Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts
UMNO vs Karpal Singh - Denda RM1000. UMNO vs Nizar - Free of Charge.Asalnya dua kisah.. pasal Karpal Singh hari ini. Kisah Satu: 4 orang Pemuda UMNO Kartun yang kepung Karpal kena denda RM1,000.00 dek Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat. Sebabnya, kepung Karpal "OKU" di luar parlimen 26 Feb, 2009 dulu. Hukuman itu maksimum berdasarkan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 9 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952. Empat bulan baru dapat keputusan. Cepat ka lambat..? Aku ingat Ketua Hakim Negara saja yang komplen hakim mahkamahnya lembap. Rupanya ada lagi puak lain pun sama. Kisah Dua: Karpal kata RM1000 itu tak munasabah untuk kesalahan tersebut, suatu penghinaan. Aku setuju jugak - jika dari segi nilai denda.. RM1000 hanya besar di zaman 1952 sewaktu akta tersebut digubal dan dikuatkuasa. Sekarang setelah 50 tahun bagi ahli politik puak UMNO, RM1000 tu mungkin macam RM10 saja kot. Tak lekat celah gigi pun.. kot.. pada depa. "Lain kali, kita buleh buat lagi!" Maka aku tambah dengan Kisah Ketiga: Andailah puak polis yang merempuh bersenjata (semi-merampas kuasa jugak tu) di DUN Perak tempohari.. berapa agaknya denda depa kena bayar. Rasanya memang tiada akta DUN Perak seperti di parlimen. Kalau ada pun, mungkin dua kupang lima duit sahaja. Pengeras.. untuk para 'yang bijaksini' berkaitan. Yang mahai tu.. Karpal dikepung puak UBN di bangunan bangunan, luar dewan - tak bagi masuk. Yang si Sivakumar, Speaker Perak pulak dicempung dari dalam dewan - usung keluar dewan. Yang mana lagi teruk? Yang mana confirm - physical assault? Nizar vs Zambry - Keputusan Mahkamah Persekutuan Sudah Bocor?Krisis Perak masih belum berakhir. Pusingan awal, dimenangi Nizar di Mahkamah Tinggi - mengesahkannya sebagai MB Perak. Suku akhir, dimenangi oleh Zambry di Mahkamah Rayuan - menangguh Nizar sebagai MB . Kemudian Zambry menang lagi di separuh akhir di Mahkamah Rayuan dengan 3 orang hakim. Selepas ini akan masuk pertandingan akhir - Mahkamah Persekutuan. Aku sepertimana orang-orang lain berasa Nizar bakal dikalahkan lagi, untuk kesekian kalinya. Ada beberapa sebab aku menyatakan begitu. 1. Hakim Mahkamah Persekutuan - 5 orang sahaja.. ? Mahkamah Persekutuan menolak permohonan 11 orang hakim untuk menghakimi kes rayuannya. 5 orang hakim saja yang akan mendengarkan kes itu kelak. Mengapa? tiada alasan diberikan. Sebagai mahkamah tertinggi di Malaysia, yang tiada lagi proses rayuan lagi selepas itu - hakim seramai 5 orang adalah tidak rasional bagi kes sebesar ini. Adakah ianya susah? atau Ketua Hakim Negara menganggapnya isu remeh? Komplot kehakiman terburuk di Malaysia. 2. Sabotaj Penghakiman Bertulis oleh Hakim Mahkamah Rayuan Dijanjikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan untuk memberi laporan bertulis dalam tempoh seminggu selepas keputusan lisan dibuat. Apa yang berlaku ialah ianya dikeluarkan setelah lebih sebulan. Sedangkan, peguam Nizar memerlukan 'sebab-sebab Nizar kalah' dari laporan penghakiman tersebut untuk menimbulkan persoalan dalam rayuannya ke Mahkamah Persekutuan. Paling teruk, Nizar perlu buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan dalam tempoh sebulan dengan asas persoalan keputusan hakim mahkamah rayuan. Jadi, bila laporan bertulis oleh hakim mahkamah rayuan selepas sebulan, aku tercium bau telur kemuruk yang cukup busuk. Susah sangatkah buat laporan bertulis itu? Hakim Mahkamah Tinggi dahulu dapat keluarkan laporan penghakimannya 76 mukasurat dengan pantas dalam beberapa hari sahaja. Hakim Mahkamah Rayuan lembap.. 