Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

Serangan Ilmu Hitam Dalam Politik Indonesia

Indonesia terkenal dengan ilmu kebatinan yang tinggi. Ada yang hitam, ada yang putih dan ada pula yang kelabu asap. Ilmu hitam berbentuk ganas dan cuba menyiksa mangsa, berasaskan dukun yang rapat dengan jin syaitan, penuh khurafat dan syirik. Manakala ilmu putih lebih berasaskan mempertahankan diri, serta berasas pada amalan dari guru mursyid yang mengikut Al-Quran dan sunnah. Jenis ilmu kelabu asap pula ilmu pemuhong ciptaan sendiri yang menipu orang, konon saja pandai ilmu dunia dan akhirat.

Menjelang Pilihanraya Presiden 8 Julai ini, bibit-bibit penggunaan ilmu hitam keluar lagi. Kali ini, bukan di peringkat desa atau kacamatan, tetapi di peringkat tertinggi - calon presiden.

Presiden Indonesia - Susilo Bambang YudhoyonoPenyandang presiden dan calon presiden Susilo Bambang Yudhoyono menghadapi satu lagi "musuh", selain daripada naib presiden dan bekas presiden menjelang pilihan raya presiden 8 Julai.

Beliau mendakwa ilmu hitam digunakan oleh musuhnya untuk menghalang usahanya untuk kekal memegang jawatan itu bagi penggal kedua lima tahun yang akan berakhir pada 2014.

"Ini ialah musim pilihan raya. Ramai yang mengamalkan ilmu hitam. Malahan keluarga saya dapat merasai kesannya. Ia luarbiasa. Banyak kaedah (ilmu hitam) digunakan," katanya kepada 3,000 peserta pada majlis doa selamat di kediaman peribadinya di Cikeas, Bogor.

Katanya beliau sentiasa membaca ayat suci al-Quran sebagai cara untuk melindungi dirinya daripada serangan ilmu hitam daripada pencabarnya.

"Saya membuat kesimpulan bahawa hanya melalui doa dan bacaan ayat suci boleh menghalang serangan ilmu hitam. Misalnya, malam Jumaat lepas, saya sentiasa membaca ayat suci al Quran sepanjang jalan ke venue debat (pusingan ketiga dan akhir debat presiden), bersama-sama isteri saya, pembantu dan pemandu," katanya dipetik oleh agensi berita Antara.

Susilo telah meminta peserta pada majlis doa selamat itu yang datang dari beberapa bandaraya di Jawa, mendoakan kesejahteraan negara agar terus menikmati pertumbuhan dan pembangunan pesat. Beliau juga meminta mereka berdoa bagi pilihan raya presiden berjalan secara demokrasi, aman, lancar dan teratur.

"Saya juga meminta anda semua berdoa supaya kempen pilihan raya ini bebas daripada fitnah dan ilmu hitam, keganasan dan apa juga taktik kotor," kata penyandang presiden itu yang dicabar oleh naib presiden Jusuf Kalla dan bekas presiden Megawati Soekarnoputri dalam pilihan raya presiden, membabitkan 175 juta pengundi berdaftar.


Hrm.. jika berita ini benar, aku tengok musuh politik Susilo untuk Presiden hanya dua orang. Jusof Kalla dari Parti Golkar, tinggalan Suharto. Megawati pulak tinggalan Sukarno. Fikirlah sendiri.

Itu di Indonesia.. Macamana di Malaysia? Setakat ini, aku tak pernah dengar calon PAS, DAP atau PKR bermain dengan ilmu hitam. Tapi kalau BN memang ada. Contoh tak boleh dilupa, ialah seorang Datuk ADUN yang dikerat-kerat oleh sekumpulan pengamal ilmu hitam di Pahang tak lama dulu. Semuanya dihukum gantung sampai mati.

Yang menarik, semuanya mati juga. Tiada yang kebal dengan kapak atau tali gantung. Janji Allah tetap benar.

Selain itu, sebenarnya ada lagi.. tapi tak payah ceritalah.. faham-faham sendirilah. Cuma aku berharap, tiada lagilah manusia yang kata dia beragama Islam di bumi Malaysia ini tapi masih amalkan dan bergantung pada ilmu-ilmu sedemikian. Guna ilmu hitam orang asli ka, siam ka, sami hindu ka, melayu ka, indonesia ka - tempatan atau impot : semuanya mencelakakan diri dan orang lain.

