Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PAS & PR Mesti Diam?

Hah. Betui ke cerita ni? Awat jadi lagu ni.. Apa sebab.. apa musabab ?
Tuan 'Ulamak (TU) Datuk Mustapha AliPengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Mustapha Ali telah mengadakan satu sidang akhbar mengejut di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur pagi Selasa yang jelas ' korner baring' dari kenyataan Presiden PAS Datuk Haji Hadi Awang pada muktamar parti itu mengenai idea kerajaan perpaduan.

Mustapha yang diketahui umum rapat dengan Haji Hadi telah meminta semua pimpinan PAS dan pakatan pembangkang berhenti cakap mengenai hal berkenaan.

Katanya perbincangan untuk tujuan itu tidak relevan buat masa ini.

Beliau mengakui soal berbincang dengan UMNO itu pernah dibangkitkan satu ketika dulu tetapi tiada suatu keputusan dibuat.

Menurutnya ini kerana kebanyakan pimpinan PAS tidak setuju dengan idea berkenaan. Mustapha menegaskan PAS akan terus berusaha memperkuatkan pakatan pembangkang.

Para pemerhati politik menilai perubahan kenyataan ini ada kaitan dengan tekanan dari PKR dan DAP serta menjelangnya pilihanraya kecil Manek Urai-9/6/2009 [...]

(Selanjutnya di Agendadaily)
Kisah ini kemudiannya disahkan pula oleh Malaysiakini.. hrm..

Itulah.. Bila Presiden & Timbalannya BISA berbicara.. kan dah lintang-pukang saf. Mursyidul Am tegur, buat tak tau, lawan pulak tu. Cakap hebat berdegar.. apa-apa kertas konsep waima blue-print pun tarak! Geng Exco penin, perwakilan demam? Bloggers jadi tak ketahuan.. Dah tau PR ni 3 parti, dibuatnya macam PR ni satu parti saja. Ikut suka dia.

Bila 'ulamak ditegur, ada yang anggap macam memusuhi 'ulamak. Kita ni manusia. Semua ada silap, semua ada salah. Selagi kita mahu mengakui kesilapan dan kembali ke pangkal jalan, dunia ini amat luas untuk kita. Tiada lebih perit melainkan merasa dunia dan dada ini sempit.

Walau dulu menang sikit saja, Manek Urai itu boleh ka kata kawasan 'gerenti menang' PAS? Orang PAS Manek Urai dah bersedia ke dengan Kerajaan Perpaduan? Kalau depa pun tak paham dan tak suka, berat..... Hangpa mau tengok pemimpin2 PKR, DAP dan sebahagian Exco PAS kempen di situ - bantai balik isu Kerajaan Perpaduan versi TU Hadi & TU Nasha? Hangpa nak tengok UMNO kempen bersorak di situ gelakkan lintang-pukang saf Muktamar PAS baru-baru ni.

Aku ingat biar TU Hadi & TU Nasha saja pi kempen di situ. TU Mustapha tentu perasan. Depa memang pandai cakap! Hebat.. dari elok-elok PAS gagah perkasa - tanpa isu - gatai pi cucuh satu isu besar. Orang tegur nak perbetul, dibalas kutuk. Lantak..

MSK - Perakexpress pun nampak dah give-up.. Aku pun nak tengok saja dari jauh. Lagipun, Al-Banjari pun dah nasihat agar mula berhenti jangan bertelagah lagi bab Kerajaan Perpaduan. Cenangau juga dah sedih tak semena-mena institusi 'ulamak kena caci maki. Tapi aku tetap geram dengan siapa pemimpin kanan PAS yang cuba goreng kelentong Tn. Hj. Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak) mengatakan Kerajaan Perpaduan itu telah dapat perkenan TG Nik Aziz dan tokoh-tokoh lain. Pi tengok laporan TheEdge semalam. Nasib baik Tn. Hj. Ahmad Awang ni kenal 'siapa TG Nik Aziz'. Itulah sebenar 'ulamak yang mengenal 'ulamak. Subhanallah, Maha Suci Allah yang membongkar ada "alamak" yang bukan 'ulamak dalam PAS. Korang tak perasan kenapa tetiba Dr. Haron Din senyap sunyi? Tengok sini. Penulis tu lagi ganas dari aku!

Aku ingat aku pun nak berhenti hal ehwal dalaman Kerajaan Perpaduan PAS (hingga selepas PRK DUN Manek Urai, seperti dicadang Drs Idham Lim). Lepas itu, boleh sambung balik jika relevan. Puak kat atas tu tentu ada otak, boleh fikir sendiri buruk tindak tanduk mereka sebelum ini. Kalau depa tak tahu juga, memang kepala hotak depa. Ya, musuh sebenar bukan sesama PR, tetapi Umno Kartun dan BN Kartun. Bagaimanapun, aku tetap doa semoga Allah menangkan PAS di Manek Urai. Demi Kerajaan Islam, bukan untuk Kerajaan Perpaduan TU 2 orang itu.

0 comments:

Post a Comment