3 orang pulak tu.. kenapa? Ada udang di sebalik batu? Semasa peringkat suku akhir dulu, lagi karut. Seorang hakim Mahkamah Rayuan siri pertama - Si Ramly Ali bagi keputusannya dalam 5 minit saja. Sampai sekarang, haram tak dak penghakiman bertulis. Si Ramly tu baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah. Cukup junior untuk mengadili kes yang besar, berseorangan. Tapi tak kisahlah, sebab memang nak bagi Zambry menang, kan? Tapi Si Ramly ni dia baca tak Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa “sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman”. 3. Ketua Hakim Negara Yang Tidak Boleh Dipercayai Seorang 'bekas' pejuang totok UMNO. Seorang peguam pertama dilantik terus loncat ke jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan. Kemudian diloncatkan lagi jadi Ketua Hakim Negara, dengan meninggalkan betapa ramai Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan ketika itu. Siapa pilih? Pak Lah. 4. Asas Penghakiman Bertulis Yang Lemah Hanya 49 mukasurat? Dua saja laporan dikeluarkan Jumaat lepas? si Md Raus Sharif dan Ahmad Maarop.. Seorang hakim lagi, Zainun Ali - kononnya Isnin ni baru boleh keluarkan.. alasannya: "computer glitch" ?. Mangkuk. Kelemahan-kelemahan yang berbentuk komplot sabotaj. Kesimpulan: Kehakiman sudah lingkup, selingkup legislatif dan eksekutif di Malaysia. Itulah apabila politik menguasai ketiga-tiganya. Bukan 1Malaysia, tetapi LingkupMalaysia. Adakah selepas keputusan Mahkamah Persekutuan 'yang sudah boleh dibaca' kelak, krisis Perak akan berakhir? Kih kih kih. Malam sikit. Kita tunggu penghakiman rakyat dalam PRU13 2-3 tahun akan datang. Bukan Nizar vs Zambry lagi.. tetapi Piala Malaysia, Piala Perak. Rakyat tidak akan perlu beri penghakiman lisan atau bertulis berpuluh mukasurat. Mereka cuma 'memangkah'. . siapa mereka pangkah, nanti kita lihat! Nizar vs Zambry - Mahkamah Rayuan Serah Penghakiman Bertulis 3.00 Petang IniAkhirnya Mahkamah Rayuan Putrajaya mengeluarkan asas penghakiman mereka tempohari dalam menentukan siapa Menteri Besar Perak yang sah pada pukul 3.00 petang ini. Penghakiman bertulis itu dikeluarkan tepat seminggu selepas MB Nizar Jamaluddin memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini pada masa yang sama, Jumaat lepas. Untuk maklumat lanjut, rujuk TheMalaysianInsider. Nizar dalam fail rayuannya minggu lalu, mohon agar Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum itu yang mengisytiharkan DS Zambry Abd Kadir (BN) sebagai MB Perak yang sah. Peguam Nizar menjelaskan hari ini bahawa mereka berharap mendapat 3 jilid penghakiman bertulis secara berasingan petang ini - setiap satunya dari 3 orang panel hakim kartun yang mendengarkan kes Nizar vs Zambry tempohari. Pada 22 Mei lepas, Mahkamah Rayuan mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang mengisytiharkan Nizar sebagai MB Perak yang sah. Ketika itu 3 orang panel hakim mangkuk - Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, telah berjanji untuk menyediakan asas keputusan penghakiman mereka dalam tempoh seminggu selepas memberi keputusan penghakiman lisan tempohari - tetapi GAGAL. Pasal itu aku panggil depa bertiga itu hakim mangkuk dan kartun. Janji tak boleh diharap! Isu penghakiman bertulis tak keluar-keluar sejak sebulan sampai kecoh ini, walau bukan keperluan bagi kes Nizar dibawa ke Mahkamah Persekutuan, adalah penting untuk mengenalpasti kunci sebab utama mengenepikan rayuan Nizar vs Zambry tempohari. Tapi sayang, Nizar terpaksa membuat rayuannya yang dah tiba tarikh akhir Jumaat lalu, dengan mengemukakan persoalan yang terawang-awang; diakibatkan penghakiman bertulis 3 mangkuk itu masih belum keluar. Confirm, kalau tak mereka bertiga itu lembap - ianya adalah sabotaj. Dan petang ini, jika laporan penghakiman bertulis hanya satu jilid dikongsi bersama 3 orang hakim itu, semakin MANGKUK hakim-hakim berkenaan.