Tiada faedah, boleh kufur. Buruk kesudahan di dunia, buruk kesudahan di akhirat. Na'udzubillah.
Selanjutnya »

Michael Jackson & Farah Fawcett Meninggal Dunia!

Penyanyi pop Amerika, Michael Jackson meninggal dunia di UCLA Medical Center, Los Angeles ketika berumur 50 tahun. Sebelum ini, beliau didapati pengsan tidak sedarkan diri di rumahnya lalu dibawa ke hospital. Di hospital, beliau sudah dalam keadaan koma dan nadinya kian hilang dan tidak dapat dibantu oleh pakar paramedik.

Berita berkaitan:
1. Michael Jackson dead at 50 - CNN
2. Michael Jackson is dead - TheMalaysianInsider
3. Michael Jackson has died - TheGuardianUK
4. Singer Michael Jackson dies - AlJazeera

Foto Michael JacksonDengarnya.. Michael Jackson dah memeluk Islam November lalu.
Menurut Kompas, nama barunya Mikaeel. Wallahu A'lam.
Di mana jenazah dikebumikan kelak akan mengesahkannya.
Jika ianya betul, bolehlah sama-sama sedekah Al-Fatihah.
Dan moga Allah mengampuni ruhnya.

UPDATE!
Rupanya hari ini seorang lagi artis pun meninggal - Farah Fawcett, 62. Dia ni dulu terkenal di tahun 1970-80an, antara pelakun utama "Charlie's Angle". Dia juga janda Lee Majors, aktor "Six Million Dollar Man". Aku suka sungguh cerita tu zaman dedulu.
Ikuti cerita kematian kedua-dua mereka di TheStar.
Selanjutnya »

Ketua Pemuda PAS - Pembantu Rumah Islam Hanya Untuk Keluarga Muslim

Aku bersetuju dengan saranan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) meminta kerajaan Malaysia tetapkan peraturan supaya pembantu rumah beragama Islam dari Indonesia atau negara lain hanya dibenarkan bekerja bagi keluarga Islam. Dalam pada itu, keluarga bukan Islam pula hanya dibenarkan mengambil pembantu rumah bukan Islam sahaja. Bagus cadangan ini.

Menurut Ketua DPPP, Nasrudin Hassan - perkara itu dah pun beberapa kali disaran oleh DPPP serta beberapa NGO lain sebelum ini. Tujuannya agar isu penafian hak seperti dilarang bersolat dan berpuasa, tidak mendapat makanan halal, tempat tinggal yang selesa dan bersih dan gaji berpatutan dapat diselesaikan.

Masalah ini kalau tak ditangani dan dibiarkan berlarutan tentunya dapat mengeruhkan hubungan antara Malaysia-Indonesia. Kesannya kita dah nampak berikutan beberapa kes penderaan pembantu rumah Indonesia baru-baru ini sampai Menteri Tenaga Manusia dan Transmigrasi Indonesia, Erman Suparno cadangkan pemberhentian penghantaran pembantu rumah dari Indonesia ke Malaysia buat sementara waktu.

Selama hari di kawasan perbukitan aku, pernah dengar rungutan wanita Indonesia yang tidak bekerja di kedai dan restoran bukan Islam yang tidak tahan. Sudahlah di'abdi'kan secukupnya, hak bersolat tidak diendah, nak bertudung tak diberi. Binatang babi juga diperbabikan oleh tokeh mereka agar pekerja@abdi mereka menerima babi seperti tokey ini menerima babi sebagai sebahagian kehidupan babi mereka. Memang babi puak ini. Bagi spesis puak ini, aku memang suka dan bersyukur bila pekerja@abdi mereka berjaya melarikan diri.

