan peribadi. Semalam penduduk Manik Urai dan Kampung Laloh merungut berikutan kerap berlaku bekalan elektrik terputus di kawasan mereka sejak beberapa hari lalu. Dakwa penduduk, ada beberapa faktor penyumbang kepada terputusnya bekalan elektrik yang antaranya termasuk penempatan sementara pihak berkuasa di Kampung Laloh menyebabkan pertambahan keperluan tenaga elektrik. Rupanya, gerombolan fasa pertama seramai 1,558 orang polis dah masuk. Hishammuddin, Menteri Dapoq kata, khemah depa pakai generator.. Cuba pi check, ada ka tangki minyak dekat khemah sementara polis tu? Ada ka bunyi generator? Kalau tak dak, sah 'that minister son of the prime minister' nak temberang. Kalau kat Bukit Gantang dulu, belakang pekan Trong - khemah-khemah putih tu pakai aircond wooo... Dah la masuk menakutkan orang, menyusahkan orang kampung pulak. Isk. Apa ka jenih.. /div> Manek Urai - Harga Makanan Dan Rumah Sewa Gila MelambungSatu berita buruk untuk pelawat dan pengunjung Manek Urai. Biasanya bila kita makan, kita order dulu.. dah makan.. baru kita bayar. La ni di Manek Urai, kena tanya dulu berapa harga makanan dan minuman sebelum order.. takut terkincit nak bayar. Logikkah dua hidangan nasi ayam beserta air sirap harganya RM17.20, manakala nasi putih bersama lauk daging merah untuk satu hidangan RM6.00? Begitulah keadaan yang dialami "pengunjung baru" termasuk wartawan yang terpaksa berkampung di Manik Urai sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai ketika ini. Kenaikan mendadak harga makanan di sini bermula sejak seminggu lalu berikutan kebanjiran beribu-ribu penyokong parti PAS dan Barisan Nasional (BN) untuk kempen pilihan raya kecil itu. "Alah sikit naiknya itu dik. Biasalah, inikan musim pilihan raya, semua orang bawa duit banyak," kata seorang pemilik sebuah restoran di sini ketika penulis bertanyakan harga makanan nasi ayam itu. Pengguna mungkin tiada pilihan sebaliknya terpaksa membayar harga makanan walaupun disifatkan sebagai "harga cekik darah" itu. Seorang petugas sebuah parti dari Kedah, Yahya Husin, 42, turut mengakui kenaikan harga tidak munasabah itu dan berharap sesuatu dapat dilakukan kerajaan bagi menangani masalah itu. "Harga di Kedah atau di Kuala Lumpur pun tidak semahal ini," katanya yang merujuk harga tidak masuk akal itu ketika menikmati hidangan nasi campur baru-baru ini. Namun bukan semua kedai makan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan seperti di Kedai Makan Kak Yah di Kampung Lata Rek di sini. Pengusahanya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Yah itu mengakui harga ikan mentah seperti tongkol naik daripada RM7 sekilogram kepada RM10, malah harga sayur-sayuran turut naik. "Tapi Kak Yah tak naik harga pun," sambil penulis membayar RM5.50 bagi makanan tradisi rakyat Kelantan iaitu nasi berlauk untuk dua hidangan. Dianggarkan kira-kira 30,000 petugas parti dan media kini berkumpul di DUN ini bagi liputan pilihan raya kecil itu. Sebelum ini harga rumah sewa di kawasan ini juga naik sehingga mencecah RM9,000 yang akan digunakan untuk kira-kira dua minggu kempen pilihan raya berkenaan. Hari Isnin adalah hari penamaan calon DUN berkenaan dan 14 Julai hari pengundian. Masya Allah.. apa nak buat.. penduduk tempatan dah pasang pukat jerut. Tapi syukurlah, bukan semuanya menjerut.. maka bolehlah ke Kedai Kak Yah di Kg. Lata Rek atau yang lain-lain yang sewaktu dengannya. /div> PRK DUN Manek Urai - PAS vs BN - Satu Lawan SatuAkhirnya SAH - PRK DUN Manek Urai adalah satu lawan satu. Pertandingan adalah antara Mohd Fauzi Abdullah (PAS) vs Tuan Aziz Tuan Mat (BN). Maka tibalah saat dinantikan. Satu minggu yang bakal padat dengan