Berkaitan: 1. Nizar vs Zambry - 11 Hakim Mahkamah Persekutuan 9-10 Julai? Bubarkan DUN Perak Untuk BN Raih Kredibiliti - Ambiga![]() Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan mahu BN berikan rakyat dan bukannya mahkamah membuat keputusan berkaitan Menteri Besar Perak. Ini dilaporkan oleh TheMalaysianInsider pagi ini. Menurutnya, jawapan berkaitan isu MB Perak yang sah patut dipulangkan kepada rakyat kerana rakyat masih dan tidak akan berpuas hati sehingga mereka mendapat satu hasil keputusan yang sah. Sesungguhnya kuasa adalah hak rakyat kerana bila rakyat membuat keputusan, semua orang akan menerimanya. Ambiga menambah bahawa BN akan meraih lebih kredibiliti (yang sememangnya diperlukan) jika kerajaan pusat mengarah kepada pilihanraya semula di Perak, di samping menggugurkan semua tuduhan terhadap DS Anwar Ibrahim. Aku suka 'quote' kata-kata Ambiga ini:
Ambiga juga menekankan bahawa BN akan hanya mencapai hasrat meneruskan pemerintahan sebenarnya di dalam PRU akan datang, jika terus disokong oleh rakyat. "You may lose a little bit this time but you would have gained a lot more,” katanya. Dalam sesi soal jawab selepas syarahan umum anjuran Alumni Chevening Malaysia itu, Pesuruhjaya Tinggi British - Boyd McCleary turut bersetuju dengan pernyataan Ambiga berhubung isu Perak. McCleary percaya pihak kerajaan BN tidak sepatutnya menentang kehendak rakyat Perak. Aku juga suka 'quote' kata McCleary ini:
Yes! Aku sokong pendapat kedua-dua orang ini. Bubarkan DUN Perak! Nizar Dihalau - Nasha Kata Apa? Aku Dah Kata!Semalam aku buat artikel pasal Nizar Dihalau - Somebody Play It Safe.. Mungkin orang kata aku tuduh-tuduh. Mungkin ada yang perasan, tapi mungkin juga yang tak perasan. Tepat sangkaan aku, walau aku tak dok di Parlimen. Pasal sapa? pasal dia ni... kat sini. KUALA LUMPUR, June 16 – PAS deputy president Nasharudin Mat Isa today denied that he had distanced himself from Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin's action in Parliament yesterday, but refused to say whether he supports the Bukit Gantang MP. [...] ADOI! Come on Tuan Ulama' Nasharuddin ! - As The Deputy-President - You can't answer even YES or NO for that simple question? For your own brother's sake? - who sails along with the same ship... Setakat ni aku tak la kata "$%!^&*(#@#?$". Kena kawal diri. Cukuplah dulu. Cukuplah aku bermonolog lepas Muktamar hari tu.Sekurang-kurangnya bagi aku - nampak jelas 'pendirian'nya, termasuk kenapa Nizar tak dipilih sebagai Pesuruhjaya Pas Perak. Nizar favourite aku serta ramai lagi seperti Poll di laman Perak-Express dan laman Cyberboron sebelum ini - Nizar diundi lebih 70% berbanding ramai calon lain. Tapi nak buat cemana, poll hanya sekadar poll. Orang atas tak nengok benda tu, kan diorang meeting sesama depa saja. Blog-blog ni amende nyer kan? Tentang TU Nasharuddin ni, kalau korang kalau ada berhajat berikan pandangan, berziarahlah di ruang komen di laman blog dia ni. Tapi tak tau la, dia balas atau tidak. Sebab blog itu pun macam dah lama tak berusik. Kan sibuk... pasal apa tu? _____. Kih kih. Aku tak sebut UG pun. Itulah agaknya berita pasal YouGee - Najib anggap PAS ikhlas, sedia bincang, dikuti pula oleh kenyataan TU Nasha sambut baik reaksi Najib tu.. Hangpa baca, timbang tengok la sendiri.. Hrmm.. tapi selain TU Nasha tu, ada lagi yang 'play it safe'.. (bukan wajah di laman ManjungMari atau PinkTurtle saja).. Depa masih nak main aci menyorok? MatSamanKati-PerakExpress dah cerita panjang.. seperti dalam tulisan dia dalam Barisan Perpaduan 1 dan Barisan Perpaduan 2. Tengok apa TU Hj Hadi cerita pasal UG pada student oversea (bukan kat ahli PAS di Malaysia) 2-3 hari lepas. Tengok apa planning MIO (Military Intelligence) nak melingkup semua negeri di bawah PR. Bacalah kat situ. Setiap pautan link, kena