Kini pihak PDRM semakin sibuk di bahagian kaunter. Jika sebelum ini, kebanyakan laporan polis banyak isu jenayah dan kemalangan jalan raya. Sejak 2 tahun kebelakangan ini, sudah bermula laporan polis berkaitan media elektronik berasaskan internet.
Sebarang tulisan berunsur fitnah atau mengancam nama baik seseorang boleh menyebabkan laporan polis dibuat. Biasanya disusuli pula dengan memfailkan saman serta tuntutan gantirugi malu dan sebagainya.
Malaysiakini adalah salah satu laman web isu politik yang popular di Malaysia dan dunia, dengan multi bahasa: BM, BI, Tamil dan Mandarin. Ia sering memaparkan berita terbaru wartawannya, serta artikel popular dari blog lain yang sentiasa dikemaskini. Laman ini neutral di mana artikel yang dipautsiarkan adalah dari pro-kerajaan, pro-pembangkang atau pemerhati atas pagar.
Kelakarnya, Presiden Gabungan Melayu Perak (GMP) buat laporan polis di Ipoh ke atas Malaysiakini atas satu artikel bahasa Inggeris menghina Sultan Perak dan Raja Muda, kononnya.
Rupa-rupanya artikel itu dari sumber Bernama dan disiar dalam Bahasa Melayu. Salah tarikh pula tu. Bila dihubungi Malaysiakini, rupanya si Presiden itu hanya dengar dari kakitangan (hearsay) dan terus buat laporan polis. Kemangkukan Presiden itu ditokok lagi bila dia menyangka Malaysiakini adalah sama seperti Malaysia Today dan blog2 lain.
Macam ini orang pun ada. Datuk pulak tu. Parti mana tu?
Berikut adalah laporan di Malaysiakini hari ini.
Nasib baik la si Datuk Presiden itu wakil satu badan yang tak ternama dan tidak dikenali. Kalau la dia Perdana Menteri, kisah tahap buta IT dan buta kayunya akan masyhur seluruh dunia sebagai bahan lawak jenaka. Percaya sungguh dengan apa saja kata orang bawah? Bodo.

Tuduhan palsu terhadap Malaysiakini
Apr 23, 09 - 1:11pm
Badan yang menamakan dirinya Gagasan Melayu Perak (GMP) telah membuat laporan polis terhadap Malaysiakini berhubung satu artikel yang tidak pernah disiarkan oleh laman web tersebut.
Dalam laporan polis itu, Presiden GMP, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail mendakwa Malaysiakini telah menyiarkan satu artikel yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Artikel tersebut, yang bertajuk ‘Raja Nazrin defends monarchy against ridicule', yang didakwa disiarkan oleh Malaysiakini pada hari Selasa.
Apabila diperiksa, tidak ada artikel seumpama itu yang disiarkan oleh lamanweb berkenaan. Bahagian bahasa Melayu bagaimanapun menyiarkan berita tersebut dari Bernama, tetapi ianya disiarkan pada 19 April.
Mohd Hilmi (kanan) dan badan pimpinannya itu membuat laporan tersebut di balai polis Sungai Senam dekat Ipoh pada jam 5 petang semalam.
Menurut laporan Bernama, Mohd Hilmi memberitahu pemberita bahawa laporan polis dibuat kerana GMP menganggap berita yang disiarkan oleh lamanweb itu bersifat kurang ajar dan biadap terhadap institusi beraja di negeri itu.
Beliau juga dilaporkan berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan mengambil tindakan terhadap lamanweb itu kerana menyalahgunakan teknologi maklumat sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesannya terhadap keselamatan negara.
'Diberitahu oleh kakitangan'
Malaysiakini menghubungi GMP pagi ini untuk mendapatkan penjelasan berhubung laporan polis tersebut dan Mohd Hilmi memberitahu yang beliau tidak tahu yang Malaysiakini tidak menyiarkan artikel dalam bahasa Inggeris itu.
Menurutnya, beliau tidak tahu tentang artikel itu dan dimaklumkan mengenainya oleh kakitangannya, sebelum membuat laporan polis tersebut.
Bila tanya sama ada beliau sedar bahawa laporan polis yang dibuatnya itu boleh mencemarkan reputasi Malaysiakini, Mohd Hilmi "Bukankah Malaysiakini sama dengan Malaysia Today dan blog-blog lain?".
Malaysiakini telah meminta Mohd Hilmi memohon maaf secara terbuka kerana membuat tuduhan palsu itu. Malaysiakini juga sedang menimbang kemungkinan mengambil tindakan terhadap Mohd Hilmi dan GMP.
GMP mohon maaf pada Malaysiakini
Kira-kira empat jam selepas menghubungi Mohd Hilmi, penasihat undang-undang GMP, Nor Ali Nordin menghubungi Malaysiakini untuk memohon di atas kesilapan tersebut.
Katanya, Mohd Hilmi telah bercakap dengannya dan mereka ingin memohon maaf kepada Malaysiakini di atas kesilapan menamakan lamanweb tersebut dalam laporan polis semalam.
Nor Ali juga berkata, beliau dan anggota GMP yang lain akan ke balai polis Sungai Senam jam 3 petang ini untuk memperbetulkan laporan polis semalam. Katanya, mereka akan mengeluarkan nama Malaysiakini dari laporan tersebut dan menggantikannya dengan lamanweb yang menyiarkan laporan berkenaan.
Beliau berkata berkata, GMP telah memaklumkan kepada akhbar-akhbar harian tempatan mengenai kesilapan tersebut.
Nor Ali berkata, akhbar-akhbar berkenaan telah memberi jaminan akan menyiarkan pembetulannya. Bernama dan Utusan Malaysia (atas), adalah antara media yang menyiarkan berita mengenai laporan polis yang dibuat terhadap Malaysiakini itu.
Nasib baik la si Datuk Presiden itu wakil satu badan yang tak ternama dan tidak dikenali. Kalau la dia Perdana Menteri, kisah tahap buta IT dan buta kayunya akan masyhur seluruh dunia sebagai bahan lawak jenaka. Percaya sungguh dengan apa saja kata orang bawah? Bodo.
0 comments:
Post a Comment