kempen, ceramah, perang poster dan kain rentang, lawatan ke rumah dan kedai kopi, sedekah sana dan sedekah sini, tabur sana dan tabur sini. Tentu menghiburkan di Manek Urai sehingga hari pilihanraya Selasa minggu depan - 14/07/2009. KUALA KRAI, 6 Julai (Bernama) -- Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat dan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.Itu cerita dari Bernama, kih kih kih. Sedikit kecewa, aku tadi travel ke Utara berurusan beberapa hari - tak dapat ikuti lintas langsung dari PerakEkspress dan lain-lain. Setelah tengahari tiba, rupanya segala yang menarik sempena Hari Penamaan Calon dah selesai. Tak apalah.. apa pun semuanya berjalan dengan baik, Alhamdulillah. Apa-apa pun semoga bloggers di Manek Urai sihat, selamat dan terus bersemangat memaparkan kisah ceritera yang menarik untuk tatapan semua. Go Bloggers. PRK DUN Manek Urai - Esok Hari Penamaan CalonEsok, jika belum datang Hari Qiamat.. adalah Hari Penamaan Calon di PRK Manek Urai, Kelantan. N.41 Manek Urai adalah salah satu dari empat DUN dalam Parlimen P.31 Kuala Kerai, selain N.39 Mengkebang, N.40 Guchil, dan N.42 Dabong. Ramai orang kata PAS boleh menang. Jika berdasarkan fakta PRU 12 lalu, kawasan Kuala Kerai boleh kata macam tapak Pakatan Rakyat. BN kalah di semua kerusi, baik Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri. Memang angka-angka tertera berikut memberangsangkan, tetapi tidaklah boleh dianggap fakta kukuh untuk kekal pada setiap masa. Keputusan PRU 12 : 2008 P.31 Kuala Kerai (PAS; majoriti 4984), N.39 Mengkebang (PAS; majoriti 1,903), N.40 Guchil (PKR; majoriti 1000), N.41 Manek Urai (PAS; majoriti ), N.42 Dabong (PAS; majoriti 552). Secara am, berdasarkan sokongan pada PAS & PKR dalam keempat-empat DUN berjumlah 4,807 membawa kemenangan dalam Parlimen Kuala Kerai dengan angka majoriti hampir sama sebanyak 4,984. Maknanya, faktor sokongan pada Dr. Hatta Ramly MP Kuala Kerai adalah atas dokongan penyokong parti, bukan aset ketokohan peribadi. Maka boleh dianggap Manek Urai tetap boleh dimenangi oleh PAS. Pertambahan pengundi untuk PRK kali ini hanya 1 orang sahaja (12,293), berbanding PRU12 dahulu (12,292). Dijangka, status quo tetap kekal. Tapi mengapa BN turut menaruh harapan? Ini ramai yang lupa.. Dalam PRU11 dulu, BN sapu semua DUN serta Parlimen. Terbalik. Keputusan PRU 11 : 2004 P.31 Kuala Kerai (BN; majoriti 2,416), N.39 Mengkebang (BN; majoriti 316), N.40 Guchil (BN; majoriti 1010), N.41 Manek Urai (BN; majoriti ), N.42 Dabong (BN; majoriti 1094). Nampak? Walaupun majoriti Parlimen dan DUN agak kurang, BN tetap menang. Namun begitu, aku berpandangan BN memang masa itu sebab PakLah 'Mr. Clean'. Masa tu orang muak dengan Mahathir 'Mr.Dirty'. Dan faktor ini mendorong BN menang besar di seluruh Malaysia. Tapi itu PRU 2004.. Dalam PRU 2008, PakLah tak lagi dianggap 'Mr. Clean'. Maka leboh 5 negeri. Sekarang Najib pula berkuasa. Kih kih kih.. aku tak tau apa dia nak bawa.. melainkan "1Malaysia Rakyat Dibelakangkan". Ada harapan Najib meneruskan fasa kejatuhan BN seterusnya.. Akhir kata, Selamat Hari Penamaan Calon esok. Jangan lupa beberapa peraturan kartun dari SPR yang masih berkuatkuasa: 1. Beberapa Fakta Beramaran SPR - Manek Urai 2. 