UMNO Kartun - Tun Untuk Datuk Onn Setelah Diperingat

Berita sedih... berikut adalah laporan Bernama-19:26pm malam ini.
Kerajaan Timbang Gelaran 'Tun' Untuk Datuk Onn : Najib

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) - Kerajaan sedia menimbang cadangan untuk mengurniakan darjah kebesaran membawa gelaran 'Tun' kepada pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam jawapan bertulis kepada Hamim Samuri (BN-Ledang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri berkata pengurniaan darjah kebesaran itu adalah berdasarkan sumbangan besar Onn ke arah menyatukan rakyat Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu ketika itu) dan perjuangan mencapai kemerdekaan negara.

Selain jasanya mengasaskan Umno, Allahyarham Onn juga banyak sumbangan ke arah meningkatkan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu dengan menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa.

Allahyarham telah memainkan peranan yang penting dalam memulakan langkah untuk Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Onn meninggal dunia pada 1962 pada usia 67 tahun.

Kesian arwah.. Pelopor UMNO yang dilupakan. Dah 2 generasi baru nak teringat semula jasanya... setelah setengah abad.

Itupun setelah diperingatkan oleh orang Ledang kepada orang Pekan. Atau baru orang Pekan teringat bahawa arwah itu bapa saudaranya sendiri.. atau segan nak menolak cadangan itu sebab ada orang Sembrong, anak arwah merangkap sepupunya di dalam kabinet.

Tunku Abdul Rahman tak ditimbang sekali untuk dapat Tun ka? PM nombor wahid tu.. PM nombor ithnain, thalatha, arba', khomsa.. semua dah dapat Tun. Depa terlupa kot.. Tak pa, Melayu kan mudah lupa..

0 comments:

Post a Comment