Pemuda UMNO Kutip Derma 10 Sen Seorang? Muahaha..

Lawak sungguh cerita berkaitan empat orang Ketua Pemuda UMNO yang kena denda dek Parlimen RM1000.00 seorang hari ini. Tup.. tup.. timbul berita kata nak buat kempen kutip sorang sekupang untuk ahli UMNO Selangor untuk bayar denda tu, di Malaysiakini - 30/06/2009 - 7:56pm tadi.
Ketua Pemuda bahagian Serdang, Engku Salleh Engku Abdul Jamal yang turut didapati bersalah berkata, setiap ahli pergerakan itu di negeri tersebut akan menderma 10 sen seorang untuk membayar denda tersebut.

“Saya setuju dengan cadangan supaya setiap ahli Pemuda membayar 10 sen seorang kerana inilah masanya untuk mereka menunjukkan perpaduan di kalangan ahli,” kata Engku Salleh ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Sikit pun aku tak percaya. Kih kih kih. UMNO mana biasa main duit sekupang lima duit nih. Depa main riban-riban saja. Tambah pulak ketiga-tiga orang Ketua Pemuda lain itu.. Latt Sharizan Abdullah (Petaling Jaya Utara), Megat Zulkarnain Omar Din (Gombak) dan Zahari Shaari (Shah Alam). Semua ini bukan calang-calang. Fulus masyuuk.

Aku teringat kata seorang sahabat aku yang hingga kini 'masih' ahli UMNO. Dia ni ahli UMNO masa baru mula kerja dulu - dekat 20 tahun lepas. Jadi, bila ada ura-ura nak tubuh cawangan baru UMNO di kawasan dia, kena ada jawatankuasa penaja. Jawatankuasa penaja ni pulak mestilah ahli baru. Jadi masa tu sahabat aku tu memang tak dak masuk parti apa pun lagi. "Available". Maka masa tu, denagn sedikit pujukan rakan, dia pun sukarelalah buat kerja sukarela tu. Isi borang sikit, sign.. tu saja. Lagipun, duit yuran pendaftaran tak payah bayar. Ada orang sponsor, kata puak tertinggi penaja. Masa dia pi mesyuarat agong kali pertama cawangan, nah! dia dicalon jadi Ketua Cawangan. Dia tak berminat.. jadi dia tolak dengan berlapik. Kalau dia bertanding masa tu, katanya confirm menang. Dan katanya.. itulah kali pertama dan terakhir dia menghadiri mesyuarat agong UMNO cawangannya, juga secara terlibat langsung berkaitan parti tersebut. Selepas itu, dia terus sibuk dengan kerjanya yang tak berkait dengan politik.. sibuk dengan hal-ehwal keluarga, macamlah juga kebanyakan orang lain.

Okay.. itu cerita dulu..

La ni dia bukan penyokong UMNO. Dia penyokong PR, lama dah. Dulu, masa daftar UMNO.. katanya dia bodo lagi. Apa pun tak tau pasal politik. Sekarang kan semua orang makin cerdik? Yang seronoknya ialah baru-baru ni dia cerita satu benda.. Baru-baru ni dia ada terjumpa satu blog pro-BN Kartun yang buat pautan ke laman semakan keahlian UMNO. Dia terkejut.. dia isi IC dia saja.. nah! keahliannya masih AKTIF. Setelah dekat 20 tahun..

Bila dia sembang kat aku pasal benda tu, aku kata - UMNO memang kaya - tapi bodo sombong. UMNO sombong pasai dia bangga keahliannya berjuta-juta. UMNO bodo pasai dia ingat semua ahli-ahlinya yang berdaftar itu tentu menyokongnya dalam pilihanraya. Selagi mana-mana ahli tak mohon keluar parti atau dipecat, tentulah semuanya itu macam ahli -ahli setianya. UMNO kaya pulak sebab dananya besar. Takat yuran keahlian ahli-ahlinya, tak ada masalah punya. Itu pentingnya banyak projek untuk kontraktor-kontraktor UMNO dan BN. Lagi banyak projek, banyaklah sumbangan dananya.

Jadi akhirkata.. empat Ketua Pemuda UMNO itu tak payah cerita la.. pasai kempen kutip sekupang ka sehinggit ka.. apa ka. Akan ada yang sponsor punya. Poket sendiri pun bukan main sendat.. bukan ka? RM4000 bukan tara mana, bukan ka? Toksah buat lawak la.. Kih kih kih.
Selanjutnya »

Kenapa UMNO Dan Polis Takut IPCMC ?

Hari ini, jelas mengapa Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tidak disukai oleh UMNO dan BN.


Menurut Pak Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Nazri Aziz: "Studies have shown that the IPCMC would have too much power as the investigator, the prosecutor, the judge and the executioner. This concept is against the Federal Constitution and existing laws".

Ceh! Mana kajian dia? Mana bibliografinya.. mana respondennya.. mana sampelnya.. mana hasil pembentangan kajiannya..? Setakat cakap, semua orang boleh jadi Menteri kalau setakat cakap macam itu.

Jika IPCMC berperanan menyiasat, mendakwa, menghakimi dan menghukum - itulah suruhanjaya bebas yang pertama kali wujud di Malaysia. Selama ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu semua suruhanjaya bebas? Bebas hapa.. bebas taik kucin depa.

Pada pandangan aku, UMNO cukup takut dengan syor IPCMC. Segala aib korupsi dan salahguna kuasa bakal memalit pada muka para pemimpin UBN sekoq-sekoq, termasuk atasan PDRM sendiri. Nak tengok sekoq-sekoq masuk "rumah batu berjeriji" bolehlah. Sebab itu ketika PakLah cadangkan IPCMC, geng polis pula berkempen menolaknya dalam buletin dalaman mereka sendiri. Tak salah jika Harakah dulu melaporkan: "Malaysia - negara polis?". Dahsyat cerita di situ.

an old kampung man once said: "with IPCMC, those UBN-PDRM folks will obtain NO power to reach their daily and monthly ca$he$ and cheque$ revenue anymore." that's all folks ?

Selanjutnya »

UMNO vs Karpal Singh - Denda RM1000. UMNO vs Nizar - Free of Charge.

Asalnya dua kisah.. pasal Karpal Singh hari ini.

Kisah Satu:

4 orang Pemuda UMNO Kartun yang kepung Karpal kena denda RM1,000.00 dek Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat. Sebabnya, kepung Karpal "OKU" di luar parlimen 26 Feb, 2009 dulu. Hukuman itu maksimum berdasarkan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 9 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Empat bulan baru dapat keputusan. Cepat ka lambat..? Aku ingat Ketua Hakim Negara saja yang komplen hakim mahkamahnya lembap. Rupanya ada lagi puak lain pun sama.

Kisah Dua:

Karpal kata RM1000 itu tak munasabah untuk kesalahan tersebut, suatu penghinaan.

Aku setuju jugak - jika dari segi nilai denda.. RM1000 hanya besar di zaman 1952 sewaktu akta tersebut digubal dan dikuatkuasa. Sekarang setelah 50 tahun bagi ahli politik puak UMNO, RM1000 tu mungkin macam RM10 saja kot. Tak lekat celah gigi pun.. kot.. pada depa. "Lain kali, kita buleh buat lagi!"

Maka aku tambah dengan Kisah Ketiga:

Andailah puak polis yang merempuh bersenjata (semi-merampas kuasa jugak tu) di DUN Perak tempohari.. berapa agaknya denda depa kena bayar. Rasanya memang tiada akta DUN Perak seperti di parlimen. Kalau ada pun, mungkin dua kupang lima duit sahaja. Pengeras.. untuk para 'yang bijaksini' berkaitan.

Yang mahai tu.. Karpal dikepung puak UBN di bangunan bangunan, luar dewan - tak bagi masuk. Yang si Sivakumar, Speaker Perak pulak dicempung dari dalam dewan - usung keluar dewan. Yang mana lagi teruk? Yang mana confirm - physical assault?
Selanjutnya »

Orang Asli Ditindas BN Pahang - Isu Ke Manek Urai

Diberitakan semalam dalam TheNutGraph (29/06/2009 - 7.33pm) bahawa perwakilan orang asli menghantar satu memorandum kepada ahli-ahli parlimen PKR untuk memprotes penafian kerajaan BN Pahang untuk mewartakan tanah-tanah tradisi Orang Asli. Memorandum itu juga memprotes langkah kerajaan negeri membenarkan pemilik-pemilik ladang membuka tanah pertanian di tanah-tanah tradisi Orang Asli.

Menurut Yusri Ahon, Penolong Setiausaha Kg. Orang Asli Sg. Mai, Jerantut - adalah menjadi hak dan kewajipan untuk mempertahankan tradisi dan budaya komuniti mereka selama ini dari ditindas.

Yusri berkata bahawa dalam mesyuarat majlis eksekutif negeri Pahang pada 1997 telah menetapkan bahawa semua tanah dimiliki penduduk pribumi hendaklah ditukar kepada tanah simpanan persekutuan di bawah Seksyen 7(1) Akta Orang Asli 1954. Celakanya, pada masa yang sama, kerajaan negeri menolak untuk mewartakan tanah milik Orang Asli.

"Kami penduduk pribumi asal, tetapi seperti kami menyewa tanah yang dimiliki kerajaan," kata Yusri. Katanya lagi, beberapa kawasan tanah milik komuniti Orang Asli dilupuskan di bawah polisi kerajaan Pahang, termasuk tanah perkuburan nenek moyang mereka. kehilangan tanah itu menyukarkan pertanian tradisional mereka - padi huma - sebagai pertanian sara diri mereka selama ini.

Orang asli sebelum ini menuntut cuma 127,706 hektar tanah di Semenanjung Malaysia. Namun begitu, di bawah polisi undang-undang tanah baru pada November 2008 oleh oleh Menteri Pembangunan Tanah dan Wilayah, Muhammad son of Muhammad Taib, para penduduk pribumi Semenanjung itu telah kehilangan 69,698 hektar tanah hak mereka. Banyak tu.. 54.6% hilang, yang tinggal 45.4% sahaja? Gila babi punya Mike Tyson.