19 Perkara Terlarang SPR - Penanti Orang Asli Ditindas BN Pahang - Isu Ke Manek UraiDiberitakan semalam dalam TheNutGraph (29/06/2009 - 7.33pm) bahawa perwakilan orang asli menghantar satu memorandum kepada ahli-ahli parlimen PKR untuk memprotes penafian kerajaan BN Pahang untuk mewartakan tanah-tanah tradisi Orang Asli. Memorandum itu juga memprotes langkah kerajaan negeri membenarkan pemilik-pemilik ladang membuka tanah pertanian di tanah-tanah tradisi Orang Asli. Menurut Yusri Ahon, Penolong Setiausaha Kg. Orang Asli Sg. Mai, Jerantut - adalah menjadi hak dan kewajipan untuk mempertahankan tradisi dan budaya komuniti mereka selama ini dari ditindas. Yusri berkata bahawa dalam mesyuarat majlis eksekutif negeri Pahang pada 1997 telah menetapkan bahawa semua tanah dimiliki penduduk pribumi hendaklah ditukar kepada tanah simpanan persekutuan di bawah Seksyen 7(1) Akta Orang Asli 1954. Celakanya, pada masa yang sama, kerajaan negeri menolak untuk mewartakan tanah milik Orang Asli. "Kami penduduk pribumi asal, tetapi seperti kami menyewa tanah yang dimiliki kerajaan," kata Yusri. Katanya lagi, beberapa kawasan tanah milik komuniti Orang Asli dilupuskan di bawah polisi kerajaan Pahang, termasuk tanah perkuburan nenek moyang mereka. kehilangan tanah itu menyukarkan pertanian tradisional mereka - padi huma - sebagai pertanian sara diri mereka selama ini. Orang asli sebelum ini menuntut cuma 127,706 hektar tanah di Semenanjung Malaysia. Namun begitu, di bawah polisi undang-undang tanah baru pada November 2008 oleh oleh Menteri Pembangunan Tanah dan Wilayah, Muhammad son of Muhammad Taib, para penduduk pribumi Semenanjung itu telah kehilangan 69,698 hektar tanah hak mereka. Banyak tu.. 54.6% hilang, yang tinggal 45.4% sahaja? Gila babi punya Mike Tyson. Dalam satu sidang akhbar di Parlimen semalam, Ahli Parlimen PKR bagi Kuantan, Fuziah Salleh, berjanji akan melakukan apa yang termampu untuk menyampaikan memorandum tersebut kepada kerajaan BN Pahang. Macam itulah.. dengarnya dulu ada tokoh pemimpin BN minta rakyat Melayu mengenangkan isu penaklukan Tanah Besar Amerika di zaman dahulu hingga kaum Red Indian kehilangan hak dan tanah. Konon agar jangan terjadi begitu pada kaum Melayu di Malaysia ini, pada masa ini. Konon negeri Perak akan terjajah oleh Cina DAP. Alasan paling kartun aku pernah dengar. Tapi mereka terlupa.. kaum asli di Malaysia lah yang sebenarnya menerima nasib seperti Red Indian. Tak pernah belajar sejarah ka puak-puak ini ? Dan untuk Tok Nan - MB Pahang, jawablah sementara kamu di dunia. Berat nanti kalau nak tunggu di akhirat. Orang Asli ka, orang kafir ka.. semua diberi hak bertanya kenapa mereka dizalimi dalam Mahkamah Allah di Hari Perhitungan. Apa kamu nak jawab depan Rabbul Jalil nanti.. ? Itu satu perkara.. Lagi satu perkara.. kenapa nak kaitkan ke Manek Urai? Sebab Kerajaan Persekutuan BN Kartun telah menafikan hak royalti minyak hak milik rakyat peribumi Kelantan! Tu pun dok beda'ah lagi. Manek Urai : Calon BN - Tuan Aziz Tuan Mat, Pengurus KesedarTERKINI laporan Bernama-16:40pm : Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Manik Urai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini. Amboii.. mudanya dia.. sebaya KJ (semi-PM Malaysia), sebaya Omar Mustapha Ong (semi-Pengarah Petronas). Memudakan UMNO, idak gitu? Kih kih. Tuan Aziz ni kelulusan dia Sarjana Muda Pengurusan dari UTM, grad 1994. Takat tu sajalah. Muda sungguh jadi Pengurus (bahagian pemantauan projek) Kesedar, muda sungguh jadi calon ADUN. Bagus le tu.. Kih kih. Dalam pada itu, jelaslah dua orang calon BN Kartun Manek Urai yang lebih senior - Naib Ketua Umno bahagian Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan sudah tertolak. Kak Ani Calon Wanita Kuala Krai juga turut berputih mata. Kih kih. Politik UMNO memang Kartun. Sebelum ini, Tuan Aziz dimaklumkan berkata beliau "tidak tahu" siapa yang akan dipilih menjadi calon BN untuk DUN Manek Urai. Katanya, jika boleh, beliau tidak mahu dipilih sebagai calon kerana ramai lagi pemimpin lebih kanan yang sesuai untuk bertanding di situ. Kih