RM1 Juta Setiap Parlimen 2009 - Hutang Royalti Minyak 1 Bilion Guano?

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengesahkan di Parlimen peruntukan RM 1 Juta untuk semua 222 kawasan parlimen bagi tahun 2009, termasuk kawasan pembangkang.

Memanglah kena buat macam tu. Kalau jadi kerajaan pusat, mestilah adil. Baru betul.

Tapi macamana dengan royalti minyak? Masa Terengganu di bawah PAS dulu - hangpa tarik balik. Masa Terengganu diambil semula oleh UMNO Idris Jusoh, hangpa bagi balik. Woit, berapa bilion tu yang sampai pada rakyat? Lingkup kena projek dek bebudak tingkat 4 hangpa masa tu. Kontraktor & UMNO kaya. Rakyat miskin. Nak masuk Masjid Kristal, pun kena beli tiket masuk? Kepala hotak hangpa.

Kali ni TG Nik Aziz pula nak tuntut tunggakan royalti minyak RM1 Bilion. Tengok macamana Najib nak jawab. Kalau terasa berhutang tu, elok la bayar. Jangan risau, TG Nik Aziz tak main bonser punya. MB Pahang si Adnan Yaakob pulak jangan buat-buat lupa hutang RM63 juta hari tu. Jangan la asyik minta mahkamah tangguh saja. Itu perangai orang nak lari dari hutang.

Nak jadi PM atau MB, mestilah adil. Kalau rasa tak adil, baik letak jawatan. Baru betul.

2 comments:

  • puak-puak tu jenis tak tau malu punya. perabis duit rakyat untuk kepentingan diri. kenapa bila orang sebut saja umno, aku rasa getik hah?

  • salam predator, geng yang korup ni rasa depa tak dak Tuhan kot. depa harap lepas mati nanti, depa boleh bawa duit sekali kot. paling teruk kalau depa ni kata depa tu islam. hrmph.

Post a Comment