Dalam satu sidang akhbar di Parlimen semalam, Ahli Parlimen PKR bagi Kuantan, Fuziah Salleh, berjanji akan melakukan apa yang termampu untuk menyampaikan memorandum tersebut kepada kerajaan BN Pahang.

Macam itulah.. dengarnya dulu ada tokoh pemimpin BN minta rakyat Melayu mengenangkan isu penaklukan Tanah Besar Amerika di zaman dahulu hingga kaum Red Indian kehilangan hak dan tanah. Konon agar jangan terjadi begitu pada kaum Melayu di Malaysia ini, pada masa ini. Konon negeri Perak akan terjajah oleh Cina DAP. Alasan paling kartun aku pernah dengar.

Tapi mereka terlupa.. kaum asli di Malaysia lah yang sebenarnya menerima nasib seperti Red Indian. Tak pernah belajar sejarah ka puak-puak ini ?

Dan untuk Tok Nan - MB Pahang, jawablah sementara kamu di dunia. Berat nanti kalau nak tunggu di akhirat. Orang Asli ka, orang kafir ka.. semua diberi hak bertanya kenapa mereka dizalimi dalam Mahkamah Allah di Hari Perhitungan. Apa kamu nak jawab depan Rabbul Jalil nanti.. ?

Itu satu perkara.. Lagi satu perkara.. kenapa nak kaitkan ke Manek Urai?

Sebab Kerajaan Persekutuan BN Kartun telah menafikan hak royalti minyak hak milik rakyat peribumi Kelantan! Tu pun dok beda'ah lagi.
Selanjutnya »

Krisis Kewangan Global - Madoff Dipenjara 150 tahun

Terbaru dari TheMalaysianInsider - 30/06/09 - 7:27am pagi ini, Bernard Madoff, 71, dihukum dipenjara 150 tahun - hukuman maksimum di atas jenayah jahat luarbiasa dalam penipuan terbesar pelaburan Wall Street bernilai USD 65 bilion. Krisis kewangan ini dikatakan terbesar sejak era Kemelesetan Besar 1930-an.

Okay.. 150 tahun penjara. Ini bermakna kalau ikut hukum akal, dia bakal menamatkan hayatnya dalam penjara. Kecualilah dia dipanjangkan umur oleh Tuhan hingga berumur 221 tahun (Guiness World Record), dapatlah dia menjenguk lagi dunia pada tahun 2230 kelak. Kita pun entah dah tak ada..

Para pelabur yang tertipu bersorak dan bertepuk tangan ketika hakim Denny Chin menjatuhkan hukuman. Apa maknanya? Semua orang suka bila yang bersalah dihukum setimpal dan adil.

Dengarnya Kerajaan BN juga memanipulasi wang rakyat Malaysia.. juga menyalahgunakan kuasa. Dengarnya juga, ada rampasan kuasa dan pemerintahan kudeta. Entah negeri mana tah.. dengarnya di Perak. Dengarnya juga ada negeri tidak diberi royalti minyak.. Kelantan rasanya.. Bagaimanapun, dengarnya pula.. tiada kes sebegitu pula di Malaysia..? Kerajaan BN menafikan. Kalau kes dibangkitkan di mahkamah, yang failkan kes silap-silap boleh dipersalahkan pula..

Ya.. kehakiman di bawah kerajaan BN. BN apa?.. BN Kartun. Adil? Piirah.
Selanjutnya »

UMNO Kartun - Tun Untuk Datuk Onn Setelah Diperingat

Berita sedih... berikut adalah laporan Bernama-19:26pm malam ini.
Kerajaan Timbang Gelaran 'Tun' Untuk Datuk Onn : Najib

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) - Kerajaan sedia menimbang cadangan untuk mengurniakan darjah kebesaran membawa gelaran 'Tun' kepada pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam jawapan bertulis kepada Hamim Samuri (BN-Ledang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri berkata pengurniaan darjah kebesaran itu adalah berdasarkan sumbangan besar Onn ke arah menyatukan rakyat Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu ketika itu) dan perjuangan mencapai kemerdekaan negara.

Selain jasanya mengasaskan Umno, Allahyarham Onn juga banyak sumbangan ke arah meningkatkan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu dengan menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa.

Allahyarham telah memainkan peranan yang penting dalam memulakan langkah untuk Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Onn meninggal dunia pada 1962 pada usia 67 tahun.

Kesian arwah.. Pelopor UMNO yang dilupakan. Dah 2 generasi baru nak teringat semula jasanya... setelah setengah abad.

Itupun setelah diperingatkan oleh orang Ledang kepada orang Pekan. Atau baru orang Pekan teringat bahawa arwah itu bapa saudaranya sendiri.. atau segan nak menolak cadangan itu sebab ada orang Sembrong, anak arwah merangkap sepupunya di dalam kabinet.

Tunku Abdul Rahman tak ditimbang sekali untuk dapat Tun ka? PM nombor wahid tu.. PM nombor ithnain, thalatha, arba', khomsa.. semua dah dapat Tun. Depa terlupa kot.. Tak pa, Melayu kan mudah lupa..
Selanjutnya »

Manek Urai : Calon BN - Tuan Aziz Tuan Mat, Pengurus Kesedar

TERKINI laporan Bernama-16:40pm : Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Manik Urai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini.

Amboii.. mudanya dia.. sebaya KJ (semi-PM Malaysia), sebaya Omar Mustapha Ong (semi-Pengarah Petronas). Memudakan UMNO, idak gitu? Kih kih. Tuan Aziz ni kelulusan dia Sarjana Muda Pengurusan dari UTM, grad 1994. Takat tu sajalah. Muda sungguh jadi Pengurus (bahagian pemantauan projek) Kesedar, muda sungguh jadi calon ADUN. Bagus le tu.. Kih kih.

Dalam pada itu, jelaslah dua orang calon BN Kartun Manek Urai yang lebih senior - Naib Ketua Umno bahagian Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan sudah tertolak. Kak Ani Calon Wanita Kuala Krai juga turut berputih mata. Kih kih. Politik UMNO memang Kartun.

Sebelum ini, Tuan Aziz dimaklumkan berkata beliau "tidak tahu" siapa yang akan dipilih menjadi calon BN untuk DUN Manek Urai. Katanya, jika boleh, beliau tidak mahu dipilih sebagai calon kerana ramai lagi pemimpin lebih kanan yang sesuai untuk bertanding di situ. Kih kih.. merendah diri tu memang bagus kan? Tuan Aziz bukan anak tempatan Manek Urai. Kih kih.

Berdasarkan sumber dalaman - Tuan Aziz Tuan Mat ialah Ketua Pemuda Bahagian. Masalahnya Tuan Aziz adalah seorang pemimpin muda yang kurang dikenali dan kurang disenangi oleh penduduk Manek Urai. Ramai yang beranggapan sebelum ini bahawa jika Tuan Aziz dipilih, BN akan kecundang sebelum masuk gelanggang kerana ketokohan calon PAS, Hj. Mohd Fauzi Abdullah, 50, sukar ditandingi oleh Tuan Aziz.

Paling menarik, sebelum ini juga Kem Lobi UMNO telah pun berpecah dua. - antara Ketua Umno Bahagian, Ramzi Abdul Rahman dan satu lagi, Bekas Ketua Bahagian Wan Zaid. Nahhh.. akhirnya dua-dua terlopong. Kih kih. Tak tahulah yang mana dalam kem tersebut akan sokong Tuan Aziz. Aku takut kalau kedua-duanya pun tak sokong calon pilihan Mustapha & Muhyiddin Yassin ni. Muahahaa.. kesian Tuan Aziz.

Akhir kata, "Selamat datang" Tn. Hj. Mohd Fauzi. "Bai bai" Tuan Aziz. Wassalam.

Selanjutnya »

Nizar vs Zambry - Keputusan Mahkamah Persekutuan Sudah Bocor?

Krisis Perak masih belum berakhir. Pusingan awal, dimenangi Nizar di Mahkamah Tinggi - mengesahkannya sebagai MB Perak. Suku akhir, dimenangi oleh Zambry di Mahkamah Rayuan - menangguh Nizar sebagai MB . Kemudian Zambry menang lagi di separuh akhir di Mahkamah Rayuan dengan 3 orang hakim. Selepas ini akan masuk pertandingan akhir - Mahkamah Persekutuan.

Aku sepertimana orang-orang lain berasa Nizar bakal dikalahkan lagi, untuk kesekian kalinya. Ada beberapa sebab aku menyatakan begitu.

1. Hakim Mahkamah Persekutuan - 5 orang sahaja.. ?

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan 11 orang hakim untuk menghakimi kes rayuannya. 5 orang hakim saja yang akan mendengarkan kes itu kelak. Mengapa? tiada alasan diberikan.

Sebagai mahkamah tertinggi di Malaysia, yang tiada lagi proses rayuan lagi selepas itu - hakim seramai 5 orang adalah tidak rasional bagi kes sebesar ini. Adakah ianya susah? atau Ketua Hakim Negara menganggapnya isu remeh? Komplot kehakiman terburuk di Malaysia.

2. Sabotaj Penghakiman Bertulis oleh Hakim Mahkamah Rayuan

Dijanjikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan untuk memberi laporan bertulis dalam tempoh seminggu selepas keputusan lisan dibuat. Apa yang berlaku ialah ianya dikeluarkan setelah lebih sebulan. Sedangkan, peguam Nizar memerlukan 'sebab-sebab Nizar kalah' dari laporan penghakiman tersebut untuk menimbulkan persoalan dalam rayuannya ke Mahkamah Persekutuan.

Paling teruk, Nizar perlu buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan dalam tempoh sebulan dengan asas persoalan keputusan hakim mahkamah rayuan. Jadi, bila laporan bertulis oleh hakim mahkamah rayuan selepas sebulan, aku tercium bau telur kemuruk yang cukup busuk.

Susah sangatkah buat laporan bertulis itu? Hakim Mahkamah Tinggi dahulu dapat keluarkan laporan penghakimannya 76 mukasurat dengan pantas dalam beberapa hari sahaja. Hakim Mahkamah Rayuan lembap.. 3 orang pulak tu.. kenapa? Ada udang di sebalik batu?