kih.. merendah diri tu memang bagus kan? Tuan Aziz bukan anak tempatan Manek Urai. Kih kih. Berdasarkan sumber dalaman - Tuan Aziz Tuan Mat ialah Ketua Pemuda Bahagian. Masalahnya Tuan Aziz adalah seorang pemimpin muda yang kurang dikenali dan kurang disenangi oleh penduduk Manek Urai. Ramai yang beranggapan sebelum ini bahawa jika Tuan Aziz dipilih, BN akan kecundang sebelum masuk gelanggang kerana ketokohan calon PAS, Hj. Mohd Fauzi Abdullah, 50, sukar ditandingi oleh Tuan Aziz. Paling menarik, sebelum ini juga Kem Lobi UMNO telah pun berpecah dua. - antara Ketua Umno Bahagian, Ramzi Abdul Rahman dan satu lagi, Bekas Ketua Bahagian Wan Zaid. Nahhh.. akhirnya dua-dua terlopong. Kih kih. Tak tahulah yang mana dalam kem tersebut akan sokong Tuan Aziz. Aku takut kalau kedua-duanya pun tak sokong calon pilihan Mustapha & Muhyiddin Yassin ni. Muahahaa.. kesian Tuan Aziz. Akhir kata, "Selamat datang" Tn. Hj. Mohd Fauzi. "Bai bai" Tuan Aziz. Wassalam. Manek Urai - Calon PAS Fauzi, Calon BN EsokCalon PAS ialah Hj. Mohd Fauzi Abdullah, 50 seorang peniaga dan Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai. Di samping itu, beliau adalah Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia DUN Guchil. Fauzi tinggal di Guchil tetapi mempunyai ramai keluarganya di Manek Urai dan dikatakan dikenali di seluruh DUN yang bakal ditandingi pada 14 Julai ini. Hj. Fauzi yang lebih dikenali sebagai "Abe Uji" telah mengorak langkah awal turun padang hari ini. Dia bertemu rakyat Manek Urai secara formal khusus dengan pelajar yang akan melanjut pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Kampung Ragu, di samping menyampaikan sumbangan bagi pihak Dun Manek Urai kepada lapan pelajar. Ya.. Tugas sudah bermula. Itu cerita tentang calon PAS. bagaimana dengan calon UMNO-BN? Sebelum ini, Perdana Menteri - Najib mengumumkan calon BN akan dibuat oleh Timbalannya pada hari Ahad. Hari ini, Muhyiddin mengesahkannya di Pagoh. Esok siapakah calon BN bakal diketahui. Politik Sebagai Satu Seni Bagi aku, politik ini suatu seni yang sukar ditafsir. Setiap keputusan, setiap hebahan malah setiap pertikaian dalaman atau luaran parti mempunyai tujuan tertentu. Ada yang tersurat, ada yang tersirat. Ada yang diikat, ada yang mengikat. Semasa PRK Parlimen Bukit Gantang dahulu, BN mula-mula gah mengumumkan Ismail sebagai calon BN. Media kerajaan memberi publisiti cukup hebat. Macam dia bakal menang mudah, atas kapasiti pengalaman kerja dan anak tempatan. Alih-alih, bila PAS buat pengumuman selepas itu bahawa DS Nizar sebagai calon (hari-hari terakhir sebelum penamaan calon) , pemimpin BN banyak yang mengkritik pemilihan itu. Mereka tahu Nizar adalah amat popular. bukan sahaja di Perak malah seluruh Malaysia. Mereka tahu calon BN bakal menerima tentangan paling sengit kerana isu krisis Perak yang baru berlaku. Ternyata, BN tumbang di Bukit Gantang. Kali ini, BN ubah strategi. BN umumkan selepas PAS mengumumkan calon mereka. Tentunya ada percaturan calon oleh kepimpinan BN setelah melihat siapa calon PAS. Dulu BN terkena di Bukit Gantang, maka diharap kali ini boleh mengenakan PAS pula di Manek Urai. Besar hajatnya.. kih kih kih. Apa-apa pun, bagi aku.. bila PAS berani buat keputusan awal.. bermakna PAS telah berani menerima risiko. Penolakan Kerajaan Perpaduan kembali mengutuhkan parti. Kawasan Manek Urai adalah ladang subur PAS. Sepertinya PAS dah bersedia menguburkan UMNO-BN sekali lagi di Manek Urai. Jika ianya berlaku, keputusan semua PRK sejak PRU12 Mac lalu bakal menjadi 6-1. Kita sama-sama lihat. PAS vs UMNO - Nik Aziz Cabar Najib Berdebat Secara Terbuka Di Manek Urai ?Pertempuran politik