Hadi vs Karpal - Bila Hangpa Nak Berbaik ?

Sejak dulu aku heran. Pasai apa kedua-dua ni susah sangat nak elok. Sorang tu Tuan 'Ulamak Islam , sorang lagi Tok Benggali Sikh. Kalau pasal tauhid aqidah, memang la patut. Tapi kalau dalam persefahaman pakatan politik, agak karut.
Karpal Gesa PAS Nilai Semula Kedudukannya Dalam Pakatan Pembangkang

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh hari ini meminta PAS menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan Umno.

Menyatakan kesabaran parti itu ada hadnya, Karpal berkata PAS tidak sepatutnya meneruskan agendanya itu yang akan menjejaskan lagi pakatan pembangkang.

Hasrat PAS untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan Umno merupakan penentangan serius terhadap keikhlasan yang diharapkan daripada PAS sebagai komponen pakatan pembangkang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Karpal berkata PAS sepatutnya sedar bahawa ia bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang kerana ia hanya mempunyai 24 kerusi di Parlimen berbanding dengan 28 kerusi yang dipegang DAP dan 31 kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya PAS sepatutnya tidak bersikap keterlaluan dengan membuat kenyataan , terutamanya melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan Umno.

Karpal turut menafikan kenyataan Abdul Hadi bahawa DAP bersetuju dengan cadangan mengadakan perbincangan perpaduan dengan Umno seperti yang dinyatakan secara terbuka oleh Abdul Hadi.

"Hadi memilih untuk mengelirukan bukan sahaja anggota dan pemimpin PAS tetapi juga rakyat. Secara terbuka mengaku telah menipu rakyat tidak akan memberikan kelebihan kepada Hadi," katanya.

Mengenai kritikan PAS terhadap Sisters-In-Islam (SIS), Karpal berkata tindakan itu tidak akan menjadikan PAS lebih disayangi oleh mereka yang menyokongnya dalam pilihan raya umum Mac lepas dan begitu juga dengan desakan PAS supaya wartawan wanita yang membuat liputan Muktamar ke-55 parti itu baru-baru ini berpakaian "sopan".

Bagaimanapun, pendirian pemimpin PAS bahawa Malaysia akan dijadikan sebagai negara Islam sekiranya parti itu berkuasa, merupakan sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang secara spesifik menetapkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dengan agama Islam sebagai agama rasmi, kata Karpal.

(Sumber: Bernama)
Walaupun, aku geram jugak kat Karpal, tapi ada fakta-fakta dia yang boleh aku terima pakai. PAS nombor 3 ranking pemegang kerusi parlimen dalam PR. Kalau sedar hakikat itu, PAS sepatutnya berusaha mengukuhkan parti dengan memenangi lebih banyak kerusi lepas ni. Nak memenangi kerusi adalah dengan menambahkan jumlah pengundi PAS. Ingat - pengundi itu bukan semestinya ahli PAS, tetapi penyokong PAS. Kuatkan PAS, banyakkan kerusi dimenangi PAS dulu - barulah kukuh.

Untuk memenangi hati rakyat adalah dengan dasar visi dan misi yang jelas dan boleh dicapai (attainable), serta boleh diterima (acceptable). Bukan cakap sesuatu yang kabur sebagai dasar, malah mengundang sakit hati dan kepala orang yang mendengarnya. Pi la jenguk kedai kopi, apa orang cerita.

PRU 10 (1999)
Berbalik pada Hadi vs Karpal, cerita berbalah dah kerap dengar. Masa PRU 1999 - diruntun isu Anuar Ibrahim - Pembangkang menang banyak juga. Kelantan - menang lagi kepimpinan TG Nik Aziz tetap antara faktor dominan. Masa tu jagak PAS dapat Terengganu. Kali pertama. Ingat - bukan pasai PAS kuat, tetapi faktor Anuar. Orang BN pun pakat pangkah pembangkang masa tu - boleh kata 'nation-wide'. Di samping itu, sebab Pembangkang solid - 1 lawan 1 dengan BN. Ini dapat elak pecah undi.

PRU 11 (2004)
Sehari sebelum penamaan calon dalam PRU 2004, mula dah bergaduh. Isu Kerajaan Islam. Hadi kata Karpal & LIm Kit Siang 'dinosour' & 'ubat luput tarikh'; hah, elok.... mulut capui. Hadi bungkus di kedua-dua kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang di Terengganu pada pilihan raya umum ke-11. Sedangkan Karpal dan Kit Siang masing-masing menang selesa di Parlimen Bukit Gelugor dan Ipoh Timur. Walaupun naiknya PakLah 'MR CLEAN' sebagai PM dikatakan faktor utama BN menang besar waktu itu, tetapi cukuplah untuk TU Hadi sedar PAS di Terengganu tidak sekuat mana, walau di kawasannya sendiri.

PRU 12 (2008)
Hrm.. mungkin ada hikmah sebelum itu. TU Hadi timbang balik dan akhirnya penyatuan dalam PR adalah solid untuk PRU12 - 2008 lalu. Di samping faktor PakLah yang dikatakan 'flip-flop' dan kroni 'rasuah', hasil solidarity PR amat mengkagumkan. Hasilnya, 5 negeri dapat pada PR. paling menarik BN kali pertama cuma dapat simple majority di Parlimen. Dalam Muktamar PAS, dipersetujui PAS akan terus menyokong PR. TU Hadi dapat balik kerusi-kerusinya, tetapi Terengganu lebuh. Pelik..

Next PRU ?
Harap oklah lepas tu. Tup..tup.. Selepas muktamar PAS baru-baru ni, mula dah balik... Pasal Kerajaan Perpaduan(UG). Woit, hangpa nak berpolitik secara matang ka tak matang? Nak bagi lingkup balik dalam PRU 13?

Yang heran tu, pasai apa pemula cucuh api selalunya TU Hadi? Isk..

2 comments:

  • salam. ada rasional pandangan itu. bagi saya, bukan Hj. Hadi yang nak cucuh api mulanya, tapi dia kena cucuk. lepas tu baru dia cucuh. tapi silap, dia tercucuh dalam tangki petrol rezab satu malaysia. bomba pun tak larat padam.

  • salam peninjau,
    allahu a'lam. nak main api depan laman, kalau mak pak larang tok sahlah. yang susah kalu dalam dok larang, pi gatai main. tebakaq serambi, cabut lari. memang nak kena tongkoi kayu api.

Post a Comment