PAS vs UMNO - Nik Aziz Cabar Najib Berdebat Secara Terbuka Di Manek Urai ?

Pertempuran politik PAS vs UMNO bukan sekadar untuk kemenangan kerusi di PRK DUN Manek Urai. Ianya adalah kemelut politik yang cukup lama, masih berterusan dan seperti tak berpenghujung. Terbaru, Bernama 1.50pm tadi melaporkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dengan PAS.

TG Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

"Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," katanya kepada pemberita selepas mengimamkan Solat Sunat Dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, di sini Sabtu. Hadir sama pada majlis sempena sambutan Bulan Sembahyang itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

TG Nik Aziz berkata hasrat untuk mengadakan perdebatan itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Katanya perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.
"Kita perjuangkan Islam tetapi UMNO yang menentang kita sehingga keadaan menjadi kucar lanar (kucar-kacir)" - TG Nik Aziz
Ho.. ho.. bagus.. bagus. Amacam Najib? Debat, jangan tak debat! Berdegar biar berdepan, bukan berdegar di belakang. Sediakanlah fakta peruntukan kerajaan pusat dan isu royalti minyak hak rakyat Kelantan. Kalau boleh, buat kat Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam. Jangan, kat Terengganu - bumbung runtuh, nanti jadi modal kalah pulak. Kih kih kih.

Untuk Najib dan balacinya.. Insentif RM300 supaya tak balik mengundi di Manek Urai ni, apa ceritanya..?

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Sumber berkaitan, rujuk artikel lewat 'Kenapa Umno tolak Islam' - Nik Aziz ajak Najib berdebat - Harakah-4:37pm.

3 comments:

  • aku ingat, Najib akan tolak secara berlapik atau cuma hantar wakil saja. dekat parlimen pun dia kalau tiada teks, ntah apa-apa cakapnye. kalau takat berceramah berdegar, ahli umno totok kat kedai kopi pun boleh.. silap2 lagi terer.

  • best nih kalau jadi. kalau kat stadium, jual kacang putih tentu laku.

  • Najib akan hantar Bininya sebagai wakil Umno untuk debat tu nanti.

    Mesti best.

Post a Comment