PAS vs UMNO bukan sekadar untuk kemenangan kerusi di PRK DUN Manek Urai. Ianya adalah kemelut politik yang cukup lama, masih berterusan dan seperti tak berpenghujung. Terbaru, Bernama 1.50pm tadi melaporkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dengan PAS. TG Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat. "Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," katanya kepada pemberita selepas mengimamkan Solat Sunat Dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, di sini Sabtu. Hadir sama pada majlis sempena sambutan Bulan Sembahyang itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. TG Nik Aziz berkata hasrat untuk mengadakan perdebatan itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan. Katanya perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan. "Kita perjuangkan Islam tetapi UMNO yang menentang kita sehingga keadaan menjadi kucar lanar (kucar-kacir)" - TG Nik AzizHo.. ho.. bagus.. bagus. Amacam Najib? Debat, jangan tak debat! Berdegar biar berdepan, bukan berdegar di belakang. Sediakanlah fakta peruntukan kerajaan pusat dan isu royalti minyak hak rakyat Kelantan. Kalau boleh, buat kat Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam. Jangan, kat Terengganu - bumbung runtuh, nanti jadi modal kalah pulak. Kih kih kih. Untuk Najib dan balacinya.. Insentif RM300 supaya tak balik mengundi di Manek Urai ni, apa ceritanya..? - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Sumber berkaitan, rujuk artikel lewat 'Kenapa Umno tolak Islam' - Nik Aziz ajak Najib berdebat - Harakah-4:37pm. Pemuda UMNO vs TG Nik Aziz - Bengkeng Tak KetahuanTak habis-habis cerita UMNO Kartun di Kelantan. Dulu, Muhyiddin buat lawak di Manek Urai - kemaruk Kerajaan Perpaduan.. Lepas tu, Mustafa Mohammad pulak - nak perjelas isu royalti minyak Kelantan. Kemudian Puad Zarkashi dengan kempen seru guru sokong BN. Pagi ini giliran Pemuda UMNO pula nak buat lawak di Kota Bharu. Ketua Pemuda UMNO Kartun di Kelantan yang bernama Anuar Safian bila bengkeng tak ketahuan - pergi buat laporan polis pukul 10.30 pagi tadi. Dia marah dengan kenyataan TG Nik Aziz yang kononnya menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis. Bagi mereka, kenyataan Mursyidul Am PAS itu berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat. Kih kih kih.. sikit-sikit laporan polis.. sikit laporan polis. Pergi failkan saman di mahkamah sajalah. Kan para hakim yang bijaksana bijaksini itu orang depa?.. Apa saja orang cerita.. terus naik darah. Maka nak tunjuklah bahawa Ketua Pemuda UMNO Kartun Kelantan adalah seorang berjiwa Melayu dan pejuang rakyat. Bila buat laporan polis, konon sudah memperjuangkan hak rakyat. Kih kih kih. Aku takut Anuar Safian ni jadi bahan ketawa orang macam cerita Hilmi Ismail yang konon nak jadi hero Melayu di Perak dulu. Yang aku rasa kelakar tu, bila Malaysiakini melaporkan bahawa Si Anuar Safian itu ke Balai Polis Kota Bharu pagi tadi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu. Nak bagi hebat sikit, mereka bawa beberapa sepanduk mengecam tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR. Nak tunjuk bengkeng dan ggdebe ler tu.. Muahahaa.. marahkan PAS sebab bekerjasama dengan DAP dan PKR? Jadi PAS sepatutnya kena bekerjasama dengan UMNO dan BN? Macam tu? Kih kih kih. Kalau UMNO dan BN itu memang pemerintah yang adil, amanah sejak 50 tahun lalu - takkan ada Pakatan Rakyat. Kalau UMNO sanggup perjuangkan pemerintahan Islam di bumi Malaysia, takkan ada PAS. Jika tiada penindasan, kronisme dan pilih kasih sesama orang Melayu sendiri dalam agihan bantuan untuk kebajikan rakyat, Pakatan Rakyat takkan bising. Kalau Kerajaan