Semasa peringkat suku akhir dulu, lagi karut. Seorang hakim Mahkamah Rayuan siri pertama - Si Ramly Ali bagi keputusannya dalam 5 minit saja. Sampai sekarang, haram tak dak penghakiman bertulis. Si Ramly tu baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah. Cukup junior untuk mengadili kes yang besar, berseorangan. Tapi tak kisahlah, sebab memang nak bagi Zambry menang, kan? Tapi Si Ramly ni dia baca tak Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa “sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman”.

3. Ketua Hakim Negara Yang Tidak Boleh Dipercayai

Seorang 'bekas' pejuang totok UMNO. Seorang peguam pertama dilantik terus loncat ke jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan. Kemudian diloncatkan lagi jadi Ketua Hakim Negara, dengan meninggalkan betapa ramai Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan ketika itu. Siapa pilih? Pak Lah.


4. Asas Penghakiman Bertulis Yang Lemah

Hanya 49 mukasurat? Dua saja laporan dikeluarkan Jumaat lepas? si Md Raus Sharif dan Ahmad Maarop.. Seorang hakim lagi, Zainun Ali - kononnya Isnin ni baru boleh keluarkan.. alasannya: "computer glitch" ?. Mangkuk. Kelemahan-kelemahan yang berbentuk komplot sabotaj.


Kesimpulan:

Kehakiman sudah lingkup, selingkup legislatif dan eksekutif di Malaysia. Itulah apabila politik menguasai ketiga-tiganya. Bukan 1Malaysia, tetapi LingkupMalaysia.

Adakah selepas keputusan Mahkamah Persekutuan 'yang sudah boleh dibaca' kelak, krisis Perak akan berakhir? Kih kih kih. Malam sikit. Kita tunggu penghakiman rakyat dalam PRU13 2-3 tahun akan datang. Bukan Nizar vs Zambry lagi.. tetapi Piala Malaysia, Piala Perak.

Rakyat tidak akan perlu beri penghakiman lisan atau bertulis berpuluh mukasurat. Mereka cuma 'memangkah'. . siapa mereka pangkah, nanti kita lihat!
Selanjutnya »

Kenapa Aku Geram Dengan Harakah Online.. Lembap!

Hangpa nak baca artikel ini.. aku nak pesan awal-awal.. sila baca sampai habis. Batasan fokus artikel ini hanya tentang media elektronik politik di Malaysia dalam internet, bukan media cetak yang dijual di kedai-kedai.

Aku tidak tahu jika hanya aku sahaja perasan isu ini. Tetapi mungkin ada yang sependapat dengan aku. Sesuatu yang aku 'hangat' dengan Harakah Online ialah berita pentingnya sering lewat diterbitkan. Bagi aku.. Harakah selalu terkebelakang sedangkan orang lain jauh terkedepan. Kalau dalam lumba lari, siapa yang selalu lambat.. tentu kena tinggal. Dia tentu kalah dalam pertandingan itu.

Dalam artikel aku tentang isu cabaran perdebatan Nik Aziz vs Najib sebelum ini, Bernama keluarkan artikel pada 1.50 petang. Harakah pula 4.37 petang. Ianya isu panas, tentu aku gunakan sumber terawal. Bernama adalah agensi berita nasional - tentunya sumber maklumatnya ditapis dan sahih. Mungkin tulisannya akan pro-BN selaku kerajaan pusat, tetapi isinya tetap ada. Kalau berita bersumberkan media pro-BN seperti Bernama, BHarian atau Utusan - selalunya aku highlight-kan isinya dengan warna merah. Sebab dari situlah aku cungkil isunya.. dari situlah aku mengorak pencak.. dari situlah aku mula menulis.

Aku suka nak rujuk Harakah dahulu. Tetapi bila tiada berita terkini untuk aku menyusun buah langkah, aku akan menerawang mencari media alternatif lain. Ada banyak.. dan mereka amat pantas. Kita ada pelbagai pilihan.. MalaysianInsider, Malaysiakini, mStar, NutGraph, TheEdge dan sebagainya. 30 Jun ni akan tambah lagi Malaysian Mirror... Aku juga suka baca berita luarnegeri macam CNN, TheGuardian, Reuter, Aljazeera. Aku ambil isi dan isunya saja. Aku juga jenguk-jenguk tajuk utama rakan-rakan Fellow Bloggers dalam blog aku.. supaya aku tak terlepas mana-mana isu di Malaysia.

Itulah.. Sebenarnya banyak isi dalam media elektronik dari dalam dan luar negeri untuk dijadikan isu artikel. Dan sebenarnya banyak isi dalam media pro-kerajaan yang boleh dimanipulasikan untuk serangan balas. Peluru rifle mereka, boleh disambut dan dibaling balik sebagai mortar. C4 mereka boleh disambut dan dipunggai semula jadi bom atom.

Aku tak faham kenapa ada pemimpin PAS saran jangan baca akhbar perdana. Takut apa..? Takut terpengaruh? Kita semua ada akal dan fikiran. Bila kita pergi pekan, memang ada kedai judi dan kedai arak. Arak dan judi memang haram, tapi kita bukan nak pergi situ..kita nak pergi kedai alatulis atau kedai perabot. Di pasar awam - memang ada peniaga Cina jual ayam tak sembelih, tapi kita bukan nak beli yang itu.. kita nak beli ayam peniaga Islam yang disembelih. Dunia ini memang begitu. Masing-masing kita kena pandai-pandai bawa diri, masing-masing kena jaga diri. Itu saja.

Dalam setiap perang di zaman Nabi dan sahabat.. apabila tentera Islam menang, salah satu harta rampasan (ghanimah) yang diambil adalah apa?.. senjata musuh, perisai, baju besi, kuda. Pasai apa? Salah satunya - untuk digunapakai oleh tentera Islam untuk membantai balik kaum musyrikin dalam perang selanjutnya.

Samalah juga dengan isi berita akhbar media perdana pro-kerajaan. Ambillah beberapa isinya untuk dibantai semula. Samalah juga dengan isi blog pro-BN macam Parpukari, Gomo, Perak Bangkit dan lain-lain telah digunakan oleh pejuang PAS di Bukit Gantang, seperti dimaklumkan oleh Cyberboron. Hasilnya.. berjaya! Tapi.. puak-puak atasan PAS tak tengok susah payah ini, masih kata.. bukan semua orang PAS tengok internet. Woit, nak menang bukan hanya cukup dengan undi ahli PAS! kena dapat sokongan orang bukan Islam, orang atas pagar dan orang yang tak ambil kisah pasal politik. Perbezaan motif politik parti bertanding kena dijelaskan secara berseni dan informal. Baru berkesan. Orang atasan PAS bukan kisahkan perang di alam siber ini. Pertempuran siber para pejuang Bloggers Network semasa PRK Bukit Gantang dulu hampir berlaku di alam nyata, kalau tidak kerana Geng BPN UMNO kecut. Ada orang atasan PAS tahu hal ini? hrmpph.

Okey, kita patah balik isu asal. Macam isu Harakah ini.. bicara debat bermula dengan cabaran Mursyidul Am PAS sendiri. Takkan Harakah selaku tuan tanah @ tuan rumah sendiri lambat.. Di zaman ini kita kena pantas dan cepat. Adakah wartawan Harakah lembap atau terlampau berhati-hati? Wallahu A'lam. Di mana TG Nik Aziz berada, sepatutnya akan ada Setpolnya, akan ada wakil media rasmi partinya - Harakah. Sebab.. begitulah yang dibuat oleh pemimpin BN. Di mana saja pemimpin mereka berada, di mana saja sidang media mereka.. pasti akan dikerumuni para wartawan.

Dalam pada itu, ada pemimpin PAS menyeru ahlinya agar kena baca akhbar Harakah sahaja. Apa ni? Dalam zaman sains teknologi ini, semua peristiwa berlaku dalam dunia setiap saat. Bukan beberapa hari sekali. Zaman media tradisional ini hanya untuk yang tak berkemampuan mengamati media internet. Kita faham.. bukan semua ahli PAS ada internet.. bukan semua tahu guna komputer. Tetapi jangan lupa.. ramai juga amat mahir dengan komputer dan internet.

Sebab itu, banyak blog berfokus politik lahir. Lahirnya menambah rencah kari politik negara. Punya banyak blog menyokong Pakatan Rakyat.. tiada siapa suruh mereka memblog. Mereka ikhlas memblog. Ada yang guna platform percuma, macam aku.. malah tidak kurang pula yang membeli domain sendiri. Untuk apa? untuk kepuasan diri dalam meluahkan rasa hati terhadap perkembangan politik negara.

Aku tak tau apa nak jadi kalau dalam internet ini, hanya blog-blog pro-BN sahaja yang beroperasi. Lingkup.. Bungkus.

Bab media cetak, memang dah nyata. Aku ada komen tentangnya semasa dan selepas PRK Penanti tempohari. Sudahlah media cetak cuba mengherotkan fikiran ramai rakyat, janganlah media elektronik pula terpele'ot sama. Tetapi bagi aku, setiap hujjah media pro-BN, mesti ditangkis dan dibahas semula. Bukan hingga tak baca, biar dan buat tak kisah sahaja.

Maaf, aku tegur Harakah Online. Bukan sebab apa, sebab nakkan PAS menang.. supaya akan wujud Kerajaan Islam di bumi Malaysia ini.. agar PAS pula di hadapan.. bukan lagi nun jauh di belakang. Dalam dunia ini, setiap teguran perlu diterima untuk kebaikan. Ada teguran berhemah, ada teguran tohmah. Sebab itu, Allah ciptakan adanya cili padi atau cabai melaka.. selain diciptakan-Nya manisan berupa gula dan gula-gula.
Selanjutnya »

Manek Urai - Calon PAS Fauzi, Calon BN Esok

Menjelang hari penamaan calon PRK DUN Manek Urai pada 6 Jun ini, rakyat menumpu perhatian pada siapakah calon yang bakal bertanding. Semalam, TG Nik Aziz mengumumkan calon PAS di Kg. Manek Urai Lama di depan ribuan penyokong yang turut dihadiri kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS - TG Hj. Hadi dan Penasihat DAP - Lim Kit Siang.

