Percubaan mewujudkan AI Classroom World
14 hours ago
Showing posts with label Korporat. Show all posts
Showing posts with label Korporat. Show all posts
Bila Petronas Dah Tak Mau Dengar Cakap Najib..![]() Kih kih kih.. Menarik kisah di TheMalaysianInsider ini. Lembaga Pengarah Petroleum Nasional (Petronas) kekal dengan keputusan bulan lalu serta menolak secara 'lemah lembut' hasrat Najib nak letakkan seorang ahli politik sebagai Pengarah Petronas. Dalam mesyuarat semalam, lembaga pengarah tidak memperakui Omar Mustapha Ong sebagai Pengarah kerana 'kantoi' dalam perjanjian pinjaman biasiswa tajaan Petronas 2 dekad lalu. Muahaha. Yang kelakarnya, mesyuarat lembaga tersebut diarah oleh Najib sebagai PM untuk pertimbangkan sekali lagi keputusan mereka bulan lepas berhubung cadangan perlantikan Omar. Keputusan bulan lepas memang tak mau si Omar. Maka, lembaga itu cadang nak hantar satu delegasi bagi memaklumkan pada Najib berkaitan itu tidak lama lagi. Rombongan itu, khabarnya bakal diketuai oleh salah seorang pengarah Petronas, Abdul Kadir Kassim - seorang peguam kanan. Ya lah.. kenalah 'tolak secara berhemah'.. muahahaha Omar, 38 tahun, gagal menamatkan jumlah tahun perkhidmatan dengan Petronas atau mana-mana agensi kerajaan sepertimana yang tertera dalam perjanjian biasiswanya 20 tahun lalu. Petronas telahpun memulakan prosiding kes terhadap Omar pada tahun 2001. Tan Sri Hassan Marican, Presiden dan CEO Petronas, tidak mahu memberi komen berkaitan isu ini apabila ditanya oleh para wartawan semalam samada kemungkinan berlaku perubahan dalam lembaga pengarah syarikat minyak negara itu. Pada Ahad lepas, New Straits Time tiupkan khabar angin ada seseorang yang Najib nak bubuh gantikan Tan Sri Hassan ini. Gila ke Najib? Punya bagus Hassan ni bawa Petronas sampai ke tahap sekarang, nak ditukar? Pada Isnin lalu, Tun Dr. Mahathir - Penasihat Petronas - sendiri telah menyindir rancangan Najib nak bubuh pembantunya ke dalam lembaga pengarah Petronas. Apa kata Mahathir? Apabila ditanya adakah wajar Najib "melantik seorang yang gagal menyumbang pada Petronas setelah diberi biasiswa oleh badan itu", Mahathir menjawab lebih kurangnya - "secara amnya saya boleh menyatakan adalah tidak bagus melantik orang sebegitu". Muahahaa. Dia muncul sebagai orang kepercayaan politik kepada Najib dan sering dirujuk untuk nasihat berkaitan hal-ehwal ekonomi dan kewangan. Dia berkelulusan Oxford dengan biasiswa Petronas, kemudian kerja sekejap dengan Petronas dan beberapa GLC. Kemudian menyertai McKinsey & Co, syarikat konsultan antarabangsa di London dan Malaysia. Dia keluar McKinsey pada awal 2002 untuk menubuhkan syarikat konsultannya sendiri - Ethos & Co - bersama beberapa teman rapat. Dua tahun kemudian, diambil oleh Najib yang ketika itu Timbalan PM menjadi pegawai khasnya. Berat.. dulu heboh si KJ teringin jadi PM sebelum berumur 40 tahun; sekarang ada orang lain pulak nak jadi CEO @ Pengarah Petronas sebelum 40 tahun jugak? Isk.. isk.. ![]() Hebat.. Nasihat aku, bila dah kaya.. Jangan lupa bayar zakat. Jangan lupa bersedekah. Jangan lupa bayar royalti minyak pada negeri yang berhak. Jangan lupa Tuhan - Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Perkasa. DIA boleh lungkupkan Petronas selungkupnya-lungkupnya sepertimana juga DIA boleh menaikkan Petronas setinggi-tingginya. Najib.. Pikiaq baik-baik. MAS Rugi RM2 Bilion - Suku Tahun Pertama ?Antara sektor perdagangan yang tercabar di zaman meleset ini adalah sektor pelancongan. Paling teruk adalah syarikat penerbangan di mana ia melibatkan kos bahan bakar yang semakin naik, iklim ekonomi sedunia yang merudum serta terbaru wabak menular H1N1. Bagaimanapun, apabila MAS dijangka rugi melebihi RM2 Bilion, ini bukan perkara kecil. Syarikat kawalan kerajaan itu, jika tidak dibuat tindakan segera - boleh muflis. Ingat - nilai jangkaan rugi itu cuma baru untuk suku tahun pertama (Januari - Mac, 2009), ada lagi tiga lagi suku tahun belum tiba dan dinilaitara untung-ruginya. Kalau nilai ruginya kekal setiap suku tahun - boleh pi rugi RM8bilion woo untuk tahun fiskal ini. MAS’s Q1 loss expected to top RM2 billion Kalau kerajaan BN sayang MAS, aku jangka harga minyak petrol tak akan naik walaupun sekarang harga minyak mentah makin naik - dah mencecah lebih USD 72 setong. Kalau BN tak sayang MAS dan penaik harga minyak lepas ni, MAS tentu jadi nasi bungkus. Ucapan "Selamatkan dan Kekalkan Penerbangan Kos Rendah Untuk Rakyat Malaysia" untuk Pengarah Urusan MAS - Datuk Seri Idris Jala dan CEO Air Asia, Tony Fernandez. UPDATE! The Official Loss Is Not So High. Damn TheMalaysianInsider MAS posts RM695m Q1 loss, takes fuel hedging hit
Subscribe to:
Posts (Atom)
INFO PRK DUN MANEK URAIPenamaan Calon ::: ISNIN ::::::: 06-07-2009 ::: Pilihanraya Kecil :: SELASA ::: 14-07-2009 ::: >> LAMAN WEB RASMI PRK DUN N.41 MANEK URAI << ARKIB BLOG
FELLOW BLOGGERS
DON'T EVER CHANGE THE GREEN ONE. TQ.BERITA ALTERNATIF
|
Fellow Bloggers
Komen TerkiniFellow Pro-PR Bloggers
Mengenai Saya
Kategori Artikel
Fellow Pro-BN Bloggers
Media Kerajaan |
Bukit Teluk Sera © 2009
Back to TOP