baca. MSK ni, lagi power - dia suruh bukan baca saja, dia suruh pi berjalan cari sendiri sumbernya supaya fakta lagi sahih. Kendian, jenguk-jenguk kisah 'diehard-blogger' Bakaq - Penarikbeca yang nanti menyambung pada Sheih-Kickdefella, juga dengan kisah menakjubkan. Mereka ini jenis bersungguh-sungguh mencari fakta bukti dalam tulisan, kita cuma perlu baca saja, bukan susah pun.. Bukan mesti percaya semua, tetapi baca untuk mengetahui belajar sesuatu yang di luar jangka. Aku ulang, jangan percaya bulat, tapi kena pikiaq. Pasai tu Tuhan bagi kita akai. Agaknya mengapa Allah SWT menyuruh kita 'BACALAH' sebagai ayat pertama diwahyukan untuk Nabi Muhammad dan seluruh umat.. Mungkin agar kita tak buta hati walaupun kita ada mata. Wallahu A'lam. Krisis Perak - Pengerusi Ketua Kampung PR Diserang Panggilan dan Surat LayangPADANG RENGAS - Berikutan kes saman yang difailkan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir 27 Mei lalu, Pengerusi Ketua Kampung Negeri Perak, Mohd Ridzuan Asit mendakwa menerima surat layang berupa kutukan dan panggilan dari orang yang tidak dikenali.Pandangan aku, orang yang tulis surat itu adalah orang Melayu. Yang call juga adalah orang Melayu. Partinya UBN. Kih kih kih. DS Zambry tak bising-bising, para balacinya pulak yang lebih-lebih. Ketua Kampung @ Pengerusi JKK BN kot. Kih kih kih. Ya lah, kalau kes menang dek PR, hilanglah fulus mereka RM600. Aku respect dengan Ketua Kampung PR, mereka cuma dapat RM200 sahaja dulu dari Kerajaan Negeri. Tapi mereka buat juga kerja mereka sebaik mungkin. Geng Ketua Kampung UBN dapat RM400 direct dari Kementerian Luar Bandar (tajaan DS Mat Taib), pun masih tak bersyukur. Sekarang mereka dapat RM600 (Pusat & Negeri) - APA KERJA YANG MEREKA BUAT? Kisah Zambry & The Gang Dihalau Di Batu 8 Lekir - Manjung Mari![]() Aku tak tahan nak merengkam campur tergelak baca kisah di Manjung Mari. Hangpa pi la baca kat situ. Kisah yang penuh sadis, humor dan prejudis yang bersilih ganti. Tahniah pada tuan tanah yang berani menegakkan hak dia. Simbol seorang rakyat jelata yang berjuang mempertahankan tanah miliknya dari dicerobohi tanpa adab oleh pihak penguasa. Kena ugut pula kunun tak bayar cukai tanah? Bedebah punya pencacai Zambry. Aku mengucapkan setinggi tahniah pada tuan tanah Batu 8 Lekir ini! Itulah bila seorang rakyat Perak berani bersuara dan bertindak berdasarkan haknya. Dia memang anak jantan - berdepan, bukan di belakang. Adakah Zambry juga anak jantan - untuk membubarkan DUN Perak - jika dia yakin penuh bahawa semua rakyat Perak memang menerimanya sebagai Menteri Besar.. I doubt Zambry has the guts. (giggles) Puteri Sultan Perak - Orang Ke-35 Terkaya Di Malaysia! - Forbes Asia![]() Pengarah Gamuda Bhd, Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah di tempat ke-35 dengan nilai kekayaan AS$110 juta (RM385.917 juta). KUALA LUMPUR: Bilangan hartawan Melayu dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini meningkat kepada sembilan berbanding lapan tahun lalu dengan nilai aset terkumpul mereka mencecah AS$2.603 bilion (RM9.132 bilion). Kerana itu, aku berfikir bahawa dewa kayangan yang di atas politik itu lebih sukakan kerajaan pusat. Gamuda Bhd adalah antara gergasi pembinaan yang tersenarai di BSKL. Kebanyakan kontraknya dari kerajaan pusat. Tambahan Info:
DUN Ladang - Keputusan Mahkamah Persekutuan Ikut Yang Mana Satu?Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Ladang tetap milik Pas setelah mengetepikan rayuan Barisan Nasional Terengganu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak petisyennya mencabar keputusan pilihan raya umum ke-12.Baguslah BN kalah dalam petisyen di mahkamah tertinggi itu., tetapi aku tidak teruja sangat. Aku gusar la pulak, samada keputusan tersebut mengikut prosedur atau mengikut skrip ? Kih kih kih.
