Mustafa Nak Perjelas Isu Royalti Minyak - Kalau Sempena PRK Manek Urai, Tak Payah La...

Terbaru dari Bernama 18:58PM, kononnya Mustapa Mohamed nak perjelas isu royalti minyak Kelantan. Bagi aku, kalau setakat nak cover isu sempena PRK DUN Manek Urai - tak payah la.. Buat bagi rakyat sakit hati saja.

Foto Mustapa Mohamed - MP Jeli
KUALA KRAI, 21 Jun (Bernama) -- Kerajaan pusat akan memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti hasil pengeluaran petroleum yang sering dibangkitkan oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Datuk Mustapa Mohamed berkata beliau akan mendapatkan laporan lengkap berhubung isu berkenaan terlebih dahulu bagi membolehkan penjelasan terperinci dibuat kepada rakyat agar isu itu tidak terus dikelirukan.

"Kami hendak buat persediaan terlebih dahulu bagi membolehkan penjelasan dapat diberi kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan Umno dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa yang mendakwa kerajaan pusat belum menjelaskan tunggakan royalti petroleum RM1 bilion. Husam mendakwa tunggakan itu sepatutnya dijelaskan oleh kerajaan pusat bagi membolehkan wang itu disalurkan kepada rakyat negeri ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata ia bukan kali pertama PAS mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, malah pada pilihan raya lepas isu yang sama turut dibangkitkan.
Pasai apa rakyat tak sakit hati? Pertama.. bila Mustapa mengakui persoalan itu sudah sering ditimbulkan oleh kerajaan negeri Kelantan, itu sudah cukup menjelaskan. BN tak pernah berusaha mengatasi masalah, tetapi sentiasa menambah masalah. Seperti orang yang berhutang yang sengaja tak mau bayar, walau secara ansuran. Itu satu.. Keduanya pulak.. bila Mustapa baru nak dapatkan laporan terperinci, aku dah faham.. itu jawapan yang paling senang dibuat dan tipikal bagi mana-mana tokoh BN Kartun.

Selama hari, BN kartun Kelantan sememangnya tak pernah buat kajian ka? BN kartun tak pernah jelaskan pada rakyat ka? Peruntukan 2009 RM1 Juta setiap parlimen dari Kerajaan Pusat, ianya masih tak mencukupi.. Tunggakan royalti RM 1 Bilion itu adalah tunggakan yang amat lama, dan ianya adalah hak rakyat Kelantan. Paling zalim bagi pemerintah adalah memilih-milih negeri atau rakyat untuk disalurkan bantuan. Kalaulah ada anak yatim, fakir miskin di Kelantan berdoa pada Allah atas kezaliman itu, aku tak tau la... apa nasib BN lepas ni. Aku dengar, doa sebegitu adalah tidak terhijab. Wallahu A'lam.

2 comments:

  • pencari rotan said...

    salam tuan blog. mmg takut kalau orang teraniaya berdoa.. direct terus dgn Allah. tak tahulah kalau UBN tak mendengar hadith berkenaan. na'udzubillah.

  • salam pencari rotan. betul tu. kalau ditimbang dari segi adil dan saksama - jelas BN berat sebelah. macam isu di Terengganu. masa PAS pegang, royalti ditarik. masa BN Idris Jusoh - bagi pulak.. sampai jadi isu 'over-developed'.

    terhadap anak-anak kita, kita kena berlaku adil. walau ianya pandai atau kurang cerdik, kuat atau lembik, laki atau pompuan, lawa atau huduh. atau BN Kartun memang tak pernah paham konsep akauntabiliti dan amanah..?

Post a Comment