Selangor Mansuh Bayaran Tapak Pasar Malam - Khalid Ibrahim

Tan Sri Khalid Ibrahim - MB SelangorSelangor memansuhkan kutipan bayaran RM50 daripada peniaga pasar malam berkuat kuasa serta merta, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata langkah berkenaan diambil bertujuan untuk meringankan beban peniaga pasar malam lebih-lebih lagi dalam situasi kegawatan ekonomi global sekarang.

"Perkara ini pernah dilakukan semasa pemerintahan BN (Barisan Nasional) di Selangor. Kita akan usahakan supaya semua bayaran yang dibuat oleh peniaga sebelum ini akan dipulangkan kepada mereka yang terbabit," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Meningkatkan Pendidikan Sekolah-Sekolah Tamil Selangor, di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata keputusan itu dibuat berikutan aduan yang diterima dari para peniaga pasar malam di dalam kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang dikatakan terpaksa menanggung beban berikutan pembayaran tersebut.

Bagaimanapun beliau berkata kutipan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak RM4 sebagai yuran pengurusan sampah di kawasan pasar malam dibenarkan.

Abdul Khalid berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang kutipan yang tidak dibenarkan atas alasan peruntukan untuk menguruskan tapak pasar malam, melainkan ianya diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.

Mengenai bantuan kepada Sekolah Tamil, beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM1.6 juta bagi melaksanakan program pendidikan yang antaranya melibatkan program komprehensif membaca serta pembelajaran bahasa dan sains.

(Bernama)
Bagus. Apa saja yang boleh meningkatkan kesejahteraan rakyat wajar dilakukan. RM50 yang menjadi bayaran asas dapatkan tapak pasar malam 'just once in a life time'. Selangor takkan bangkrup hanya dengan pemansuhan tersebut. PBT tetap boleh kutip RM4 untuk pengurusan sampah.

Bagus TS Khalid. Jangan seperti DS Khir Toyo yang hindik tekan kepala PBT untuk dapatkan sumber wang dari rakyat semaksimum mungkin. Anugerah Penyapu (kalau masih wujud dan nak bagi), bagi la kat DS Khir Toyo sendiri. Kih kih kih.

0 comments:

Post a Comment