Calon PAS ialah Hj. Mohd Fauzi Abdullah, 50 seorang peniaga dan Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai. Di samping itu, beliau adalah Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia DUN Guchil. Fauzi tinggal di Guchil tetapi mempunyai ramai keluarganya di Manek Urai dan dikatakan dikenali di seluruh DUN yang bakal ditandingi pada 14 Julai ini.

Hj. Fauzi yang lebih dikenali sebagai "Abe Uji" telah mengorak langkah awal turun padang hari ini. Dia bertemu rakyat Manek Urai secara formal khusus dengan pelajar yang akan melanjut pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Kampung Ragu, di samping menyampaikan sumbangan bagi pihak Dun Manek Urai kepada lapan pelajar. Ya.. Tugas sudah bermula.

Itu cerita tentang calon PAS. bagaimana dengan calon UMNO-BN?

Sebelum ini, Perdana Menteri - Najib mengumumkan calon BN akan dibuat oleh Timbalannya pada hari Ahad. Hari ini, Muhyiddin mengesahkannya di Pagoh. Esok siapakah calon BN bakal diketahui.

Politik Sebagai Satu Seni

Bagi aku, politik ini suatu seni yang sukar ditafsir. Setiap keputusan, setiap hebahan malah setiap pertikaian dalaman atau luaran parti mempunyai tujuan tertentu. Ada yang tersurat, ada yang tersirat. Ada yang diikat, ada yang mengikat.

Semasa PRK Parlimen Bukit Gantang dahulu, BN mula-mula gah mengumumkan Ismail sebagai calon BN. Media kerajaan memberi publisiti cukup hebat. Macam dia bakal menang mudah, atas kapasiti pengalaman kerja dan anak tempatan. Alih-alih, bila PAS buat pengumuman selepas itu bahawa DS Nizar sebagai calon (hari-hari terakhir sebelum penamaan calon) , pemimpin BN banyak yang mengkritik pemilihan itu. Mereka tahu Nizar adalah amat popular. bukan sahaja di Perak malah seluruh Malaysia. Mereka tahu calon BN bakal menerima tentangan paling sengit kerana isu krisis Perak yang baru berlaku. Ternyata, BN tumbang di Bukit Gantang.

Kali ini, BN ubah strategi. BN umumkan selepas PAS mengumumkan calon mereka. Tentunya ada percaturan calon oleh kepimpinan BN setelah melihat siapa calon PAS. Dulu BN terkena di Bukit Gantang, maka diharap kali ini boleh mengenakan PAS pula di Manek Urai. Besar hajatnya.. kih kih kih.

Apa-apa pun, bagi aku.. bila PAS berani buat keputusan awal.. bermakna PAS telah berani menerima risiko. Penolakan Kerajaan Perpaduan kembali mengutuhkan parti. Kawasan Manek Urai adalah ladang subur PAS. Sepertinya PAS dah bersedia menguburkan UMNO-BN sekali lagi di Manek Urai. Jika ianya berlaku, keputusan semua PRK sejak PRU12 Mac lalu bakal menjadi 6-1. Kita sama-sama lihat.
Selanjutnya »

PAS vs UMNO - Nik Aziz Cabar Najib Berdebat Secara Terbuka Di Manek Urai ?

Pertempuran politik PAS vs UMNO bukan sekadar untuk kemenangan kerusi di PRK DUN Manek Urai. Ianya adalah kemelut politik yang cukup lama, masih berterusan dan seperti tak berpenghujung. Terbaru, Bernama 1.50pm tadi melaporkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dengan PAS.

TG Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

"Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," katanya kepada pemberita selepas mengimamkan Solat Sunat Dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, di sini Sabtu. Hadir sama pada majlis sempena sambutan Bulan Sembahyang itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

TG Nik Aziz berkata hasrat untuk mengadakan perdebatan itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Katanya perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.
"Kita perjuangkan Islam tetapi UMNO yang menentang kita sehingga keadaan menjadi kucar lanar (kucar-kacir)" - TG Nik Aziz
Ho.. ho.. bagus.. bagus. Amacam Najib? Debat, jangan tak debat! Berdegar biar berdepan, bukan berdegar di belakang. Sediakanlah fakta peruntukan kerajaan pusat dan isu royalti minyak hak rakyat Kelantan. Kalau boleh, buat kat Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam. Jangan, kat Terengganu - bumbung runtuh, nanti jadi modal kalah pulak. Kih kih kih.

Untuk Najib dan balacinya.. Insentif RM300 supaya tak balik mengundi di Manek Urai ni, apa ceritanya..?

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Sumber berkaitan, rujuk artikel lewat 'Kenapa Umno tolak Islam' - Nik Aziz ajak Najib berdebat - Harakah-4:37pm.
Selanjutnya »

Protes Rosmah Di UM - 2 Ditangkap, 3 Lagi Dicari

Terkejut aku baca headline Malaysian Today pagi ini. Pasal bentuk tulisan artikel mirip pro-BN ini aku tak mau komen. Itu hak penulisnya. Yang aku nak komen adalah pasal perangai budak-budak universiti tersebut.

(UM Today) - Media hari ini menerima perkembangan terkini berkenaan isu protes tulisan ‘Altantuya, C4, puaka, pembunuh’ yang ditujukan kepada Wanita Pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor di Universiti Malaya tempoh hari. Menurut sumber polis, setakat ini seramai 2 orang individu telah ditahan manakala 3 lagi masih dicari bagi membantu siasatan.
“2 individu yang ditahan tersebut ialah Mohd Izzudin Hilmi dan Mohd Sharuddin, masing-masing berusia 21 tahun,”ujar pegawai polis yang tidak mahu namanya disiarkan.
Mohd Izzzudin Hilmi telah ditahan polis pada pagi Rabu lalu oleh pihak polis cawangan Brickfield berikutan dilihat berlegar-legar di sekitar akademi tersebut pada awal pagi hari kejadian. Kemudian, Mohd Sharuddin pula ditahan di kediamannya di Lembah Pantai.

Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan atas kejadian tersebut. Media walaubagaimana pun gagal mendapatkan penjelasan mengenai individu yang lagi masih dicari polis.

Dalam pada itu, media cuba menghubungi Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Profesor Dr. Ahmad Hidayat Buang dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar universiti tersebut, Datuk Prof. Madya Dr. Azarae Hj. Idris bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan isu yang membabitkan imej universiti terhadap tokoh tersebut, namun menemui kegagalan.

Setakat ini siasatan masih lagi diteruskan.

Terdahulu, Universiti Malaya gempar apabila
tulisan tanda protes terhadap tokoh tersebut ditulis di Akademi Pengajian Islam. Rosmah Mansor yang datang bagi merasmikan Majlis Peramian ‘Gaza Di Bela’ anjuran badan antarabangsa, Power of 10 Sen walaubagaimanapun dipercayai tidak menyedari kejadian tersebut.

Wanita Pertama Malaysia tersebut sebelum ini telah digembar-gemburkan di internet melalui laman video YouTube menggunakan perkhidmatan bomoh dan pawang bagi menguasai kabinet kerajaan Malaysia, dan tingkah-laku suami beliau Dato’ Seri Najib Tun Razak khasnya.

Protes jenis conteng @ grafitti ini bukan budaya kita. Itu model remaja Negro nakal pada dinding bangunan di Amerika dan budak nakal Malaysia di sekolah. Pelajar universiti sepatutnya bukan berkelakuan sebegitu. Sepatutnya lebih berhemah dan matang.

Kenapa mereka jadi begitu.. ? Kalau nak aktif berpolitik, biar selepas selesai belajar. Tunaikan hasrat orang tua dulu. Tunaikan keperluan peribadi untuk bekerja dahulu. Baru betul.
Selanjutnya »

Diskriminasi Agihan Peruntukan Negeri Pembangkang

Anwar Ibrahim membidas Kerajaan kerana melakukan diskriminasi terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat kerana diberikan peruntukan perkapita paling rendah. Berdasarkan peruntukan per kapita mengikut negeri-negeri, negeri-negeri yang terbawah peruntukan, paling rendah ialah Pulau Pinang, kedua rendahnya Kedah, ketiga rendahnya Kelantan, keempat Selangor, kelima Perak.

Anwar berkata demikian sebagai Ketua Pembangkang semasa perbahasan usul peruntukan semula peruntukan perbelanjaan 2009 di parlimen baru-baru ini. Isi buah silatnya ialah mengapa negeri-negeri Pakatan Rakyat duduk di tahap paling rendah dari segi peruntukan Kerajaan Persekutuan!

Susunannya cukup celaka! Hangpa nampak susunan yang cukup tak logik. Di mana Sarawak dan Sabah, Negeri Sembilan dan Melaka? Okay, itu berkaitan peruntukan perkapita Persekutuan. Bagaimana pula dengan peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi versi Najib ?

Kajian Kes - Diskriminasi Peruntukan Pulau Pinang

Aku ambil contoh ini dari laporan TheNutGraph hari ini. Berdasarkan data diperolehi dari laman web Perbendaharaan, Pulau Pinang hanya menerima 0.8% daripada keseluruhan Pakej Rangsangan Ekonomi persekutuan RM60 bilion. Steven Sim, Timb. Pengerusi DAP Jalan Tembikai menyatakan bahawa Pulau Pinang yang menyumbang kira-kira 30% jumlah eksport negara, sedangkan dana pembangunan Pakej Rangsangan Persekutuan yang diperuntukkan kepada Pulau Pinang cuma RM75.51 juta sahaja.

Sim berkata, PM perlu pertimbangkan sumbangan negeri dan rakyat Pulau Pinang semasa memperuntukkan pakej rangsangan berkenaan. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membuat permohonan peruntukan sejumlah RM11 bilion untuk 21 buah projek kritikal di Pulau Pinang, termasuk projek monorel (RM2.5 bilion), Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (RM1.5 bilion) dan projek pembesaran Empangan Mengkuang (RM1.1 bilion). Ini semua ke arah memastikan Pulau Pinang kekal sebagai hub ekonomi yang kompetitif di rantau ini.