Pada pandangan aku, isu kezaliman majikan bukan Islam (yang terlibat) terhadap pekerja muslim ini, terbahagi kepada tiga:

  • Majikan menafikan hak sebagai seorang Islam - (keperluan makanan halal, hak beribadah seperti solat, puasa, menutup aurat, tempat tinggal yang bersih dan sebagainya). Ini penderaan akidah.
  • Majikan menafikan hak sebagai seorang manusia - cuai atau sengaja mendatangkan kecederaan fizikal dan mental. Ini penderaan fizikal dan mental.
  • Majikan menafikan hak sebagai seorang pekerja - menipu atau tidak memberi gaji yang selayaknya, tidak memberi cuti sewajarnya, tidak memberi waktu rehat secukupnya. Ini perhambaan zaman moden.

Sememangnya Kerajaan BN - WAJIB - ambil tindakan. Jangan hanya nak kerajaan perpaduan, tetapi saranan untuk sama-sama mengajak kepada makruf dan mjencegah kemungkaran tidak mahu diikut. Bersatulah kepada Islam seluruhnya. Baru betul.
Selanjutnya »

DEMONSTRASI GMI 1 Ogos ? Tara Mana Kita

Demonstrasi Gerakan Membasmi ISA (GMI) 1 Ogos 2009? Yang Tu.
Demo Anti-ISA Esok 17 Jun 2009 ? Yang Ni..

Hangpa nak pi? Mai tengok sini
Di mana kita, di mana orang lain..
Macamana kita punya, macamana orang lain..
Hebat tara mana kita, hebat tara mana orang lain...

IRAN - Teheran
Para penyokong calon presiden pembangkang, Mir Hossein Mousavi, yang mendakwa ada penipuan pengiraan undi dalam pilihan raya Jumaat lalu, keluar membantah pada rapat umum di Dataran Azadi (Kebebasan) di Tehran, Iran.
15/06/09. - Foto AP
Berpuluh Ribu ka Beratus Ribu?

KOREA -Pyongyang
Gambar yang diedarkan agensi berita Korea Utara, KCNA semalam, rakyat Korea Utara mengambil bahagian dalam perhimpunan penduduk Bandar Raya Pyongyang, bertujuan mengutuk Amerika Syarikat dan PBB yang mengenakan sekatan ekonomi ke atas Korea Utara, di Plaza Kim Il Sung Plaza, Pyongyang.
15/06/09- Foto Reuters
Berpuluh Ribu ka Beratus Ribu?

THAILAND - Bangkok
Demonstrasi PAD (The People's Alliance for Democracy) Di Sepanjang
Sukhumvit Road (The Longest Road In Bangkok!).

20/10/2008 - Foto Flikr
Berpuluh Ribu ka Beratus Ribu?

MALAYSIA - Kuala Lumpur
Demonstrasi Mansuhkan PPSMI
07/03/2009 - Foto Tarmizi
Dapat ka Target 100 Ribu hari tu?

1 OGOS 2009
ALANG-ALANG MENAPAK BERGERAK
BIAR SAMPAI SENDAT TAK BERGERAK

Boleh ka?
Selanjutnya »

Pilihanraya Iran - Ahmadinejad Menang Presiden!

Mahmoud Mahmoud Ahmadinejad - Iran Election 2009
Yes! Mahmoud Ahmadinejad mengekalkan jawatannya setelah menang besar dalam Pilihanraya Presiden 2009. Ahmadinejad menang sebanyak 62.6% mengatasi pencabar terdekatnya, bekas Perdana Menteri Mir Hossein Moussavi (33.7%). Sebanyak 3.7% lagi dikongsi 2 calon lain - Moshen Rezaie dan Mehdi Karrubi. 84% dari 46 juta pengundi Iran menjalankan tanggungjawab mengundi.

Di Iran, calon mesti mendapat lebih 50% undian bagi jawatan Presiden. Jika tidak, pilihanraya ulangan dibuat Jumaat minggu depan - khusus antara 2 pemenang undi tertinggi. Bagaimanapun, Moussavi akan membuat bantahan kerana mensyaki berlaku penipuan.
[Foto: dari atas kiri ikut pusingan jam - Moshen Rezaie, Mahmoud Ahmadinejad, Mir Hossein Moussavi dan Mehdi Karrubi. ]

Berikut adalah pautan berita kemenangan tersebut:

1. (Al-Jazeera.net) - Ahmadinejad set for Iran victory
2.
(The Guardian.co.uk) - Ahmadinejad wins surprise Iran landslide victory

Apa-apa pun, semoga yang kalah di Iran dapat menerima kekalahan dengan hati terbuka dan tenang. Elakkanlah penyokong membuat kecoh, dan jangan digawatkan lagi dengan kempen tambahan. Ruang perjuangan adalah panjang, perjalanan masih jauh. Jangan rosakkan negara hanya kerana ketidakpuasan hati segelintir kalian.