Kaitan Dengan Isu Perak Kita tengok pula krisis Perak. Adakah keputusan Mahkamah Persekutuan kelak bagi kes Nizar vs Zambry akan 'mengalahkan' BN seperti kes DUN Ladang? Hangpa teka! Bagi aku, skrip sudah ada untuk para hakim Mahkamah Persekutuan. Cuma berbeza sedikit , iaitu Zambry menang dan Nizar kalah. Tujuannya supaya tiada pembubaran DUN Perak, walaupun BN terpaksa tayang muka tak malu untuk 3-4 tahun lagi. Hakim Mahkamah Tinggi yang aku hormati, Tn. Hj. Abdul Aziz boleh mengeluarkan penghakiman bertulis sebanyak 78 halaman. Dia seorang saja hakim untuk kes itu. Selepas itu, Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan Khas tak buat penghakiman bertulis dalam penghakiman 5 minitnya, tetapi dibenarkan pula dek hakim Mahkamah Rayuan. Memang kartun. Mana pula penghakiman bertulis oleh hakim-hakim Mahkamah Rayuan tempohari? 3 orang pun tak boleh buat? Sememangnya tanpa penghakiman bertulis ini memang untuk melumpuhkan hujah para peguam Nizar di Mahkamah Persekutuan kelak. Harga Diri Dia RM 3 Juta Sahaja ?Salah seorang bekas exco Pakatan Rakyat yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional. Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai.Harga diri setiap orang tidak ternilai. Maruah diri tidak boleh dijual beli. Namun begitu, tetap ada orang yang memurahkan dirinya untuk dilelong di pasar Baghdad untuk kesenangan yang sementara. 3 dirham saja. Ansuran 2 bulan sekali pulak tu! Dah la kena lelong, merungut pulak.. Kih kih kih. Kesian pada kaum keluarga dia 7 keturunan tentang kisah ini. Ketua Kampung Saman Kerajaan Zambry Si PenggulingPerak terus panas. Pada bulan April lalu, Zambry "Si Pengguling Yang Terus Mengguling" telah diberi amaran berkaitan isu pemecatan seluruh ketua kampung di negeri Perak secara tidak sah. Akhirnya bila tiada susulan secara baik oleh Si Pengguling, maka saman dijanjikan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh pukul 11 pagi tadi. Saman tersebut dibuat oleh En. Mohd Ridzuan Asit sebagai mewakili seluruh 817 orang ketua kampung negeri Perak. Menurut Al-Husseyn dari Ipoh, antara tuntutan saman tersebut adalah:
Wah! Sejak krisis Perak bermula, kita semakin cerdik. Kita makin mengenali jargon-jargon dalam laras bahasa undang-undang. Benarlah, semakin lama kes kepimpinan coup d'etat BN Perak dibawa ke mahkamah, semakin berilmu rakyat Perak. Semakin berilmu, semakin meluat dan getik pula rakyat Perak terhadap isu ini. Ada hikmahnya Nizar tewas di Mahkamah Rayuan. Isu saman ketua kampung ini akan terus meruntun Zambry ke dalam gundah gulana yang tak kunjung padam. Stok panadolnya kena ditambah lagi. Di samping itu, integriti para hakim juga bakal terus diuji. Adakah para hakim itu 'yang bijaksana' atau adakah para hakim itu 'yang bijaksini' ? Adakah 'dewa kayangan' yang berada di atas politik itu masih tidak pekak ? Bahang perang krisis terus bergelodak, bergejolak dan membuak. Perak terus panas. Nizar : Antara Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS PerakAku bersyukur apabila Menteri Besar Perak, DS Nizar Jamaluddin menarik diri dari bertanding jawatan Naib Presiden PAS. Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Tok Guru Hj. Ahmad Awang ingin mengundur diri untuk beri peluang pada yang lebih muda. Pergerakan keduanya seakan seirama, serentak dan senada. Pandangan aku, amat baik Nizar kekal di Perak. Beliau ada amanah besar di situ. Rakyat DUN Pasir Panjang di bahu kanan dan Parlimen Bukit Gantang pula di bahu kiri. Dalam masa yang sama krisis Perak belum berakhir. Hubungan antara semua komponen Pakatan Rakyat turut didokongi olehnya atas kapasiti sebagai MB. Semua beban amanah itu masih ada di pundaknya. Eloklah