Sebelum ini, bagi menangani krisis kewangan global, kerajaan persekutuan melancarkan pakej rangsangan ekonomi sulungnya bernilai RM7 bilion pada 4 Nov 2008 dan kali kedua pada 10 Mac, 2009 berjumlah RM 60 bilion. Pada 15 Jun, 2009, si PM Najib mengumumkan di Parlimen bahawa hampir 100% atau RM6.95bil pakej rangsangan sulung telah diagihkan. Hrm.. macamana la Najib nak jaga ekonomi ni. Padan la dia nak Omar Mustapha Ooi jadi Pengarah Petronas.. kot-kot senang tarik duit cilok ke Persekutuan. Nasib baik ahli Lembaga Pengarah Petronas cerdik-cerdik belaka, bukan 'yes man' semuanya.

Pada pandangan aku, bila Kerajaan BN semakin zalim, dia menuju ke zaman kehancurannya. Mengapa masih berpilih kasih.. mengapa masih menganak-tiri.. sedangkan semua rakyat setiap negeri adalah rakyat mutlak negara ini. Mereka juga berhak menerima kasih sayang seadilnya dari Kerajaan Pusat.

Seharusnya Kerajaan Persekutuan mengalirkan dana awam berdasarkan keperluan ekonomi dan sosial rakyat, bukannya sebagai hadiah atau hukuman politik.

Kerana itulah antara komen Lee Kuan Yew (Penasihat Singapura) dalam lawatannya ke Pulau Pinang baru-baru ini turut memberi komen tentang prasarana awam Pulau Pinang yang boleh dan perlu dipertingkatkan. Adakah BN masih nak kata Lee Kuan Yew tak berhak komen tentang negara ini? Atau BN memang masih tak tahu malu!

Selanjutnya »

Nizar vs Zambry - Mahkamah Rayuan Serah Penghakiman Bertulis 3.00 Petang Ini

Akhirnya Mahkamah Rayuan Putrajaya mengeluarkan asas penghakiman mereka tempohari dalam menentukan siapa Menteri Besar Perak yang sah pada pukul 3.00 petang ini. Penghakiman bertulis itu dikeluarkan tepat seminggu selepas MB Nizar Jamaluddin memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini pada masa yang sama, Jumaat lepas. Untuk maklumat lanjut, rujuk TheMalaysianInsider.

Nizar dalam fail rayuannya minggu lalu, mohon agar Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum itu yang mengisytiharkan DS Zambry Abd Kadir (BN) sebagai MB Perak yang sah.

Peguam Nizar menjelaskan hari ini bahawa mereka berharap mendapat 3 jilid penghakiman bertulis secara berasingan petang ini - setiap satunya dari 3 orang panel hakim kartun yang mendengarkan kes Nizar vs Zambry tempohari.

Pada 22 Mei lepas, Mahkamah Rayuan mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang mengisytiharkan Nizar sebagai MB Perak yang sah. Ketika itu 3 orang panel hakim mangkuk - Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, telah berjanji untuk menyediakan asas keputusan penghakiman mereka dalam tempoh seminggu selepas memberi keputusan penghakiman lisan tempohari - tetapi GAGAL. Pasal itu aku panggil depa bertiga itu hakim mangkuk dan kartun. Janji tak boleh diharap!

Isu penghakiman bertulis tak keluar-keluar sejak sebulan sampai kecoh ini, walau bukan keperluan bagi kes Nizar dibawa ke Mahkamah Persekutuan, adalah penting untuk mengenalpasti kunci sebab utama mengenepikan rayuan Nizar vs Zambry tempohari. Tapi sayang, Nizar terpaksa membuat rayuannya yang dah tiba tarikh akhir Jumaat lalu, dengan mengemukakan persoalan yang terawang-awang; diakibatkan penghakiman bertulis 3 mangkuk itu masih belum keluar. Confirm, kalau tak mereka bertiga itu lembap - ianya adalah sabotaj. Dan petang ini, jika laporan penghakiman bertulis hanya satu jilid dikongsi bersama 3 orang hakim itu, semakin MANGKUK hakim-hakim berkenaan.

INI MERTON AKU!Bagi aku, aku dah bosan dengan isu kehakiman di Malaysia. Buat sakit hati sahaja. Namun begitu, aku tetap respect pada hakim-hakim yang adil dan cekap, macam Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim. Dia adil, berfakta juga cekap mengeluarkan penghakiman bertulis 76 mukasurat dalam beberapa hari sahaja. Semoga Allah merahmatinya dan lain-lain hakim yang adil, berakauntabiliti dan berintegriti.

Berkaitan:

1. Nizar vs Zambry - 11 Hakim Mahkamah Persekutuan 9-10 Julai?
2. Nizar vs Zambry - Hakim Lembap atau Sabotaj?
3. Bila Ketua Hakim Negara Berbicara.. Muahahaha!



Selanjutnya »

Bila Petronas Dah Tak Mau Dengar Cakap Najib..

Foto Tun Najib Tun Razak
Kih kih kih.. Menarik kisah di TheMalaysianInsider ini. Lembaga Pengarah Petroleum Nasional (Petronas) kekal dengan keputusan bulan lalu serta menolak secara 'lemah lembut' hasrat Najib nak letakkan seorang ahli politik sebagai Pengarah Petronas. Dalam mesyuarat semalam, lembaga pengarah tidak memperakui Omar Mustapha Ong sebagai Pengarah kerana 'kantoi' dalam perjanjian pinjaman biasiswa tajaan Petronas 2 dekad lalu. Muahaha.

Yang kelakarnya, mesyuarat lembaga tersebut diarah oleh Najib sebagai PM untuk pertimbangkan sekali lagi keputusan mereka bulan lepas berhubung cadangan perlantikan Omar. Keputusan bulan lepas memang tak mau si Omar. Maka, lembaga itu cadang nak hantar satu delegasi bagi memaklumkan pada Najib berkaitan itu tidak lama lagi. Rombongan itu, khabarnya bakal diketuai oleh salah seorang pengarah Petronas, Abdul Kadir Kassim - seorang peguam kanan. Ya lah.. kenalah 'tolak secara berhemah'.. muahahaha

Omar, 38 tahun, gagal menamatkan jumlah tahun perkhidmatan dengan Petronas atau mana-mana agensi kerajaan sepertimana yang tertera dalam perjanjian biasiswanya 20 tahun lalu. Petronas telahpun memulakan prosiding kes terhadap Omar pada tahun 2001.

Tan Sri Hassan Marican, Presiden dan CEO Petronas, tidak mahu memberi komen berkaitan isu ini apabila ditanya oleh para wartawan semalam samada kemungkinan berlaku perubahan dalam lembaga pengarah syarikat minyak negara itu. Pada Ahad lepas, New Straits Time tiupkan khabar angin ada seseorang yang Najib nak bubuh gantikan Tan Sri Hassan ini. Gila ke Najib? Punya bagus Hassan ni bawa Petronas sampai ke tahap sekarang, nak ditukar?

Pada Isnin lalu, Tun Dr. Mahathir - Penasihat Petronas - sendiri telah menyindir rancangan Najib nak bubuh pembantunya ke dalam lembaga pengarah Petronas. Apa kata Mahathir?

Apabila ditanya adakah wajar Najib "melantik seorang yang gagal menyumbang pada Petronas setelah diberi biasiswa oleh badan itu", Mahathir menjawab lebih kurangnya - "secara amnya saya boleh menyatakan adalah tidak bagus melantik orang sebegitu". Muahahaa.

Siapakah Omar Mustapha Ong ?

Dia muncul sebagai orang kepercayaan politik kepada Najib dan sering dirujuk untuk nasihat berkaitan hal-ehwal ekonomi dan kewangan.

Dia berkelulusan Oxford dengan biasiswa Petronas, kemudian kerja sekejap dengan Petronas dan beberapa GLC. Kemudian menyertai McKinsey & Co, syarikat konsultan antarabangsa di London dan Malaysia. Dia keluar McKinsey pada awal 2002 untuk menubuhkan syarikat konsultannya sendiri - Ethos & Co - bersama beberapa teman rapat. Dua tahun kemudian, diambil oleh Najib yang ketika itu Timbalan PM menjadi pegawai khasnya. Berat.. dulu heboh si KJ teringin jadi PM sebelum berumur 40 tahun; sekarang ada orang lain pulak nak jadi CEO @ Pengarah Petronas sebelum 40 tahun jugak? Isk.. isk..

Petronas Profit 2009Bagi aku, bersyukurlah kerana Petronas ini termasuk dalam senarai 500 syarikat paling untung di dunia (Fortune Global 500). Dan semalam dalam laporan Bernama, Petronas dah buat pengumuman pendapatan tertinggi dalam sejarah penubuhannya, sebanyak RM264.2 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2009, meningkat 18.4 peratus daripada RM223.1 bilion pada tahun kewangan sebelumnya. Hebat pencapaiannya jika dibandingkan semasa penubuhannya dulu bermodal RM10 juta sahaja.

Hebat.. Nasihat aku, bila dah kaya.. Jangan lupa bayar zakat. Jangan lupa bersedekah. Jangan lupa bayar royalti minyak pada negeri yang berhak. Jangan lupa Tuhan - Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Perkasa. DIA boleh lungkupkan Petronas selungkupnya-lungkupnya sepertimana juga DIA boleh menaikkan Petronas setinggi-tingginya. Najib.. Pikiaq baik-baik.
Selanjutnya »

Michael Jackson & Farah Fawcett Meninggal Dunia!

Penyanyi pop Amerika, Michael Jackson meninggal dunia di UCLA Medical Center, Los Angeles ketika berumur 50 tahun. Sebelum ini, beliau didapati pengsan tidak sedarkan diri di rumahnya lalu dibawa ke hospital. Di hospital, beliau sudah dalam keadaan koma dan nadinya kian hilang dan tidak dapat dibantu oleh pakar paramedik.

