Kerajaan Perpaduan Dari Perspektif Mahathir

Foto Tun Dr. Mahathir Mohammad
Akhirnya telur tembelang itu pecah juga. Baunya memang busuk. Hangpa semua pernah cium bau telur busuk, atau telur kemuruk? Tengik ya amat.

Malam ini, Bernama 20:57pm melaporkan apa pandangan Dr. Mahathir tentang Kerajaan Perpaduan. Aku ringkaskan di bawah.. tak mau bold, italic, warna warni - supaya hangpa baca satu.. satu..

Pucuk Pimpinan Parti Perlu Jelaskan Mengenai Kerajaan Perpaduan
Pucuk pimpinan Umno dan PAS perlu memberi penjelasan mengenai pendirian mereka terhadap isu kerajaan perpaduan. Pandangan akar umbi juga perlu diambil kira kerana pendirian ahli Umno mahu pun PAS berhubung perkara itu masih belum diketahui sepenuhnya.

"Banyak pendapat dalam Umno dan Pas, sebab itu kita perlu perjelaskan apa sebenarnya hasrat kita. Apakah kita hendak meninggalkan rakan-rakan kita dalam Barisan Nasional (BN) dan dalam Pakatan supaya kita boleh menubuhkan sebuah kerajaan seratus peratus terdiri daripada Bumiputera."

"Kalau kita berbuat demikian, maka akan ada konfrontasi antara kaum, dan ini sudah tentu tidak baik bagi negara kita. Jadi penjelasan perlu dibuat oleh semua pihak sama ada mereka percaya BN dan Pakatan patut cantum jadi satu atau mereka berpendapat cuma Umno dan Pas saja bercantum."

"Ini kita tidak tahu, jadi macam mana kita hendak membuat keputusan?"

Mengenai cadangan menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan antara Umno dan Pas, Mahathir berkata beliau tidak fikir ia idea yang baik. Dr Mahathir berkata beliau tidak fikir negara ini mahukan sebuah kerajaan Melayu 100 peratus oleh kerana Umno telah sekian lama berkongsi kuasa dengan rakan-rakannya dalam BN, dan idea untuk tiba-tiba meninggalkan rakan-rakannya untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru yang lebih bersifat perkauman akan menimbulkan kesulitan kepada negara.

"Ini perkara besar, kita biasa menerima Pas dalam BN tetapi tidak lama...Pas ketika berada dalam BN menggunakan kedudukan mereka untuk mengembangkan pengaruh parti PAS, bukan untuk berusaha melaksanakan dasar-dasar kerajaan, sebab itu kita terpaksa berpisah dengan mereka," katanya..

Tentang sama ada kerajaan perpaduan itu akan menjejas kedudukan MCA dan Gerakan, Dr Mahathir menjelaskan, "Ya, kerana jika Pas dan Umno membentuk sebuah kerajaan, jadi bagaimana kedudukan MCA, kami ingin tahu...apakah mereka akan punya kerusi dalam kerajaan, dalam hal ini ia adalah kerajaan perpaduan Melayu.

"Saya bukan menyokong Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ya, saya fikir kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno tidak begitu baik, tetapi kalau umpamanya soal-soal berkaitan agama jika kita mempunyai pendapat yang sama, itu bagus," katanya.

Hangpa tau ka sapa Dr. Mahathir tu? Ex-Perdana Menteri paling lama di Malaysia - lebih 20 tahun. Membangunkan Malaysia dengan penuh kemajuan prasarana, pertumbuhan rasuah yang hebat dan perkembangan salahguna kuasa serta wang rakyat sekaligus. Melahirkan golongan korporat yang keparat. Melahirkan para hakim yang seperti hanya tahu berkata "Correct.. correct.. irrelevant.. ". Beliau juga melahirkan anak lelaki, Mokhzani yang ke-16 terkaya di Malaysia tahun ini. Sekarang, boleh kata jawatan tak rasminya - mentor Najib. Yang lain-lain, carilah sendiri.

Apa hangpa rasa? Mahathir ada bagi 2 clue ttg UG kat atas tu.. cari apa yang dia takut, apa yang dia cari..

2 comments:

Post a Comment