Signal - Junamkan Semula Pasaran Saham Najib!

Aku dah lama bubuh link dengan seorang penulis UMNO hardcore - WengerKhairy kat bawah sana. Pasai apa? Pasai dia rajin buat analisis, dari sudut ekonomi. Apa yang baik, aku angkut - apa yang buruk aku tinggai buang. Kih kih kih.

Dalam artikelnya baru-baru ini - "The Najib Stock Exchange", dia senaraikan 16 item perkara besar yang berlaku di Malaysia dalam tempoh 65 hari sebelum artikel itu ditulis.
1. 1Malaysia was officially launched
2. Hindraf 5 was released.
3. Dr Mahathir rejoined UMNO and campaigned for UMNO in Bukit Gantang.
4. Opposition won in the 2 Bukits.
5. There was a spat between TSMY and Utusan Melayu with the Chinese press.
6. Key sectors in the economy is "liberalised"
7. The Perak Assembly descended into chaos.
8. Hindraf boss was released.
9. Ipoh High Court says Nizar is the rightfull MB
10. Court of Appeal overturns verdict, Zambry remains as MB.
11. Govt releases 1st quarter GDP which shows economy in deep recession. Growth slashed to -5%
12. Port Klang FTZ scandals hits the front news.
13. Violent crime is up, with Ah Long in the spotlight.
14. Roof of Stadium Mizan collapses.
15. PPP vs PPP fight becomes public.
16. Nasharuddin becomes PAS Deputy President. Unity talks with UMNO back into the spotlight.
Menurut penulis itu, dia bubuh warna biru untuk berita baik dan warna merah untuk berita buruk (dari perspektif BN). Katanya lagi, samada ianya baik atau buruk boleh menimbulkan kesan jangka pendek. Secara am, 1 item berita utama akan mempengaruhi pasaran setiap 4 hari. Maklumat dari berita itu pula amat signifikan pengaruhnya sehingga ke 60-90 hari (2-3 bulan) akan datang.

Apa kesan faktor berita-berita tersebut kepada Najib Stock Exchange? Macam ni..

Ok, sekarang lihat bagaimana pasaran saham itu berlaku. Pasaran saham sentiasa dipacu oleh maklumat terbaru. Maklumat yang bagus tentunya menaikkan harga saham, manakala maklumat buruk pula menjatuhkan harga saham.

Maka apa hasilnya pada Pasaran Saham Najib ?

Baiklah. Sekarang aku tak mau sambung komen si penulis itu selepas itu, komen dia untuk kepentingan dan keuntungan BN Kartun. Jadi, aku sendiri yang nak ulas. Walaupun artikel dia sekadar spekulasi dan macam kartun, tetapi ianya bermakna untuk dikaji untuk kepentingan PAS dan PR.

Pada aku, inilah kesan hebat bagi BN apabila Faktor ke-16 iaitu 'Kemenangan Tuan 'Ulamak (TU) Nasha memberi impak untuk 2-3 bulan akan datang. BN terus mengeksploitasi media arus perdana untuk mengelabui rakyat 'yang kurang maklumat' dengan menyokong Unity Government (UG) yang diwarwarkan oleh TU Hadi. Jadi fokus oleh PAS pula demi pakatan bersama dengan PR, harus menghentikan perbalahan isu ini. Jangan lupa, pilihanraya Manek Urai bukan lama lagi - sebulan saja lagi.

Cuba tengok graf harga saham Najib kat atas tu. Sejak faktor ke-16 itu muncul, pasaran saham Najib yang terjunam telah bangkit semula - mencodak. Bukan hari ini sahaja, malah untuk 2-3 bulan akan datang.

Apa Peranan Kita?

Junamkan kembali pasaran saham Najib sejatuh-jatuhnya. Hal UG, biar pemimpin atasan PAS perbaiki keadaan secara proaktif. Bukan mertun katuk, baru paku nak masuk. Langkah terawal, sebaiknya, masukkan Husam & Mat Sabu ke dalam Dewan Harian PAS Pusat. Beberapa berita buruk untuk pasaran saham Najib mesti dikeluarkan segera. Biar BN sakit kepala semula. Hal penjelasan UG, kemudian sikit tak pa. Pemimpin PR pula kena berhenti bertingkah.

Manakala bloggers kekalkan sentimen menjatuhkan kredibiliti BN - seperti biasa. Jangan la tembak kawan dan ketua sendiri dalam perang. A good strategy usually winning the war. Naikkan semula saham PAS dan PR untuk dibeli semua rakyat Malaysia. Pada masa yang sama - terus menyerang tiap inci kelemahan UMNO dan BN.

Kita lingkupkan saham Najib BN biar tinggal beberapa kupang saja. Murah tetapi orang tak mau beli.. takut kaunter kena gantung atau muflis. Kih kih kih.

2 comments:

Post a Comment