tidak menjunjung pula sepikul lagi beban jawatan Naib Presiden PAS Malaysia. Bagi aku, keputusan Nizar adalah tindakan yang rasional dan bertanggungjawab. Biarkan laluan di Pusat untuk calon yang lebih sesuai setakat ini. Masih ramai yang kurang atau tiada komitmen besar di peringkat DUN atau Parlimen untuk tugas itu. Harakahdaily melaporkan hanya lima calon yang sah bakal bertanding: Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Mujahid Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah. Insya Allah, antara mereka ada banyak ruang dan masa untuk ditumpukan ke arah keutuhan PAS di peringkat nasional. Serahkan pada mereka. Semuanya tetap bekerjasama untuk kebaikan bersama. Perjuangan dalam sesebuah organisasi bukan semestinya untuk menjadi orang tertinggi dan teratas. Pada sebuah dinding, semua batu-bata adalah saling mengikat - saling kuat menguatkan antara satu sama lain. Bumbung takkan kukuh terbentang tanpa disendal alang dan rasuk. Rasuk takkan berdiri tanpa dinding yang menyokong. Dinding tak bermakna jika asas lantai tidak terhunjam ke dasar bumi. Dari sekadar penyokong, ahli biasa, cawangan, bahagian, negeri - semuanya memiliki kekuatan yang tersendiri dalam mendokong kekuatan parti. Semua kita adalah pemimpin, menyumbang di peringkat masing-masing. Kelebihan PAS berbanding BN terletak pada prinsip integriti dan akauntabiliti. Biar pegang sebatang kayu, tetapi dipegang kukuh-kukuh hingga ke akhirnya. Jangan pegang terlalu banyak, nanti tertinggal tercicir di merata jalan. Kekalkanlah amalan budaya yang sihat ini. Chedet Terus Membisu Darihal PerakMantan Perdana Menteri ke-4, Mahathir diketahui umum telah membangunkan blog khasnya chedet.co.cc untuk melahirkan suaranya bagi menumbangkan Perdana Menteri ke-5, Pak Lah. Semua orang tahu pasal itu. Segala kebobrokan semasa Pak Lah diungkit, ditembi dan dirodok bagi mempercepatkan kejatuhan Pak Lah. Lebih 70% peluru berpandu dalam artikel blognya mensasarkan Pak Lah. Bila Pak Lah rasmi meletak jawatan dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu, baru Mahathir munculkan diri dengan megahnya di PWTC. Beliau sememangnya menyokong kelahiran Najib sebagai PM ke-6. Semua orang tahu pasal itu. Semasa di zaman PakLah, Perak ditumbangkan secara rampasan kuasa (coup d'etat). Mahathir juga mengutuk perkara itu. Dia juga mengkritik pengambilan 3 orang calon bebas itu, yang bakal menjadi liabiliti untuk PRU13. Semua orang boleh rujuk sedutan artikelnya 4 Feb lalu: Lompat Melompat: Ini disambung pula dengan artikel Emas Bukan Perak pada 22 Feb. Setelah Najib mengepalai rombongan berjumpa Sultan Perak untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat, Mahathir terus senyap tentang Perak, hingga sekarang. Dia hanya tak sokong Pak Lah. Semua orang tahu pasal itu. Akhirnya, pada artikel 9 April -Mengapa Saya Masuk Balik UMNO, terluah juga satu ayat asam gelugur kelat dari beliau: Kelakarnya sejak kes Nizar vs Zambry di Mahkamah Tinggi hingga ke Mahkamah Rayuan, Mahathir hanya menulis berkaitan ekonomi, hal ehwal luar negeri dan beberapa pujian untuk diri sendiri. Apa sebabnya, entah. Bukan sedikit yang minta pandangan beliau tentang isu Perak dan kehakiman, tak dijawabnya. Yang ini, semua orang tak tahu pasal apa! kih kih kih. A Golden Quote by Sulaiman The Lawyer![]() "We have extraordinary judges with extraordinary ability." "We" - kita. "have" - ada, memiliki atau mempunyai. "judges" - hakim-hakim. "with" - dengan. "ability" - kebolehan atau keupayaan. Itu senang. "extraordinary" pulak? Merujuk kepada kamus online, berikut antara perkataan berkaitan 'extraordinary': Terjemahan penuh Melayu kenyataan di atas aku bubuh kat bawah sekali.