Pusat (BN) tidak membuli dengan tidak mengeluarkan peruntukan sepenuhnya kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain di bawah PR, tentu PR tidak bising dan marah. Kalau Kerajaan Pusat (BN) tidak menahan royalti minyak hak rakyat Kelantan dan Terengganu semasa di bawah kerajaan PAS, tidak akan jadi kegeraman memuncak di kalangan sebahagian besar rakyat seluruh negara. Musahabahlah diri. Adakah logo UMNO selayaknya 2 bilah keris antik.. atau 2 ekor kartun lebih sesuai.. Pada aku, BN semakin kartun dalam tindak tanduknya. Manek Urai - BN Umum Calon Ahad, PAS JumaatSeperti sedia maklum, PAS akan mengumumkan calon PRK DUN Manek Urai pada hari Jumaat - esok: 26/06/2009. Dalam pada itu, BN pula dijangka buat pengumuman pada hari Ahad ini - 28/06/2009. Najib berkata, pengumuman calon tersebut akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manek Urai. Dia berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur lewat malam tadi. Dalam mesyuarat hampir tiga jam itu MT telah mendengar taklimat daripada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Menurut Najib, mereka telah berbincang dengan panjang lebar dan juga menerima pandangan serta input daripada sayap-sayap parti - wanita, pemuda dan puteri berhubung persiapan pilihan raya kecil Manek Urai. Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat pelbagai komplikasi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai. Sama-sama kita tunggu siapa calon berkaitan. Khabar angin dah banyak bertiup bagi kedua pihak.. tetapi pengumuman rasmi dari kedua parti itulah yang bakal mengesahkannya.PRK Manek Urai - Puad Zarkashi Seru Guru Undi BN ? Kih KihHari ini, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pulak buat lawak di Manek Urai. Sebagai Timbalan Menteri Pelajaran, dia nak eksekutif jentera kerajaan di kalangan warga pendidik di situ undi calon BN. Berikut petikan Bernama 17:58pm, petang ini. ![]() Guru Diminta Sokong BN Di Manik UraiNasib baik, 'seruan'nya masih berlapik.. 'pemilihan calon merupakan hak seseorang individu'. Kalau tidak, aku tentu taram dia cukup-cukup. Undi adalah hak rakyat Malaysia yang layak mengundi. Rakyat bebas memilih, bebas memangkah. Tiada kaitan antara Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dengan wakil rakyat tempatan yang akan dipilih. Bagi ahli profesional di bidang perguruan, mereka tetap jalankan tugas mereka, sama seperti profesion di bidang lain. Setakat ini, tidak pernah didengar seorang guru tidak mengajar murid di sekolah kerana menyokong PR. Tidak pernah dengar juga seorang doktor tidak merawat pesakit di hospital kerana menyokong PR. Bukankah pelajar terbaik SPM 2008 dengan 20A, Nik Nor Madihah dari Kelantan.. adakah guru-guru sekolahnya tidak mengajar? Di sebaliknya, yang aku biasa tengok.. biasa dengar.. ialah pengurus pendidikan, guru, kerani sekolah malah murid sekolah yang tiada di sekolah kerana melibatkan diri, terlibat, atau dipaksa libat bagi kepentingan parti BN. Yang tu boleh pulak ka? Urusan kerja dalam apa jua bidang sebagai punca rezeki yang halal adalah dituntut. Profesionalisme seseorang penjawat awam bukan berdasarkan motif politik atau kepentingan diri - tetapi atas iltizam, integriti, akauntabiliti serta amanah yang dipikul untuk dilaksanakan untuk kepentingan rakyat negara ini. Biodata Mohd Puad Zarkashi di Wikipedia (kih kih). Memang aku respect kat MIO (military intelligence) BN.. mereka boleh beri data yang tepat, terperinci tentang rakyat, tentang pengundi. Kalau tidak macamana Mohd. Puad Zarkashi dapat figure 187 pengundi dari warga pendidik? Aku yakin tentu BN juga ada figure angka rakyat miskin yang bertanggungan