Pemuda UMNO vs TG Nik Aziz - Bengkeng Tak Ketahuan

Tak habis-habis cerita UMNO Kartun di Kelantan. Dulu, Muhyiddin buat lawak di Manek Urai - kemaruk Kerajaan Perpaduan.. Lepas tu, Mustafa Mohammad pulak - nak perjelas isu royalti minyak Kelantan. Kemudian Puad Zarkashi dengan kempen seru guru sokong BN. Pagi ini giliran Pemuda UMNO pula nak buat lawak di Kota Bharu.

Ketua Pemuda UMNO Kartun di Kelantan yang bernama Anuar Safian bila bengkeng tak ketahuan - pergi buat laporan polis pukul 10.30 pagi tadi. Dia marah dengan kenyataan TG Nik Aziz yang kononnya menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis. Bagi mereka, kenyataan Mursyidul Am PAS itu berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

Kih kih kih.. sikit-sikit laporan polis.. sikit laporan polis. Pergi failkan saman di mahkamah sajalah. Kan para hakim yang bijaksana bijaksini itu orang depa?.. Apa saja orang cerita.. terus naik darah. Maka nak tunjuklah bahawa Ketua Pemuda UMNO Kartun Kelantan adalah seorang berjiwa Melayu dan pejuang rakyat. Bila buat laporan polis, konon sudah memperjuangkan hak rakyat. Kih kih kih. Aku takut Anuar Safian ni jadi bahan ketawa orang macam cerita Hilmi Ismail yang konon nak jadi hero Melayu di Perak dulu.

Yang aku rasa kelakar tu, bila Malaysiakini melaporkan bahawa Si Anuar Safian itu ke Balai Polis Kota Bharu pagi tadi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu. Nak bagi hebat sikit, mereka bawa beberapa sepanduk mengecam tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR. Nak tunjuk bengkeng dan ggdebe ler tu..

Muahahaa.. marahkan PAS sebab bekerjasama dengan DAP dan PKR? Jadi PAS sepatutnya kena bekerjasama dengan UMNO dan BN? Macam tu? Kih kih kih.

Kalau UMNO dan BN itu memang pemerintah yang adil, amanah sejak 50 tahun lalu - takkan ada Pakatan Rakyat. Kalau UMNO sanggup perjuangkan pemerintahan Islam di bumi Malaysia, takkan ada PAS. Jika tiada penindasan, kronisme dan pilih kasih sesama orang Melayu sendiri dalam agihan bantuan untuk kebajikan rakyat, Pakatan Rakyat takkan bising. Kalau Kerajaan Pusat (BN) tidak membuli dengan tidak mengeluarkan peruntukan sepenuhnya kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain di bawah PR, tentu PR tidak bising dan marah. Kalau Kerajaan Pusat (BN) tidak menahan royalti minyak hak rakyat Kelantan dan Terengganu semasa di bawah kerajaan PAS, tidak akan jadi kegeraman memuncak di kalangan sebahagian besar rakyat seluruh negara.

Musahabahlah diri. Adakah logo UMNO selayaknya 2 bilah keris antik.. atau 2 ekor kartun lebih sesuai.. Pada aku, BN semakin kartun dalam tindak tanduknya.

2 comments:

  • setuju... mula skrg panggil je pemuda kartun kelantan

  • Saya pun setuju sangat. Memang BN tak patut tul... Kami dan ramai lagi penyokong bercadang untuk usulkan supaya Karpal Singh dipilih sebagai PM sekiranya PR menang PRU 13 nanti, sebab beliau merupakan seorang pemimpin yang berkaliber sejak dari dulu lagi. Bila dah jadi PM, dia akan terima Islam punya,,,, don't worry. Macamana pendapat saudara penyokong setia Pakatan Rakyat. Lagipun bangsa Melayu, Cina dan India takkan komplen sebab dia singh tul tak?

Post a Comment