Kesimpulan yang aku boleh buat, "We have extraordinary judges with extraordinary ability" bermaksud lebih kurang "Kita mempunyai beruk-beruk luarbiasa dengan kebolehan menayang pungkoq yang merah menyala"... Betui ka? Zambry Buat Lawak La Pulak..IPOH, 22 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Perak meminta pakatan pembangkang di negeri itu -- DAP, PKR dan PAS -- serta penyokong mereka supaya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya yang sebulat suara mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Keputusan Mahkamah Rayuan - Zambry Menteri Besar PerakHari ini sekali lagi hari bersejarah untuk rakyat Perak. Mahkamah Rayuan hari ini mengubah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi minggu lalu. PRU12, Nizar sebagai MB, kemudian diguling oleh Najib dan meletakkan Zambry sebagai MB. Kemudian Mahkamah Tinggi mengumumkan Nizar MB yang sah. Lepas tu Zambry komplen di Mahkamah Rayuan. Kini Datuk Seri Zambry Abd Kadir pula diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Kah kah kah. Pernah tengok cerita Hindustan atau cerita Keling?? Mula-mula hero dia kalah, di hujung cerita dia jadi teror dan kuat! dan menang! Tapi itu cerita keling. Penuh dengan segala maknika kunun dan kartun. Dalam realiti sebenar, keseronokan hero kelingkia belum berakhir. Peguam Nizar akan terus buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Pastinya, jadi MB Perak 2-3 tahun ini bukan senang bagi Zambry. Turun naik kes mahkamah dan berdepan dengan segala cemuhan rakyat. Patut dia dah siap stok panadol 2-3 lori. Bab legislatif, memang BN nampaknya boleh kow-tim. Skrip keputusan hakim di Malaysia seperti dah boleh dibaca, walau belum diterbitkan. Yang tak boleh dia lari, adalah PRU akan datang - dengan rakyat! kih kih kih. Siappp! Berikut adalah sisipan dari Malaysiakini tentang keputusan tiga ekor Hakim Mahkamah Rayuan, plus seekor Peguam Negara petang tadi. Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Sebenarnya, bukan mudah bagi BN di tahun pertama Najib jadi PM. Kes krisis Perak masih terus berjalan.. seiring dengan krisis dalaman UMNO sendiri di Perlis dan Terengganu. Mereka kecut di Penanti, adakah mereka terus bacul di Manek Urai? KIta jangan sekadar tengok. Kita serang mereka di gelanggang satu negara. Bila Yang Haq Mengalahkan Yang BatilSyukur, Alhamdulillah. Akhirnya hari ini Mahkamah Tinggi memutuskan DS Nizar sebagai MB Perak yang SAH. Makna kata, sahlah bahawa DS Zambry tu MB Perak yang TAK SAH. Berikut berita terkini dari Star Online: KUALA LUMPUR: The High Court here ruled rule on Monday that Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin is the rightful Perak Mentri Besar, and not Barisan Nasional’s Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Apa-apa pun, perjalanan masih panjang.. Zambry dijangka akan buat rayuan di mahkamah lebih tinggi. Nizar pula akan terus bermasalah orang kirinya - SU DUN dan SUK Perak. Perkara penting, mestilah segera ke arah pembubaran DUN Perak dan pilihanraya semula. SEGERA! SEBELUM KELUAR USUL UNDI TIDAK PERCAYA DALAM SIDANG DUN ! Jika 'Vote of No Confidence' dah mula, Nizar akan kalah pada jika nisbah 28-31. Walau bagaimanapun, lebih baik Zambry jadi MB untuk 2-3 tahun ini. Biar dia buat kerja MB dengan 'tak tenang'. ADUN Pakatan Rakyat terus bantai mereka dalam Sidang DUN dan ceramah untuk rakyat. Bloggers terus bantai mereka setiap hari, tanpa kira isu. Rakyat juga terus bantai mereka dalam PRU 13. Kesan Domino yang melegakan. Mat Sabu Kena Tangkap!Sumber dari Detikdaily.net
Selanjutnya »