tinggi di Manek Urai. Kerajaan Pusat dah bantu mereka? Atau memang tahu, cuma sengaja tak nak salur bantuan.. sebab.. negeri pembangkang. Zalim. Mustafa Nak Perjelas Isu Royalti Minyak - Kalau Sempena PRK Manek Urai, Tak Payah La...Terbaru dari Bernama 18:58PM, kononnya Mustapa Mohamed nak perjelas isu royalti minyak Kelantan. Bagi aku, kalau setakat nak cover isu sempena PRK DUN Manek Urai - tak payah la.. Buat bagi rakyat sakit hati saja. ![]() KUALA KRAI, 21 Jun (Bernama) -- Kerajaan pusat akan memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti hasil pengeluaran petroleum yang sering dibangkitkan oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.Pasai apa rakyat tak sakit hati? Pertama.. bila Mustapa mengakui persoalan itu sudah sering ditimbulkan oleh kerajaan negeri Kelantan, itu sudah cukup menjelaskan. BN tak pernah berusaha mengatasi masalah, tetapi sentiasa menambah masalah. Seperti orang yang berhutang yang sengaja tak mau bayar, walau secara ansuran. Itu satu.. Keduanya pulak.. bila Mustapa baru nak dapatkan laporan terperinci, aku dah faham.. itu jawapan yang paling senang dibuat dan tipikal bagi mana-mana tokoh BN Kartun. Selama hari, BN kartun Kelantan sememangnya tak pernah buat kajian ka? BN kartun tak pernah jelaskan pada rakyat ka? Peruntukan 2009 RM1 Juta setiap parlimen dari Kerajaan Pusat, ianya masih tak mencukupi.. Tunggakan royalti RM 1 Bilion itu adalah tunggakan yang amat lama, dan ianya adalah hak rakyat Kelantan. Paling zalim bagi pemerintah adalah memilih-milih negeri atau rakyat untuk disalurkan bantuan. Kalaulah ada anak yatim, fakir miskin di Kelantan berdoa pada Allah atas kezaliman itu, aku tak tau la... apa nasib BN lepas ni. Aku dengar, doa sebegitu adalah tidak terhijab. Wallahu A'lam. Calon Manek Urai - Pas Bersedia, UMNO Berpecah DuaMenjelang hari penamaan calon pada 7 Julai ini, khabarnya DUN Manek Urai semakin meriah. Meriah dengan polis, petugas parti, persiapan, dan kisah menjelang hari besar tersebut. Kawasan itu bakal ditandingi oleh PAS vs UBN - seperti PRU12 terdahulu. ![]() Ok, itu satu cerita balik sini. Balik sana pulak..? Di pihak sana, ceritanya terbalik pulak. BN seperti belum bersedia. Menurut laporan Malaysiakini, UMNO berpecah dua. Umno bahagian kini terbahagi kepada dua kumpulan - yang menyokong ketua bahagian sekarang, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan yang menyokong bekas ketua bahagian Datuk Wan Zaid Abdullah. 28 daripada 42 cawangan Umno di Kurai Krai merupakan cawangan yang menyokong Wan Zaid sejak sekian lama. Sejak Ramzi ambil jawatan tersebut pada 2005, beliau mencantas semua orang Wan Zaid, baik di peringkat bahagian mahupun cawangan. Berdasarkan teori domino UMNO di Manek Urai, isu siapa calon akan membawa pula isu kedua: perpecahan para petugas kempen pilihanraya. Kih kih kih. Tentunya terus ke isu ketiga - nak undi siapa? Kih Kih.. good! Sehingga hari ini, ramai petugas Umno di Manek Urai belum membina bilik gerakan di peti undi dan cawangan masing-masing. Kononnya ramai merungut kerana peruntukan RM2,000 untuk satu peti undi terlalu kecil. Peruntukan sebanyak itu sesuai untuk memasang poster dan kain pemidang tetapi sukar untuk membina bilik gerakan kecil. Sebenarnya mereka mahu peruntukan yang lebih besar sebelum menjalankan kerja-kerja kempen pilihanraya. Kih kih kih. Puak UMNO ni aku tak mau komen apa-apa bab "mata duitan" ni. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Skrip Khutbah Pilihanraya DUN Manek Urai![]()
