Media Malaysia - Semasa dan Selepas PRK DUN Penanti

Aku tak dapat ikuti perkembangan PRK Penanti hari Ahad 03-06-2009 tempohari. Setelah tulis entri terakhir Menjelang PRK DUN Penanti - 19 Perkara Terlarang pada 3 pagi dinihari Ahad, aku tidur. Selepas subuh, aku jenguk kejab beberapa laman favourite. Hrm.. rupanya entri itu masuk Hot Topics In Blog di Malaysiakini.com.

Nampaknya ini kali ketiga artikel aku di'trawl' oleh Malaysiakini, yang aku perasan. Selain entri di atas, dua lagi yang kena pukat jerut Malaysiakini ialah DUN Ladang - Keputusan Mahkamah Persekutuan Ikut Yang Mana Satu? dan Kisah Zambry & The Gang Dihalau di Batu 8 Lekir - Manjung Mari. Itu yang aku perasan. Yang aku tak perasan dan terlepas pandang, aku tak tau.

Anyhow, thank you Malaysiakini. Syok jugak, walau syok sendrik.. kah kah kah.

Pukul 7.30 pagi Ahad, aku sekeluarga bertolak dari kawasan perbukitan aku ke kawasan pergunungan sekitar Pengkalan Hulu - ke rumah kak sulung aku - ada urusan kenduri kahwin anak penakan lelaki pada hari Isninnya. Tiba 10 pagi. Tengahari, sibuk. Ikut serta rombongan Makcik Kiah (bukan pi Bukit Kayu Hitam/Padang Besar macam satu puak tu) - konvoi hantar pengantin lelaki (anak penakan aku).. nun sampai Kulim nu. Petang sibuk tolong urusan khemah dan lain-lain persiapan.

Lewat petang dah mula boring. Kat rumah tu tiada streamyx, broadband pula tak berapa jalan. Laptop tak boleh guna. Maka bersembanglah dengan abang sulung aku di situ, "hari ni PRK Penanti ni". Dia kata, "hisy mana ada.. minggu depan!".

Maka aku pun mencari suratkhabar hari tu satu rumah kak aku, jumpak satu (Berita ka Utusan, aku dah lupa). Nak tunjuk bukti kat abang aku. Tengok muka depan tak dak. Muka 2 tak dak. Aduh celaka, aku tersilap ka? Cari-punya cari, naaah kat mukasurat 7 baru jumpa, kolum kecik pulak tuh. tajuknya: "Keputusan PRK penanti selewatnya 8.30 malam ini". Itu saja. Haram jadah punya news.. tapi sekurang-kurangnya ada jugak. Dapat jugak cerita kat adik-beradik yang lain. Kah kah kah.

Malam, tunggu keputusan depan TV. Tengok kat Awani, pasal ada forum kat situ. Seperti diduga, PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558. Mansor Othman (PKR) menang dengan 6,052 undi. Calon-calon bebas - Aminah Abdullah dapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua calon Bebas hilang wang deposit RM5,000.

Awal pagi Isnin, ke pekan Pengkalan Hulu @Keroh, cari sedikit bahan tertinggal untuk kenduri kahwin rumah kak aku hari tu. Cari suratkhabar di situ. Aku beli Berita, abang aku beli Utusan. Suratkhabar alternatif tak jual. Kat Berita, keputusan PRK DUN Penanti di muka surat 3! Haram jadah. Utusan, ok sikit - kat muka depan. Tu yang agaknya Muhyiddin duk geram kat Utusan kebelakangan hari ni. Memasing jaga periuk nasi beb! Kah kah kah.

Yang kelakaunya, Utusan kata - "majoriti diperolehi berkurangan berbanding PRK 12 lalu". Kah kah kah. Memang la kurang, sebab jumlah pengundi hanya 46%.

Berita kata, "antara faktor kemerosotan jumlah pengundi mengundi disebabkan parti utama tidak bertanding". Kah kah kah. Kalau parti utama tu kata dia terer, bertanding la. Kalu pasukan Manchester United kalah dengan alasan tak turunkan Ronaldo/Rooney yang tidak cedera atau tidak digantung perlawanan. Bagus ka alasan tu? Itu alasan bodo. Kah kah kah.

Memang best baca suratkhabar utama Malaysia - semuanya telus. Telus apa? Telus kepala hotak depa! Maklumat diputaq, fakta diupaq. Dua tiga hari ni, ADUN Penanti baru ni macam tiada liputan khas. Macam kena banned. Kah kah kah.

Malam itu, selepas acara buka kotak hadiah, kami adik beradik bersembang.. sampai tahap debat. Kalah Sidang DUN Perak. Kah kah kah. Bukan apa, ada yang pro-BN tapi tak tahu fakta. Nah! Kena tembak bertalu-talu sampai tak buleh bangkit. Kah kah kah. memang betul, sebelum kempen kat orang lain, baik kempen dengan ahli keluarga dan adik beradik. Sebab mereka lebih tahan kena tembakan yang pedas dan berdas-das! hahaaha.

Hari ni, Mansor dah angkat sumpah pagi tadi sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Selamat bertugas. Kerjalah baik-baik, buat sungguh-sungguh. Jangan kerja main-main, jangan gila nak himpun harta. Utamakanlah rakyat dan kesejahteraan mereka. Rajin-rajinlah jenguk rakyat dan cuba penuhi keperluan mereka sedapat mungkin. Banyakkan berunding dengan semua pihak pakatan dalam membuat keputusan. Jika tersalah langkah, patahlah balik ke pangkal jalan. Kalau tidak, bloggers dan pengundi akan tembak berdas-das, dan pedas.

0 comments:

Post a Comment