Naib Pr Sekumpulan anggota polis di percayai Speciah Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu. "Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran. "Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota yang ramai," ujarnya kesal. Dipercayai penangkapan terhadap Naib Presiden PAS ini dibuat ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak. Ianya berkemungkinan susulan daripada penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam. "Ke mana Mohamad Sabu dibawa, apa tujuan mereka tidak diberitahu," kata Salahuddin. Berita lanjut menyusul._ sumber harakahdaily
Dah la jalan kena tutup 7 hari. Tangkap orang pulak tanpa adab. Polis.. Polis... Sidang DUN Perak : Laluan Ditutup 7 HariNahhh.. 7 hari. Jenuuh. Pasai apa? Pasai semua pakat dok heboh kempen ke Perak, nak ke Ipoh 7 Mei . Lain kali, nak buat apa-apa, diam-diam sudahlah. Buat apa-apa siar besar-besaran. Macam kempen. Tapi, kalau tak siar besar-besaran, orang tak ramai pulak pergi sana. Tak syok pulak. Tak gitu? Tak apa, kalu lagu tu, kita tengok kawasan mana kena sekat? Jalan mana kena tutup. Semua laluan ke pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini dari Jalan Kuala Kangsar, Jalan Silibin, Jalan Lahat, dan Jalan Hospital akan ditutup sementara dan dilencongkan mulai jam 9 malam ini hingga esok sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Okey, banyak lagi kawasan lain boleh redah, boleh cilok. Parking jauh sikit tak apa. Boleh jalan kaki. Jom 7/5 - Minggu Melawat Ipoh. Speaker Benar Semua Media Buat Liputan Sidang DUN PerakSpeaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, hari ini membuat ketetapan bahawa semua pihak media akan dibenarkan untuk membuat liputan persidangan DUN Perak yang dijadual bermula pada 7 Mei ini. Sivakumar berkata, semua media termasuk yang dihalang untuk membuat liputan sebelum ini diminta untuk membuat permohonan bertulis di Pejabat Speaker, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan mulai jam 9 pagi esok. "Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media mengikut pertimbangan saya. Di sini, saya menggunakan Perintah-perintah Tetap 84 (DUN Perak) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil mana-mana jurnal menghadiri persidangan dewan. "Perintah-perintah tetap ini juga membolehkan Yang Dipertua Dewan untuk membatalkan kebenaran yang diberi," katanya dalam satu kenyataan media, di sini. Sivakumar berkata, arahan itu dikeluarkan untuk menjamin prinsip demokrasi dan kebebasan media. Beliau berkata, rakyat harus mengetahui apakah yang berlaku dalam persidangan secara telus. "Tidak ada sebab untuk menghalang mana-mana media untuk membuat liputan. Rakyat berhak mengetahui segala gerak-geri wakil rakyat mereka di dalam Dewan Negeri," katanya. Sebelum ini hanya 13 media elektronik dan cetak iaitu RTM, BernamaTV, TV3, The Star, The New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia, China Press, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Tamil Nanban, Tamil Nesan dan Bernama dibenarkan membuat liputan persidangan dewan yang dijadualkan pada 7 hingga 13 Mei ini. Jabatan Penerangan Perak dalam satu notis bertarikh 30 April lepas memaklumkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak memutuskan bahawa setiap media cetak hanya dibenarkan untuk menghantar dua petugas manakala media elektronik dibenarkan menghantar tiga petugas untuk liputan persidangan dewan itu. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dijangka membuat satu kenyataan esok berhubung arahan larangan membuat liputan dan had bilangan petugas yang dikeluarkan sebelum ini. - Bernama. Kita tengok nanti berapa biji panadol Zambry nak telan hari-hari.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INFO PRK DUN MANEK URAIPenamaan Calon ::: ISNIN ::::::: 06-07-2009 ::: Pilihanraya Kecil :: SELASA ::: 14-07-2009 ::: >> LAMAN WEB RASMI PRK DUN N.41 MANEK URAI << ARKIB BLOG
FELLOW BLOGGERS
DON'T EVER CHANGE THE GREEN ONE. TQ.BERITA ALTERNATIF
|