Ini adalah kegembiraan dan kemenangan moral bagi aku. Pasai apa? Pasai aku memang sokong Ahmadinejad. Kih kih kih. Aku bersungguh mengikuti perkembangan dan sempat pulak (hehe) menulis 2 artikel khas tentang Pilihanraya Presiden Iran ini, kat bawah ni:

1. Pilihanraya Presiden Iran - Sedang Berlangsung
2. Pilihanraya Iran - Ahmadinejad Mendahului

Nak tahu lebih lanjut kisah hidup Ahmadinejad, boleh sambung baca di Kelab Greenboc.

Koleksi menarik untuk kepuasan aku dan kemenangan aku. Semoga aku merasa lagi kepuasan dan kemenangan ini di Malaysia pula kelak. Insya Allah, mudah-mudahan.
Selanjutnya »

Pilihanraya Iran - Ahmadinejad Mendahului

Wah! Pengiraan undi di Iran masih berjalan. Menurut laporan CNN, sekarang Calon Presiden Iran pilihan aku makin nak menang. Best. Semalam, aku ada tulis beberapa fakta tentang Pilihanraya Presiden Iran 2009 - pertandingan 4 penjuru. Siapa nak tengok foto-foto contoh Puteri UMNO Iran dan Muslimat PAS Iran boleh tengok kat situ. Kih kih.

Berita terkini! Ahmadinejad mendahului pesaing terdekatnya, Moussavi. Dia dah dapat 65.7% undi dari 72% kotak undi yang dah dikira, sementara Moussavi 31.4%. Maknanya 2 orang lagi calon kongsi 2.9% sahaja. Bagus! Hebat pilihanraya semalam, lebih 70% dari 46 juta rakyat Iran pi mengundi.

Ingat petang ni kot baru keputusan penuh keluar. Aku lupa, waktu di sana mana nak sama dengan sini. Masa depa lambat dari kita. Kita dah pekena roti canai pagi, dengan kopi sekole, depa tengah mengeroh tidoq kat sana lagi. Keputusan keluar pagi Sabtu waktu sana - jadi serupa waktu petang kita kat sinilah kot gamaknya.

Kih kih kih. Semenjak dua menjak PRK acara dwi-bulanan di Malaysia, sentimen aku dan mungkin ramai yang lain maintain : panas. Baru habis Penanti 2 minggu lepas, sementara nak tunggu Manek Urai bulan depan - rasa boring. Jadi sementelah Iran berpilihanraya, aku melepas gian sekali.

Ho ho aku sokong Ahmadinejad. Dia seorang ulama' yang profesional. Dia memiliki kedua-duanya. Dia berprinsip, mengutamakan agama dan negara, berani dan tegas dengan Israel & USA tentang isu loji nuklear, walau kena ugut dan sekatan perdagangan. Musuh tetap musuh, tak boleh dibuat kawan. Tak gitu TU Nasa, TU Hadi, TU Harun Din, TU Mustapha & TU Hasan ? Macam tu lah baru kena gaya, prinsip perjuangan mestilah dijaga.

Ok. cukup.

Suatu benda menarik berkaitan kaedah pengundian di Iran, mereka mengundi guna cop dakwat pada jari telunjuk. Dengan kapasiti 46 juta pengundi yang layak mengundi, pun Iran boleh sediakan dakwat, apalah sangat dengan Malaysia yang hanya 30 juta sahaja. Isu batal undi guna dakwat tempohari kalau cerita kat negara lain, tentu kena gelak punya. Ahmadinejad pun cop jugak! Yang ya-nya - SPR pengecut - diarah pula oleh UMNO penakut - di bawah kerajaan BN yang kartun.

