Nizar vs Zambry - Keputusan Mahkamah Persekutuan Sudah Bocor?

Krisis Perak masih belum berakhir. Pusingan awal, dimenangi Nizar di Mahkamah Tinggi - mengesahkannya sebagai MB Perak. Suku akhir, dimenangi oleh Zambry di Mahkamah Rayuan - menangguh Nizar sebagai MB . Kemudian Zambry menang lagi di separuh akhir di Mahkamah Rayuan dengan 3 orang hakim. Selepas ini akan masuk pertandingan akhir - Mahkamah Persekutuan.

Aku sepertimana orang-orang lain berasa Nizar bakal dikalahkan lagi, untuk kesekian kalinya. Ada beberapa sebab aku menyatakan begitu.

1. Hakim Mahkamah Persekutuan - 5 orang sahaja.. ?

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan 11 orang hakim untuk menghakimi kes rayuannya. 5 orang hakim saja yang akan mendengarkan kes itu kelak. Mengapa? tiada alasan diberikan.

Sebagai mahkamah tertinggi di Malaysia, yang tiada lagi proses rayuan lagi selepas itu - hakim seramai 5 orang adalah tidak rasional bagi kes sebesar ini. Adakah ianya susah? atau Ketua Hakim Negara menganggapnya isu remeh? Komplot kehakiman terburuk di Malaysia.

2. Sabotaj Penghakiman Bertulis oleh Hakim Mahkamah Rayuan

Dijanjikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan untuk memberi laporan bertulis dalam tempoh seminggu selepas keputusan lisan dibuat. Apa yang berlaku ialah ianya dikeluarkan setelah lebih sebulan. Sedangkan, peguam Nizar memerlukan 'sebab-sebab Nizar kalah' dari laporan penghakiman tersebut untuk menimbulkan persoalan dalam rayuannya ke Mahkamah Persekutuan.

Paling teruk, Nizar perlu buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan dalam tempoh sebulan dengan asas persoalan keputusan hakim mahkamah rayuan. Jadi, bila laporan bertulis oleh hakim mahkamah rayuan selepas sebulan, aku tercium bau telur kemuruk yang cukup busuk.

Susah sangatkah buat laporan bertulis itu? Hakim Mahkamah Tinggi dahulu dapat keluarkan laporan penghakimannya 76 mukasurat dengan pantas dalam beberapa hari sahaja. Hakim Mahkamah Rayuan lembap.. 3 orang pulak tu.. kenapa? Ada udang di sebalik batu?

Semasa peringkat suku akhir dulu, lagi karut. Seorang hakim Mahkamah Rayuan siri pertama - Si Ramly Ali bagi keputusannya dalam 5 minit saja. Sampai sekarang, haram tak dak penghakiman bertulis. Si Ramly tu baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah. Cukup junior untuk mengadili kes yang besar, berseorangan. Tapi tak kisahlah, sebab memang nak bagi Zambry menang, kan? Tapi Si Ramly ni dia baca tak Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa “sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman”.

3. Ketua Hakim Negara Yang Tidak Boleh Dipercayai

Seorang 'bekas' pejuang totok UMNO. Seorang peguam pertama dilantik terus loncat ke jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan. Kemudian diloncatkan lagi jadi Ketua Hakim Negara, dengan meninggalkan betapa ramai Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan ketika itu. Siapa pilih? Pak Lah.


4. Asas Penghakiman Bertulis Yang Lemah

Hanya 49 mukasurat? Dua saja laporan dikeluarkan Jumaat lepas? si Md Raus Sharif dan Ahmad Maarop.. Seorang hakim lagi, Zainun Ali - kononnya Isnin ni baru boleh keluarkan.. alasannya: "computer glitch" ?. Mangkuk. Kelemahan-kelemahan yang berbentuk komplot sabotaj.


Kesimpulan:

Kehakiman sudah lingkup, selingkup legislatif dan eksekutif di Malaysia. Itulah apabila politik menguasai ketiga-tiganya. Bukan 1Malaysia, tetapi LingkupMalaysia.

Adakah selepas keputusan Mahkamah Persekutuan 'yang sudah boleh dibaca' kelak, krisis Perak akan berakhir? Kih kih kih. Malam sikit. Kita tunggu penghakiman rakyat dalam PRU13 2-3 tahun akan datang. Bukan Nizar vs Zambry lagi.. tetapi Piala Malaysia, Piala Perak.

Rakyat tidak akan perlu beri penghakiman lisan atau bertulis berpuluh mukasurat. Mereka cuma 'memangkah'. . siapa mereka pangkah, nanti kita lihat!

8 comments:

  • Salam...
    Jangan Risau.. Keputusan Penghakiman nanti ada yang sokong kata betui.. macam keputsan mahkamah rayuan yang lalu... salah sorangnya Tuk Mufti Harus sana harus sini...

  • fitnah... bila kalah semua nya tak betul...cuba nizar menang... mesti mahkamah la tmpt yg paling adil... ala rakyat dah bosan ngan helah lapuk bloggers pakatan... bosan sesangat dah... siapa nizar nak minta sampai 11 hakim???? apa ingat hakim xda keja lain ke??? beribu lagi kes nak diselesaikan. lebih penting lg pun ada. pakai otak la skit. kalau ketua hakim tu TOTOK umno dah lama nizar kalah tau. ni dak nizar badigol menang gak. satu lg aku nak cakap...

    LEBIH BAIK JADI BONEKA UMNO DARI JADI BARUA DAP!!!

  • PAS menjual agama!!! jawab la kat kubur nanti... moga ALLAH kurangkan hukuman korg... betul kata kat atas lebih baik jadi boeka UMNO dari jadi barua DAP!!!!!!!!

  • kehakiman lingkup itu undang2 manusia... tapi kalau hukum ALLAH DIrosakKAN itu namanya bencana... UMNO rosakkan intitusi undang2,,, tapi PAS rosakkan agama ALLAH!!! ALLAHUAKBAR!!!!!

    MANA LAGI TERUK?????

  • tgk la sapa menang kat manek urai sudah..
    pastu phm2 sendri keputusan kat manek urai..
    berani wat la pilihan raya kain...

  • Bukan fitnah kerana kalah tetapi penghakiman yang tak masuk akai.Apa gunanya undang2 digubal oleh parlimen kalau tak diikuti.
    Kalau Awak nak jadi boneka UMNO pun sapa nak larang itu hak awak....Bodoh tidak boleh diajar pandai tak boleh diikut.

  • Yg peliknya, komen yg xmembina suma dr Anonymous. Ape, xda brani nk guna identity sendri ke? Takut kerana salah, berani kerana benar.

  • Anonymous tak dk 'telur' punya orang, tapi klu pompuan nak kata apa ntah...hehe

Post a Comment