Nik Aziz vs Harussani - Hujjah Siapa Yang Termantop?

Semalam, Mufti Perak Datuk Harussani meluahkan rasa dukacitanya pada PAS. Lepas tu hari ni- Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, TG Nik Aziz pula meluahkan rasa geramnya terhadap kenyataan Tuan 'Ulamak (TU) Harussani.

Hujjah Harussani menurut Utusan Malaysia Online:

Contohi parti Cina

PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.

‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Hujjah Nik Aziz pula, menurut Harakah Online:
Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam - Nik Aziz

M Faqih Thu | Jun 25, 09 | 5:42:54 pm MYT

KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.

"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.

"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.

Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.

"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.

"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.

Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.

Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.

"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.

"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.

Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.

Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.

"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.

Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.

"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.

Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain. - mj_

Okay, andaikata kita semua jadi hakim.. Setelah melihat hujjah masing-masing dua tokoh di atas.. apa pandangan kita agaknya.. ?

  • Adakah kedua-duanya betul?
  • Atau memang kedua-duanya salah?
  • Atau seperti biasa.. memang satu betul, satu lagi confirm salah!

4 comments:

  • soklan untuk anda mufti perak..... adakah ahli ahli umno 100% muslim????????? TOLONG jawap,,,,

  • soklan ke2..kalo betoi molek utk perpaduan melayu/islam..knapa sejak dulu mufti x cadangkn hal ni..bila BN kalah byk p/raya dah tergugat skrg..mufti tergedik2,nmpak sngat sokong umno parti rasuah/zalim. 50thn lebih umno jd kerajaan malaysia...apa jasa pd melayu terutama dlm menegakkn islam? Mufti plak brapa lama dah jd mufti? Dah tau byk org melayu murtad knapa cakap je...buat la yg patut.

  • salam tuan rumah,
    Selalu kalau ulama bertentang pendapat mesti ada mana2 mamat back-up. Harusani ni tak ada sapa2 nak back-up ke? he he! Idea yang selalu di lontarkan ialah ulama gitu gini gitu gini siap keluar hadis lagi! Soalannya, selama hari ni back-up gila2 depa tu kerana apa!? he he!
    Tu yang buat aku selalu termenung memikior.

  • Terlebih dahulu sya mintak maaf kat Mufti Perlis, walau pun beliau mempunyai ilmu agama yang tinggi, tetapi beliau jauh dari hidayah Allah. Beberapa hari ni, saya tengok dalam surat khabar, mcm-mcm beliau buat kenyataan mcm dia tu ahli politik. Cakap kat tok guru Nik Aziz bermacam-macam. Saya syorkan pada mufti Perak ni, lebih baik dia suruh pemimpin dalam kerajaan mendekati islam, dan hayati islam betul-betul. Betul katan Tuan Guru Nik Aziz, baik mufti Perak dakwah UMNO ubah dasar Kebangsaan yang ada sekarang kepada dasar islam. Dakwah orang umno tu dulu, biar semua isteri pemimpin umno pakai tudung. Tak payah nak ajar pas. Mengapakah mufti perak begitu jauh dengan allah, saya harap mufti perak bangun lah malam2 buat sembahyang tahjud, semoga mendapat hidayah dari Allah. Wallahua'lam

Post a Comment