Selanjutnya »

Pilihanraya Presiden Iran - Sedang Berlangsung

Iran Election 2009 - Ayatollah Ali Khamenei
Dalam riuh rendah politik negara, lupa pula satu lagi perkara besar di negara sahabat kita, Iran. Tadi pergi meronda laman Al-Jazeera dan The Guardian, dapatlah beberapa maklumat yang tak keluar di media Malaysia.

(Foto kiri: Ayatollah Ali Khamenei mengundi di Teheran)

Hari ini, 46.2 juta orang pengundi seluruh negara yang berpenduduk 72 juta orang itu akan menjalankan tanggungjawab dalam pilihanraya itu dengan 45,000 pusat mengundi.

Pilihanraya Presiden Iran 2009 - 4 penjuru:

1. Mahmoud Ahmadinejad - penyandang Presiden. Sederhana, tetapi keras dengan USA.
2. Mir Hossein Mousavi - bekas PM, reformis lebih sederhana dan popular.
3. Mahdi Karroubi - reformis dan bekas Speaker Parlimen.
4. Mohsen Rezai - bekas Komander 'Revolutionary Guard' - tentera elit Iran.

Mahmoud Ahmadinejad seorang presiden yang mendapat sokongan dari kumpulan 'ulamak. Beliau dikritik sebahagian rakyatnya berikutan dasar keras mempertahankan loji nuklearnya dari USA. Manakala Mousavi pula dikatakan berjaya mendapat sokongan dari golongan muda dan berpendidikan. Satu pertiga dari pengundi Iran berumur di bawah 30 tahun. Golongan muda ini semuanya lahir selepas Revolusi Iran tahun 1999 pada era Ayatollah Khomeini. Kedua-dua calon fovourite ini mendapat sokongan seimbang di bandar dan desa.

Beberapa Fakta Pilihanraya Iran 2009

Keempat-empat orang calon Presiden diluluskan oleh Majlis Pelindung Iran (Iran's Guardian Council), satu panel dianggotai 6 orang Imam tertinggi dan 6 orang 'Ulamak Islam. Majlis itu telahpun menapis dan menolak seramai 475 calon layak yang lain, selain melarang wanita dari bertanding.

Calon Presiden yang meraih undi lebih 50% akan menjadi Presiden secara otomatik - jika tidak - satu pilihanraya ulangan akan dibuat sekali lagi pada hari Jumaat pertama selepas keputusan rasmi pilihanraya diumumkan. Ini bermakna, jika calon tak dapat 50% undian, pilihanraya lagi sekali Jumaat minggu depan - ekslusif untuk dua orang calon undi tertinggi sahaja.

Lain-lain Hal

Apa-apa pun, satu saja yang aku tak berkenan dalan penjelajahan internet aku - iaitu dengan kebanyakan golongan pemudi Iran sekarang. Ramai tak pakai tudung sempurna. Yang tua pun serupa - jenis selendang tayang remos. Rasa macam sama dengan sekumpulan puteri dan wanita di negara ini, kumpulan yang bertudung merah tu.

Iran Election 2009 - Golongan DewasaVideo rambut juntai-juntai geng puteri Iran comei-comei pulak, boleh klik tengok video kempen Mousavi semalam di SINI. Mungkin ianya senario biasa di bandar-bandar. Tetapi yang kelakarnya, tutup bawah muka - nganga terpelahang bahagian atas..? Kih kih kih. Tapi orang Iran memang lawa.. bila main tutup sekerat-sekerat macam ni.

Ada rupa macam Puteri UMNO Iran?

Iran Election 2009 - MuslimahYang ni pulak? adakah Muslimat PAS Iran?

Kih kih kih. Ok, stop bab pompuan. Berbalik pada klip video pada link di atas tadi. Klip itu dari The Guardian UK - tentunya ada usaha promote nilai kebaratan demi 'kebebasan' rakyat Iran, kononnya. Aku rasa USA ada mendalangi juga usaha-usaha bagi menjatuhkan Ahmadinejad kali ni. Memang kempen gila-gila agar semua pengundi turun bagi Ahmadinejad kalah.

Rasanya tengah malam ni dapat kot keputusan penuh. Apa-apa pun, semoga Iran akan dapat dipimpin pemimpin yang berteraskan Islam sebenar. Semoga Malaysia juga begitu.
Selanjutnya »