Berita berkaitan:
1. Michael Jackson dead at 50 - CNN
2. Michael Jackson is dead - TheMalaysianInsider
3. Michael Jackson has died - TheGuardianUK
4. Singer Michael Jackson dies - AlJazeera

Foto Michael JacksonDengarnya.. Michael Jackson dah memeluk Islam November lalu.
Menurut Kompas, nama barunya Mikaeel. Wallahu A'lam.
Di mana jenazah dikebumikan kelak akan mengesahkannya.
Jika ianya betul, bolehlah sama-sama sedekah Al-Fatihah.
Dan moga Allah mengampuni ruhnya.

UPDATE!
Rupanya hari ini seorang lagi artis pun meninggal - Farah Fawcett, 62. Dia ni dulu terkenal di tahun 1970-80an, antara pelakun utama "Charlie's Angle". Dia juga janda Lee Majors, aktor "Six Million Dollar Man". Aku suka sungguh cerita tu zaman dedulu.
Ikuti cerita kematian kedua-dua mereka di TheStar.
Selanjutnya »

Projek Aerorail Melaka RM1.5 Bilion - Ali Rustam Tentu Senyum

Foto Ali Rustam
Hebat! Melaka terus hebat. Projek Sistem Transit Bandar Aerorail bernilai RM1.5 bilion dijangka bermula pada suku pertama tahun depan, demikian menurut pemajunya, Pyramid Express Sdn Bhd. Menurut Bernama 21:46pm malam tadi, 26 tren akan digunakan bagi laluan yang mempunyai 10 stesen dan pembangunannya terbahagi kepada dua fasa.

Kata Pengarah Urusannya Lim Sue Beng, keseluruhan projek itu dijangka siap dalam 6 tahun. Fasa 1 - projek berharga RM500 juta bagi laluan sepanjang 7.8 kilometer dengan pembinaan tujuh stesen dan sebuah depot. Fasa 2 - berharga RM1 bilion - meliputi laluan sejauh 7.5 kilometer dengan pembinaan tiga stesen dan lain-lain.

Sistem aerorail di Melaka akan dibina, dikendali dan diuruskan oleh Pyramid Express Sdn Bhd dengan bantuan ejen tempatan Aerobus International dari Houston Amerika Syarikat. Antara pembangunan yang dirancang ialah struktur, stesen dan depot Aerorail, hotel, pangsapuri servis dan kemudahan lain.

Semasa pameran awam projek itu di ruang legar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu hari ini, Tok Ali Rostam semestinya dan tentunya hadir. Dia kan Menteri Besar. Kih kih kih. Kata si Ali, 10 Stesen itu ialah stesen Tun Ali (pusat bandar), stesen Chempaka, stesen Sentral, stesen Peringgit, stesen Kolej (berhampiran Kolej Yayasan Melaka), stesen MBMB, stesen MMU, stesen MITC dan stesen terakhir di kawasan Zoo Melaka. Hebat, bagus.

Sempena pameran tersebut yang bermula Selasa lepas dan tamat pada 22 September ini, Ali Rostam mengalu-alukan orang ramai dialu-alukan memberi komen, cadangan dan bantahan terhadap projek ini. Baguih..

Okey, ni aku nak komen. Kalau Ali Rostam atau balacinya ada baca, tengok sini:

  • Jangan ambil tanah rakyat tanpa diberi pampasan sewajarnya.
  • Jangan tibai tanah orang Melayu sedang tanah Cina dibiar.
  • Kalau ambil tanah orang Melayu, ganti balik tanah yang sesuai bersama pampasan.
  • Jangan pekena tambang gila babi bila dah beroperasi esok.
  • Umumkan berapa 'parsen' Ali Rostam dapat dari RM1.5 bilion itu.

Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh orang tak kata.. Siapa lagi yang dimaksudkan dek Mahathir yang meluat '"ada orang masih menjawat jawatan penting sedangkan sah terlibat rasuah". Siapakah dia itu.. Tentunya seseorang yang kena cari duit banyak-banyak sekarang, bimbang digugurkan dalam PRU akan datang. Wallahu A'lam.
Selanjutnya »

Nik Aziz vs Harussani - Hujjah Siapa Yang Termantop?

Semalam, Mufti Perak Datuk Harussani meluahkan rasa dukacitanya pada PAS. Lepas tu hari ni- Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, TG Nik Aziz pula meluahkan rasa geramnya terhadap kenyataan Tuan 'Ulamak (TU) Harussani.

Hujjah Harussani menurut Utusan Malaysia Online:

Contohi parti Cina

PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.

‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Hujjah Nik Aziz pula, menurut Harakah Online:
Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam - Nik Aziz

M Faqih Thu | Jun 25, 09 | 5:42:54 pm MYT

KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.

"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.

"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.

Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.

"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.

"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.

Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.

Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.

"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.

"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.

Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.

Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.

"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.

Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.

"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.

Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain. - mj_

Okay, andaikata kita semua jadi hakim.. Setelah melihat hujjah masing-masing dua tokoh di atas.. apa pandangan kita agaknya.. ?

  • Adakah kedua-duanya betul?
  • Atau memang kedua-duanya salah?
  • Atau seperti biasa.. memang satu betul, satu lagi confirm salah!

Selanjutnya »

Guna Istilah Selsema Babi - Rais! Muahaha

Pernah tengok Rais Yatim kalau bercakap dalam televisyen? Kalau dia bercakap, kata-katanya penuh takzim, berhati-hati, bersukat-sukat dan bertimbang-timbang ala kati. Baguslah cara itu sebagai seorang Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Kih kih.

Tetapi kata-kata takzim Menteri Penerangan itu tak diikuti dek pengacara televisyen sendiri. Pengacara tv lebih suka sebut Selsema Babi berbanding Influenza H1N1. Muahahaha. Dah tu pulak.. Bernama 20:01pm malam ini melaporkan bahawa Rais Yatim mencadangkan supaya semua pengamal media kembali menggunakan istilah 'selsema babi' bagi menggantikan istilah 'Influenza A (H1N1)' yang digunakan sekarang. Double Muahahahaha. Pening la Menteri Kesihatan.

Pastu, Rais kata: "ini bagi memastikan orang ramai sedar akan bahaya selesema ini dan mesej mengenainya dapat disampaikan dengan lebih tepat kepada mereka". Triple Muahahaha. Wah, kalau selsema babi baru orang sedar? kalau Influenza H1N1 tu, orang tak kisah? Kih kih kih.

Gunalah apa pun nama penyakit itu, ianya tetap penyakit merbahaya. Orang ramai memang dah lama sedar bahayanya. Yang tukang bawa penyakit itu, bukan orang miskin jelata - tetapi yang jenis keluar masuk ke luar negara.

Sebenarnya penyakit paling bahaya ialah Wabak Penyakit Selsema Babi Politik Malaysia! Yang ini BN Kartun pula yang tukang bawanya. Bab yang ni, aku tak mau 'bermuahaha'. Yang ni aku nak maki... "Haram jadah".
Selanjutnya »

Isu Kerajaan Perpaduan - Komponen BN Pun Celaru

Seperti biasa, aku tidak nampak bagaimana konsisten kerajaan BN. Sejak PPSMI, diikuti isu yuran sekolah, disambung terkini Kerajaan Perpaduan (UG). Sedia maklum bahawa Najib diikuti Muhyiddin amat mengharapkan UG dengan PAS. Bila PAS nakkan perpaduan itu mesti bersama PKR dan DAP, UMNO-BN jelas kecewa.

Hari ini pecah berita bahawa di kala Bos BN cuba menjual konsep 1Malaysia, pemimpin parti komponen BN pula celaru dengan hasratnya berhubung visi UG itu.

Berkaitan seruan Najib si PM agar PAS menimbangkan perpaduan untuk kepentingan Melayu-Islam, pemimpin MCA pula berpendapat sebarang perbincangan perpaduan perlulah untuk kepentingan nasional, bukannya perkauman. Dalam pada itu, pemimpin MIC pula berpandangan tiada masalah hasrat Najib dan UMNO itu, malah perpaduan dalam kaum terbesar itu boleh mengukuhkan lagi negara.

Semalam Najib mengajak PAS melupakan perbezaan politik dan bekerjasama dengan UMNO atas nama perpaduan Melayu-Islam. Dalam pada itu, Najib menolak usaha kerajaan Perpaduan antara Barisan Nasional-Pakatan Rakyat. Kih kih kih. UMNO hanya hanya berminat bersekongkol dengan PAS, dan ini yang menimbulkan kecelaruan di kalangan komponen bukan Melayu dalam BN.

Pemimpin MCA seperti Naib Presidennya - Liow Tiong Lai, tidak mahu beri komen dengan kenyataan Najib tetapi katanya sebarang bentuk perbincangan perpaduan perlu berasaskan pluralisme. Liow, juga Menteri Kesihatan berkata, konsep UG itu sendiri asalnya dianjurkan oleh PAS secara kabur samada UG melibatkan hanya PAS-UMNO atau seluruh PR-BN. Pulak dah.. kih kih kih.

Pandangan Liow disokong oleh pernyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Ketua Pemuda MCA yang lagi hebat. Kata Lee Ka Siong, MCA langsung tak pernah memikir sama sekali nak bersekongkol dengan DAP, berkaitan perpaduan masyarakat Cina di Malaysia. Muahahaaha.

Di sebaliknya, pemimpin MIC pula berpendapat tak perlu risau dengan idea UG berasaskan kaum. Ketua Perhubungan MIC yang juga Timb. Menteri Wilayah Persekutuan, M. Saravanan - negara ini belum bersedia untuk UG pada masa ini, tetapi perpaduan di kalangan kaum majoriti adalah lebih patut diutamakan. Dia ni bersetuju sepenuhnya dengan UG versi Najib, cuma negara ini masih belum bersedia untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia. Ho ho ho.. itu pulak kata dia.

Bagi Joseph Salang Gandum pulak, Ahli Parlimen Julau dari Parti Rakyat Sarawak (PRS), menyokong sepenuhnya seruan Najib ke arah perpaduan Melayu-Islam untuk mewujudkan 1Malaysia. Si Joseph ni lagi senang.. pandangannya tiada masalah langsung jika mana-mana kumpulan nak bergabung. Cuma yang dia tak suka ialah jika gabungan yang terbentuk itu menekan pula kumpulan lain. Muahaha.

