Manek Urai : Calon BN - Tuan Aziz Tuan Mat, Pengurus Kesedar

TERKINI laporan Bernama-16:40pm : Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Manik Urai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini.

Amboii.. mudanya dia.. sebaya KJ (semi-PM Malaysia), sebaya Omar Mustapha Ong (semi-Pengarah Petronas). Memudakan UMNO, idak gitu? Kih kih. Tuan Aziz ni kelulusan dia Sarjana Muda Pengurusan dari UTM, grad 1994. Takat tu sajalah. Muda sungguh jadi Pengurus (bahagian pemantauan projek) Kesedar, muda sungguh jadi calon ADUN. Bagus le tu.. Kih kih.

Dalam pada itu, jelaslah dua orang calon BN Kartun Manek Urai yang lebih senior - Naib Ketua Umno bahagian Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan sudah tertolak. Kak Ani Calon Wanita Kuala Krai juga turut berputih mata. Kih kih. Politik UMNO memang Kartun.

Sebelum ini, Tuan Aziz dimaklumkan berkata beliau "tidak tahu" siapa yang akan dipilih menjadi calon BN untuk DUN Manek Urai. Katanya, jika boleh, beliau tidak mahu dipilih sebagai calon kerana ramai lagi pemimpin lebih kanan yang sesuai untuk bertanding di situ. Kih kih.. merendah diri tu memang bagus kan? Tuan Aziz bukan anak tempatan Manek Urai. Kih kih.

Berdasarkan sumber dalaman - Tuan Aziz Tuan Mat ialah Ketua Pemuda Bahagian. Masalahnya Tuan Aziz adalah seorang pemimpin muda yang kurang dikenali dan kurang disenangi oleh penduduk Manek Urai. Ramai yang beranggapan sebelum ini bahawa jika Tuan Aziz dipilih, BN akan kecundang sebelum masuk gelanggang kerana ketokohan calon PAS, Hj. Mohd Fauzi Abdullah, 50, sukar ditandingi oleh Tuan Aziz.

Paling menarik, sebelum ini juga Kem Lobi UMNO telah pun berpecah dua. - antara Ketua Umno Bahagian, Ramzi Abdul Rahman dan satu lagi, Bekas Ketua Bahagian Wan Zaid. Nahhh.. akhirnya dua-dua terlopong. Kih kih. Tak tahulah yang mana dalam kem tersebut akan sokong Tuan Aziz. Aku takut kalau kedua-duanya pun tak sokong calon pilihan Mustapha & Muhyiddin Yassin ni. Muahahaa.. kesian Tuan Aziz.

Akhir kata, "Selamat datang" Tn. Hj. Mohd Fauzi. "Bai bai" Tuan Aziz. Wassalam.

5 comments:

  • bai bai tuan aziz. see you next election.

  • salam. menarik ulasan tuan rumah. walaupun penuh sinis, tetapi berfakta. syabas.

  • dah agak... komen berat sebelah... aku nak bgtau ko satu perkara... aku yakin kalau letakkan SAHABAT NABI pun tapi bertanding atas tiket BN korg akan memperkecilkan dia.... satu sebab ja korg jadi mcm ni...

    KORG RASA KORG SGT ISLAM DAN ORG LAIN SEMUA X ISLAM. MAKA IA BUAT KORG RASA APAPUN YG KORG BUAT 'MAKSUM' DAN TEMPAT KORG KAT SYURGA DAH TERJAMIN... INILAH DINAMAKAN PERASAN BAGUS ATAU DALAM BAHASA RINGKASNYA 'RIAK'... SESUNGGUHNYA ALLAH BENCI ORG RIAK. TERIMA LA NASIB KORG NANTI. AKU JUGAK SOKONG PAS TAPI LEPAS AKU TGK PERANGAI BLOGGERS PR YG MEMAKSUMKAN PEMIMPIN MEREKA MAKA AKU RASA DAH SALAH...

    AKU AKAN PASTIKAN PRU 13 SEKURANG-KURANGNYA 50% ORG MELAYU TEMPAT AKU TAKKAN KUAR NGUNDI... MEMBUANG MASA JE MENGUNDI TOK LEBAI PENIPU NGAN GOLONGAN KAYA PENCEKIK DARAH!!!

    KEMPEN TAK NAK MENGUNDI 2013!!!!

  • PENUH FAKTA??? AKU TAK NAMPAK APA2 FAKTA PUN... YG AKU NAMPAK TABIAT BURUK YG DARI DULU LAGI SINONIM NGAN PAS... 'BERASA HEBAT', 'TULIS IKUT SEDAP HATI'...



    AKU SOKONG KEMPEN TAK NGUDI 2013!!!!
    (BUAT PER SOKONG ORG KAYA NGAN TOK LEBAI PENIPU...)

  • salam the watcher, thanks for coming. ltns.

    salam anon 6:35pm, sekadar dikongsi.

    salam anon 6:36pm & 6:39pm, (the same person, aint it?). aku dah biasa lihat komen sebegini di merata blog pro-PR. tentang hang tak mau ngundi, itu hak hang. ada ka aku tulis siapa lebih islam? siapa pulak tok lebai? awat hang ni terasa lebih sangat? kih kih.

    kalau hang ada mengulas sesuatu isu dan ada blog, bubuh la link ya.. boleh aku ziarah. blog aku ni maaflah, nak jamu.. sekadar apa yang ada sajalah. kalau pedas, ayaq sejuk adaa..

Post a Comment