Projek Aerorail Melaka RM1.5 Bilion - Ali Rustam Tentu Senyum

Foto Ali Rustam
Hebat! Melaka terus hebat. Projek Sistem Transit Bandar Aerorail bernilai RM1.5 bilion dijangka bermula pada suku pertama tahun depan, demikian menurut pemajunya, Pyramid Express Sdn Bhd. Menurut Bernama 21:46pm malam tadi, 26 tren akan digunakan bagi laluan yang mempunyai 10 stesen dan pembangunannya terbahagi kepada dua fasa.

Kata Pengarah Urusannya Lim Sue Beng, keseluruhan projek itu dijangka siap dalam 6 tahun. Fasa 1 - projek berharga RM500 juta bagi laluan sepanjang 7.8 kilometer dengan pembinaan tujuh stesen dan sebuah depot. Fasa 2 - berharga RM1 bilion - meliputi laluan sejauh 7.5 kilometer dengan pembinaan tiga stesen dan lain-lain.

Sistem aerorail di Melaka akan dibina, dikendali dan diuruskan oleh Pyramid Express Sdn Bhd dengan bantuan ejen tempatan Aerobus International dari Houston Amerika Syarikat. Antara pembangunan yang dirancang ialah struktur, stesen dan depot Aerorail, hotel, pangsapuri servis dan kemudahan lain.

Semasa pameran awam projek itu di ruang legar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu hari ini, Tok Ali Rostam semestinya dan tentunya hadir. Dia kan Menteri Besar. Kih kih kih. Kata si Ali, 10 Stesen itu ialah stesen Tun Ali (pusat bandar), stesen Chempaka, stesen Sentral, stesen Peringgit, stesen Kolej (berhampiran Kolej Yayasan Melaka), stesen MBMB, stesen MMU, stesen MITC dan stesen terakhir di kawasan Zoo Melaka. Hebat, bagus.

Sempena pameran tersebut yang bermula Selasa lepas dan tamat pada 22 September ini, Ali Rostam mengalu-alukan orang ramai dialu-alukan memberi komen, cadangan dan bantahan terhadap projek ini. Baguih..

Okey, ni aku nak komen. Kalau Ali Rostam atau balacinya ada baca, tengok sini:

  • Jangan ambil tanah rakyat tanpa diberi pampasan sewajarnya.
  • Jangan tibai tanah orang Melayu sedang tanah Cina dibiar.
  • Kalau ambil tanah orang Melayu, ganti balik tanah yang sesuai bersama pampasan.
  • Jangan pekena tambang gila babi bila dah beroperasi esok.
  • Umumkan berapa 'parsen' Ali Rostam dapat dari RM1.5 bilion itu.

Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh orang tak kata.. Siapa lagi yang dimaksudkan dek Mahathir yang meluat '"ada orang masih menjawat jawatan penting sedangkan sah terlibat rasuah". Siapakah dia itu.. Tentunya seseorang yang kena cari duit banyak-banyak sekarang, bimbang digugurkan dalam PRU akan datang. Wallahu A'lam.

6 comments:

  • hmm kalau 1 parsen saja pun dah kaya..

  • muahaha.. tahun ni Lim Sua Beng tu tentu dapat Datuk punya! Datuk made in Malacca. Ada cop Sirim.

  • aisey.. tak boleh la naik beca kat a formosa lagik.

  • ha ni aku nak komen sikit...rumah aku terlibat pasai ketaapi ni ...apa..aeroraill..macam tu lah bunyinya...dah berpuluh tahun aku dok kat situ...nak cari umah lain pulak...sedap2 nak ambil tempat teduh kita....aku cadankan...kerajaan melaka bina rumah yang harga rm empat ratus ribu atau pamapasan tak kurang dari amount tu..bolehkan...lagipun bukan duit kerajaankan, duit pelabur apasalahny..dekat dengan rumah ketua menteri kita,,kalau ada masaalah senanglah jumpa tok k.menteri mengadu masaalah.jangan pulak reject kalau rakyat bawah2 datang rumah...isteri jangan masam muka...bak kata Tun Asmah Mohd Ali,isteri kepada seseorang yg berpengaruh mestilah merendah diri dan tidak boleh sombong..
    aku setuju bangat pendadapnya.

  • bodoh punya melayu

  • Hidup UMNO!!!!!!

Post a Comment