Itulah.. kisah BN dan komponennya. Si BN Kartun terjun dengan cerita-cerita lawaknya. Biarkan! Biarkan!
Selanjutnya »

Pemuda UMNO vs TG Nik Aziz - Bengkeng Tak Ketahuan

Tak habis-habis cerita UMNO Kartun di Kelantan. Dulu, Muhyiddin buat lawak di Manek Urai - kemaruk Kerajaan Perpaduan.. Lepas tu, Mustafa Mohammad pulak - nak perjelas isu royalti minyak Kelantan. Kemudian Puad Zarkashi dengan kempen seru guru sokong BN. Pagi ini giliran Pemuda UMNO pula nak buat lawak di Kota Bharu.

Ketua Pemuda UMNO Kartun di Kelantan yang bernama Anuar Safian bila bengkeng tak ketahuan - pergi buat laporan polis pukul 10.30 pagi tadi. Dia marah dengan kenyataan TG Nik Aziz yang kononnya menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis. Bagi mereka, kenyataan Mursyidul Am PAS itu berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

Kih kih kih.. sikit-sikit laporan polis.. sikit laporan polis. Pergi failkan saman di mahkamah sajalah. Kan para hakim yang bijaksana bijaksini itu orang depa?.. Apa saja orang cerita.. terus naik darah. Maka nak tunjuklah bahawa Ketua Pemuda UMNO Kartun Kelantan adalah seorang berjiwa Melayu dan pejuang rakyat. Bila buat laporan polis, konon sudah memperjuangkan hak rakyat. Kih kih kih. Aku takut Anuar Safian ni jadi bahan ketawa orang macam cerita Hilmi Ismail yang konon nak jadi hero Melayu di Perak dulu.

Yang aku rasa kelakar tu, bila Malaysiakini melaporkan bahawa Si Anuar Safian itu ke Balai Polis Kota Bharu pagi tadi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu. Nak bagi hebat sikit, mereka bawa beberapa sepanduk mengecam tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR. Nak tunjuk bengkeng dan ggdebe ler tu..

Muahahaa.. marahkan PAS sebab bekerjasama dengan DAP dan PKR? Jadi PAS sepatutnya kena bekerjasama dengan UMNO dan BN? Macam tu? Kih kih kih.

Kalau UMNO dan BN itu memang pemerintah yang adil, amanah sejak 50 tahun lalu - takkan ada Pakatan Rakyat. Kalau UMNO sanggup perjuangkan pemerintahan Islam di bumi Malaysia, takkan ada PAS. Jika tiada penindasan, kronisme dan pilih kasih sesama orang Melayu sendiri dalam agihan bantuan untuk kebajikan rakyat, Pakatan Rakyat takkan bising. Kalau Kerajaan Pusat (BN) tidak membuli dengan tidak mengeluarkan peruntukan sepenuhnya kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain di bawah PR, tentu PR tidak bising dan marah. Kalau Kerajaan Pusat (BN) tidak menahan royalti minyak hak rakyat Kelantan dan Terengganu semasa di bawah kerajaan PAS, tidak akan jadi kegeraman memuncak di kalangan sebahagian besar rakyat seluruh negara.

Musahabahlah diri. Adakah logo UMNO selayaknya 2 bilah keris antik.. atau 2 ekor kartun lebih sesuai.. Pada aku, BN semakin kartun dalam tindak tanduknya.

Selanjutnya »

Manek Urai - BN Umum Calon Ahad, PAS Jumaat

Seperti sedia maklum, PAS akan mengumumkan calon PRK DUN Manek Urai pada hari Jumaat - esok: 26/06/2009. Dalam pada itu, BN pula dijangka buat pengumuman pada hari Ahad ini - 28/06/2009.

Najib berkata, pengumuman calon tersebut akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manek Urai. Dia berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur lewat malam tadi.

Dalam mesyuarat hampir tiga jam itu MT telah mendengar taklimat daripada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Menurut Najib, mereka telah berbincang dengan panjang lebar dan juga menerima pandangan serta input daripada sayap-sayap parti - wanita, pemuda dan puteri berhubung persiapan pilihan raya kecil Manek Urai.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat pelbagai komplikasi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

Sama-sama kita tunggu siapa calon berkaitan. Khabar angin dah banyak bertiup bagi kedua pihak.. tetapi pengumuman rasmi dari kedua parti itulah yang bakal mengesahkannya.
Selanjutnya »

Ketua Pemuda PAS - Pembantu Rumah Islam Hanya Untuk Keluarga Muslim

Aku bersetuju dengan saranan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) meminta kerajaan Malaysia tetapkan peraturan supaya pembantu rumah beragama Islam dari Indonesia atau negara lain hanya dibenarkan bekerja bagi keluarga Islam. Dalam pada itu, keluarga bukan Islam pula hanya dibenarkan mengambil pembantu rumah bukan Islam sahaja. Bagus cadangan ini.

Menurut Ketua DPPP, Nasrudin Hassan - perkara itu dah pun beberapa kali disaran oleh DPPP serta beberapa NGO lain sebelum ini. Tujuannya agar isu penafian hak seperti dilarang bersolat dan berpuasa, tidak mendapat makanan halal, tempat tinggal yang selesa dan bersih dan gaji berpatutan dapat diselesaikan.

Masalah ini kalau tak ditangani dan dibiarkan berlarutan tentunya dapat mengeruhkan hubungan antara Malaysia-Indonesia. Kesannya kita dah nampak berikutan beberapa kes penderaan pembantu rumah Indonesia baru-baru ini sampai Menteri Tenaga Manusia dan Transmigrasi Indonesia, Erman Suparno cadangkan pemberhentian penghantaran pembantu rumah dari Indonesia ke Malaysia buat sementara waktu.

Selama hari di kawasan perbukitan aku, pernah dengar rungutan wanita Indonesia yang tidak bekerja di kedai dan restoran bukan Islam yang tidak tahan. Sudahlah di'abdi'kan secukupnya, hak bersolat tidak diendah, nak bertudung tak diberi. Binatang babi juga diperbabikan oleh tokeh mereka agar pekerja@abdi mereka menerima babi seperti tokey ini menerima babi sebagai sebahagian kehidupan babi mereka. Memang babi puak ini. Bagi spesis puak ini, aku memang suka dan bersyukur bila pekerja@abdi mereka berjaya melarikan diri.

Pada pandangan aku, isu kezaliman majikan bukan Islam (yang terlibat) terhadap pekerja muslim ini, terbahagi kepada tiga:

  • Majikan menafikan hak sebagai seorang Islam - (keperluan makanan halal, hak beribadah seperti solat, puasa, menutup aurat, tempat tinggal yang bersih dan sebagainya). Ini penderaan akidah.
  • Majikan menafikan hak sebagai seorang manusia - cuai atau sengaja mendatangkan kecederaan fizikal dan mental. Ini penderaan fizikal dan mental.
  • Majikan menafikan hak sebagai seorang pekerja - menipu atau tidak memberi gaji yang selayaknya, tidak memberi cuti sewajarnya, tidak memberi waktu rehat secukupnya. Ini perhambaan zaman moden.

Sememangnya Kerajaan BN - WAJIB - ambil tindakan. Jangan hanya nak kerajaan perpaduan, tetapi saranan untuk sama-sama mengajak kepada makruf dan mjencegah kemungkaran tidak mahu diikut. Bersatulah kepada Islam seluruhnya. Baru betul.
Selanjutnya »

Hadiah Integriti Pulau Pinang - Mencegah Kemungkaran Dapat Ganjaran

Sesungguhnya Allah menyuruh manusia menyeru untuk berbuat kebaikan ('amar ma'ruf) dan mencegah kemungkaran (nahi munkar). Berbuat baik buat untuk dapatkan ganjaran di dunia, kerana Allah adalah Sebaik-baik Pemberi Ganjaran. Namun begitu, jika di dunia sudah diakui sumbangan kita dalam berbuat baik dan mencegah keburukan, ianya adalah keuntungan kebaikan yang besar. Menarik berita Bernama 12:42pm hari ini.

Haji Yusof Musa
PULAU PINANG, 24 Jun (Bernama) -- Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Yusof Musa, dipilih sebagai pemenang pertama Hadiah Integriti Pulau Pinang kerana berjaya membongkar penyelewengan oleh seorang kakitangan Mahkamah Syarie negeri itu melibatkan RM500,000.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata penyelewengan itu, yang membabitkan bayaran balik bon jaminan, dikesan selepas Yusof meneliti fail sebaik dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie awal Februari lepas.

"Selepas meneliti beberapa fail, beliau mengesyaki berlaku penyelewengan dan terus melaporkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah itu kepada Yusof sempena majlis perhimpunan anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang di sini hari ini.

Anugerah itu berbentuk sijil penghargaan dan wang tunai RM10,000.

Lim berkata laporan telah dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala kakitangan berkenaan dilarang oleh Yusof daripada menjalankan tugas-tugas kewangan jabatan.

"Bagaimanapun, kakitangan terbabit telah menghilangkan diri," katanya.

Lim memuji Yusof kerana berani mendedahkan penyelewengan dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab selain berlaku telus terhadap perkara yang tidak betul.

Yusof, 52, berkata pendedahan penyelewengan itu bukanlah kerana mengharapkan anugerah tetapi menjadi tanggungjawabnya sebagai ketua jabatan untuk memerangi penyelewengan dan rasuah.

"Saya bersyukur kerana diberi anugerah ini. Ini bukanlah kerana wang tetapi sebagai sikap tanggungjawab seorang ketua jabatan yang diharapkan menjadi contoh kepada kakitangan lain," katanya.
Tahniah Lim Guan Eng. Kekalkan pemerintahan berasaskan integriti dan amanah kerana Tuhan. Jika ada masa (tentunya ada), renung dan hayatilah ajaran Islam - moga2 Allah mengurniakan hidayah dan rahmat-Nya untuk kamu.