Sekian. Majulah Sukan Untuk Negara. Boleh bersurai. - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Kih Kih Kih. Skrip Khutbah Pilihanraya Kecil tak pernah tukaq-tukaq ka? Dari zaman Tok Kaduk dulu. Skrip universal multi-purpose. Tukar nama kawasan saja, ubah tarikh, nama orang dan jawatan - dah boleh pakai untuk mana-mana PRK sekalipun. Kertas skrip dah lunyai kunin pun pakai lagi. BN kartun. Kih kih kih. Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PAS & PR Mesti Diam?Hah. Betui ke cerita ni? Awat jadi lagu ni.. Apa sebab.. apa musabab ? Kisah ini kemudiannya disahkan pula oleh Malaysiakini.. hrm.. Itulah.. Bila Presiden & Timbalannya BISA berbicara.. kan dah lintang-pukang saf. Mursyidul Am tegur, buat tak tau, lawan pulak tu. Cakap hebat berdegar.. apa-apa kertas konsep waima blue-print pun tarak! Geng Exco penin, perwakilan demam? Bloggers jadi tak ketahuan.. Dah tau PR ni 3 parti, dibuatnya macam PR ni satu parti saja. Ikut suka dia. Bila 'ulamak ditegur, ada yang anggap macam memusuhi 'ulamak. Kita ni manusia. Semua ada silap, semua ada salah. Selagi kita mahu mengakui kesilapan dan kembali ke pangkal jalan, dunia ini amat luas untuk kita. Tiada lebih perit melainkan merasa dunia dan dada ini sempit. Walau dulu menang sikit saja, Manek Urai itu boleh ka kata kawasan 'gerenti menang' PAS? Orang PAS Manek Urai dah bersedia ke dengan Kerajaan Perpaduan? Kalau depa pun tak paham dan tak suka, berat..... Hangpa mau tengok pemimpin2 PKR, DAP dan sebahagian Exco PAS kempen di situ - bantai balik isu Kerajaan Perpaduan versi TU Hadi & TU Nasha? Hangpa nak tengok UMNO kempen bersorak di situ gelakkan lintang-pukang saf Muktamar PAS baru-baru ni. Aku ingat biar TU Hadi & TU Nasha saja pi kempen di situ. TU Mustapha tentu perasan. Depa memang pandai cakap! Hebat.. dari elok-elok PAS gagah perkasa - tanpa isu - gatai pi cucuh satu isu besar. Orang tegur nak perbetul, dibalas kutuk. Lantak.. MSK - Perakexpress pun nampak dah give-up.. Aku pun nak tengok saja dari jauh. Lagipun, Al-Banjari pun dah nasihat agar mula berhenti jangan bertelagah lagi bab Kerajaan Perpaduan. Cenangau juga dah sedih tak semena-mena institusi 'ulamak kena caci maki. Tapi aku tetap geram dengan siapa pemimpin kanan PAS yang cuba goreng kelentong Tn. Hj. Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak) mengatakan Kerajaan Perpaduan itu telah dapat perkenan TG Nik Aziz dan tokoh-tokoh lain. Pi tengok laporan TheEdge semalam. Nasib baik Tn. Hj. Ahmad Awang ni kenal 'siapa TG Nik Aziz'. Itulah sebenar 'ulamak yang mengenal 'ulamak. Subhanallah, Maha Suci Allah yang membongkar ada "alamak" yang bukan 'ulamak dalam PAS. Korang tak perasan kenapa tetiba Dr. Haron Din senyap sunyi? Tengok sini. Penulis tu lagi ganas dari aku! Aku ingat aku pun nak berhenti hal ehwal dalaman Kerajaan Perpaduan PAS (hingga selepas PRK DUN Manek Urai, seperti dicadang Drs Idham Lim). Lepas itu, boleh sambung balik jika relevan. Puak kat atas tu tentu ada otak, boleh fikir sendiri buruk tindak tanduk mereka sebelum ini. Kalau depa tak tahu juga, memang kepala hotak depa. Ya, musuh sebenar bukan sesama PR, tetapi Umno Kartun dan BN Kartun. Bagaimanapun, aku tetap doa semoga Allah menangkan PAS di Manek Urai. Demi Kerajaan Islam, bukan untuk Kerajaan Perpaduan TU 2 orang itu. Al-Fatihah Untuk Arwah ADUN Manek Urai dan Si-Nazak BNB
Subscribe to:
Posts (Atom)
INFO PRK DUN MANEK URAIPenamaan Calon ::: ISNIN ::::::: 06-07-2009 ::: Pilihanraya Kecil :: SELASA ::: 14-07-2009 ::: >> LAMAN WEB RASMI PRK DUN N.41 MANEK URAI << ARKIB BLOG
FELLOW BLOGGERS
DON'T EVER CHANGE THE GREEN ONE. TQ.BERITA ALTERNATIF
|
Fellow Bloggers
Komen TerkiniFellow Pro-PR Bloggers
Mengenai Saya
Kategori Artikel
Fellow Pro-BN Bloggers
Media Kerajaan |
Bukit Teluk Sera © 2009
Back to TOP