Saf Kepimpinan Baru PAS - Berita Baik!

Akhirnya barisan kepimpinan PAS baru dah dihebahkan oleh Harakahdaily pukul 2.47 petang tadi. Beberapa perubahan oleh TU Hadi Awang :
  • Setiausaha Agong - TU Mustafa Ali (ganti Datuk Kamaruddin Jaafar).
  • Bendahari - Dr. Mohd Hatta Ramli (kekal).
  • Ketua Penerangan - Ustaz Idris Ahmad (ganti Mahfuz Omar)
  • Pengarah Pilihanraya Pusat - Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (ganti TU Mustafa Ali)
  • AJK Pusat (Tambahan) - Husam Musa, Mohamad Sabu, Mohd Taufek Abdul Ghani, Dr. Mariah Mahmood (kekal), Anuar Tahir (kekal).
Foto Haji Hadi Awang
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi mengumumkan perlantikan Dato' Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Dato' Kamaruddin Jaffar.

Pengumuman dibuat pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sejurus selesai Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang bermula jam 10 pagi tadi.

Pada sidang itu, Ustaz Hadi mengumumkan Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan mengekalkan Dr. Mohd Hatta Ramli sebagai Bendahari.

Tinbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik menggantikan tempat Mustafa sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Bekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dari Negeri Sembilan adalah satu-satunya muka baru yang dilantik.

Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula. - tmj/tajdid _


Syukur Alhamdulillah. Terimakasih TU Hadi dan semua ahli yang bermesyuarat. Semoga saf kepimpinan PAS makin kukuh. Semoga terus mantap untuk jatuhkan saham Najib, kasi lingkup. Elakkan bertelingkah di khalayak antara sesama pemimpin komponen PR. Insya Allah - PRU13 ada cahaya yang terang.

2 comments:

  • salam. aku ingat Hj Tapa tu patut pi jaga PSJ Teganu baik2, bagi Teganu menang next PRU. Rupanya tidak, lagi naik pangkat. jaga satu Malaysia pulak tu..

    berat..

  • salam Anon 4:14. pandangan anda sama seperti pandangan saya. cuma, kita berdoa mereka semua bekerja seikhlas dan sebetul mungkin. harap tak ada lagi cerita lawak lagi, lepas ni.

Post a Comment