Tahniah juga pada Yusof, harga diri manusia tidak ternilai. RM10,000 itu hanya kurniaan di dunia, semoga Allah tambahkan lagi di akhirat kelak. Kekalkan dan tingkatkan prestasi kerja kerana Allah, semoga kamu beruntung di dunia juga di akhirat.
Selanjutnya »

Bubarkan DUN Perak Untuk BN Raih Kredibiliti - Ambiga

Ambiga Sreenevasan
Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan mahu BN berikan rakyat dan bukannya mahkamah membuat keputusan berkaitan Menteri Besar Perak. Ini dilaporkan oleh TheMalaysianInsider pagi ini.

Menurutnya, jawapan berkaitan isu MB Perak yang sah patut dipulangkan kepada rakyat kerana rakyat masih dan tidak akan berpuas hati sehingga mereka mendapat satu hasil keputusan yang sah. Sesungguhnya kuasa adalah hak rakyat kerana bila rakyat membuat keputusan, semua orang akan menerimanya.

Ambiga menambah bahawa BN akan meraih lebih kredibiliti (yang sememangnya diperlukan) jika kerajaan pusat mengarah kepada pilihanraya semula di Perak, di samping menggugurkan semua tuduhan terhadap DS Anwar Ibrahim. Aku suka 'quote' kata-kata Ambiga ini:
  • “Do the right thing, just do the right thing and immediately people will say that they are quite reasonable but when you force these issues which people can read… we are not stupid, you cannot insult the intelligence of the people to understand what is really happening.”

Ambiga juga menekankan bahawa BN akan hanya mencapai hasrat meneruskan pemerintahan sebenarnya di dalam PRU akan datang, jika terus disokong oleh rakyat. "You may lose a little bit this time but you would have gained a lot more,” katanya.

Dalam sesi soal jawab selepas syarahan umum anjuran Alumni Chevening Malaysia itu, Pesuruhjaya Tinggi British - Boyd McCleary turut bersetuju dengan pernyataan Ambiga berhubung isu Perak. McCleary percaya pihak kerajaan BN tidak sepatutnya menentang kehendak rakyat Perak. Aku juga suka 'quote' kata McCleary ini:

  • “It looks to me as though over there, we have ended up with a situation where the government seems to have opposed the will of the people and that is wrong.
  • "The way forward for this government is to go back to the polls because even if they lose that battle they can still win the war by demonstrating that is the right way to go."

Yes! Aku sokong pendapat kedua-dua orang ini. Bubarkan DUN Perak!
Selanjutnya »

MALAYSIAN MIRROR - Laman Web Berita Online 30 Jun

Pengaruh media elektronik berasaskan laman web diakui memberi impak besar terhadap masyarakat di Malaysia. Persaingan semakin sihat. Portal-portal berita online alternatif seperti Malaysiakini, TheMalaysianInsider, TheNutGraph, The Edge Malaysia, mStar dan sebagainya telah mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.

Terkini, Bernama melaporkan pesaing terbaru sudah tiba - Malaysian Mirror.

Laman berita online terbaru ini akan dilancarkan pada 30 Jun, 2009 oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, kata editor Malaysian Mirror Francis Siah.

Malaysian Mirror dikatakan dimiliki oleh beberapa pelabur. Beberapa bekas wartawan dari media tradisional akan menunjangi laman tersebut yang bakal dioperasikan oleh 15 orang staf editorial.

Pelopor laman web berita online politik alternatif di Malaysia adalah Malaysiakini, yang mula beroperasi pada 20 November, 1999. Ianya digemari oleh ramai golongan muda dan dewasa kerana laporannya yang terbuka dan telus, jika dibandingkan dengan media berita tradisional online sedia ada seperti TheStar Online, Utusan Online dan NST Online. Kemudiannya, beberapa laman web lain yang berorientasikan berita mula ikut serta.

Best kan? Semakin banyak media alternatif, semakin telus politik Malaysia. Aku tak nafikan, akan ada agenda di sebalik pemilikan laman tersebut. Itu yang aku tertanya-tanya.. adakah ianya pro-BN.. atau pro-PR.. atau pro-Mahathirisme sendiri. Atau mungkin juga.. puak yang geram dengan Malaysian Today. Kih kih kih.

Apa-apa pun, semoga berita yang dipapar kelak adalah berita yang berkualiti, terkini, adil, telus dan menggambarkan hasrat rakyat dan para pemimpin tanpa bias di bumi Malaysia. Sama-sama kita tunggu 30 Jun nanti..
Selanjutnya »

PRK Manek Urai - Puad Zarkashi Seru Guru Undi BN ? Kih Kih

Hari ini, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pulak buat lawak di Manek Urai. Sebagai Timbalan Menteri Pelajaran, dia nak eksekutif jentera kerajaan di kalangan warga pendidik di situ undi calon BN. Berikut petikan Bernama 17:58pm, petang ini.

Foto Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi - Timbalan Menteri Pendidikan
Guru Diminta Sokong BN Di Manik Urai
MANIK URAI, 23 Jun (Bernama) -- Seramai 187 guru dan warga pendidik yang layak mengundi pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Manik Urai pada 14 Julai ini diseru supaya memilih calon Barisan Nasional (BN) bagi memastikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) berjaya dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun pemilihan calon merupakan hak seseorang individu, namun sokongan terhadap kerajaan akan memastikan PIPP dapat dilaksanakan demi faedah generasi masa depan.

"Kita berharap para guru dapat membantu menjayakan agenda pendidikan negara ini," katanya.

Puad berkata kerajaan kini dalam proses untuk membina negara bangsa yang cemerlang menerusi sistem pendidikan yang maju. "Kita juga sedang meningkatkan taraf guru dan untuk itu mereka mestilah bersama kita," katanya.
Nasib baik, 'seruan'nya masih berlapik.. 'pemilihan calon merupakan hak seseorang individu'. Kalau tidak, aku tentu taram dia cukup-cukup. Undi adalah hak rakyat Malaysia yang layak mengundi. Rakyat bebas memilih, bebas memangkah.

Tiada kaitan antara Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dengan wakil rakyat tempatan yang akan dipilih. Bagi ahli profesional di bidang perguruan, mereka tetap jalankan tugas mereka, sama seperti profesion di bidang lain. Setakat ini, tidak pernah didengar seorang guru tidak mengajar murid di sekolah kerana menyokong PR. Tidak pernah dengar juga seorang doktor tidak merawat pesakit di hospital kerana menyokong PR. Bukankah pelajar terbaik SPM 2008 dengan 20A, Nik Nor Madihah dari Kelantan.. adakah guru-guru sekolahnya tidak mengajar?

Di sebaliknya, yang aku biasa tengok.. biasa dengar.. ialah pengurus pendidikan, guru, kerani sekolah malah murid sekolah yang tiada di sekolah kerana melibatkan diri, terlibat, atau dipaksa libat bagi kepentingan parti BN. Yang tu boleh pulak ka?

Urusan kerja dalam apa jua bidang sebagai punca rezeki yang halal adalah dituntut. Profesionalisme seseorang penjawat awam bukan berdasarkan motif politik atau kepentingan diri - tetapi atas iltizam, integriti, akauntabiliti serta amanah yang dipikul untuk dilaksanakan untuk kepentingan rakyat negara ini.

Biodata Mohd Puad Zarkashi di Wikipedia (kih kih).

Memang aku respect kat MIO (military intelligence) BN.. mereka boleh beri data yang tepat, terperinci tentang rakyat, tentang pengundi. Kalau tidak macamana Mohd. Puad Zarkashi dapat figure 187 pengundi dari warga pendidik? Aku yakin tentu BN juga ada figure angka rakyat miskin yang bertanggungan tinggi di Manek Urai. Kerajaan Pusat dah bantu mereka? Atau memang tahu, cuma sengaja tak nak salur bantuan.. sebab.. negeri pembangkang. Zalim.
Selanjutnya »

Bila Bahtera BN Belayar Berseorangan Penuh Kesunyian

Pakatan Rakyat Tendang Kerajaan Perpaduan.. Muahaha
Akhirnya jelas Pakatan Rakyat sebulat suara menolak sebarang konsep perpaduan dengan BN. Ketetapan dan keputusan yang diumumkan dalam sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen tengah hari tadi adalah termaktub. Pakatan says NO to unity government, aims to win federal power.

Keputusan sudah jelas. Majlis Presiden Pakatan Rakyat menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno. Tidak lagi ada bincang kerajaan perpaduan. Full Stop.

Selain itu, isu krisis keyakinan terhadap Timb Presiden PAS juga telah berakhir. TU Nasha dah bertemu TG Nik Aziz petang tadi, dan setelah dua jam di Pejabat Agong Pas di ibu negara - akhirnya TG Nik Aziz menarik balik segala kenyataannya terhadap Nasha, tidak berbangkit lagi.

Fuuh.. Akhirnya kiambang bertaup semula di tasik PAS yang berkocak seminggu dua ini. Syukur Alhamdulillah. Perkembangan ini amat menarik dan amat dialu-alukan oleh semua penyokong Pakatan Rakyat.

Berikut beberapa 'quote' dari parap pemimpin PR:

TG Haji Hadi: Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut. Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan.
Anwar Ibrahim : Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang.
Salahuddin : Kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermakna tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno. .. akan membuatkan Umno kelemasan.
Mahfuz: Umno kini kehilangan' tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.
TG Nik Aziz: Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi.
Ooops.. tertinggal lagi satu orang..

Najib: BN can go it alone (TheNutGraph)... Tidak timbul soal BN lemah (mStar).. Kih kih. Najib stays open, even as PR slams the door (TheMalaysianInsider). Kih kih. PAS suggested Unity Government, not BN (TheEdge)..

Peliknya.., tiada sebarang berita tentang isu ini pulak dalam Bernama, awat jadi lagu tu? Kih kih kih. Entah-entah.. esok janganlah pula tak ada pun cerita pasal Kerajaan Perpaduan dalam suratkhabar.

Tapi kira orait la tu.. Najib masih cuba kontrol macho.. masih cuba kontrol hensem.. juga masih menaruh sedikit harapan... hihi. Ya, Najib ditakdirkan akan terus membawa bahtera nak karamnya ke destinasi yang tidak pasti. Selamat maju jaya, salam sejahtera. Bye bye.
Selanjutnya »