NASA Nak Bom Bulan ? Gila Apa

Belek BHarian Online hari ni, jumpa artikel ini. Gila babi betul projek NASA made in USA ini. Sudahlah macam-macam kerosakan di muka bumi depa buat, sekarang nak buat onar di luar bumi pulak? Glokal? Aku copy-pastekan artikel itu, kerana BHarian selalunya tak sediakan arkib simpan artikel beritanya. Walaupun aku dah linkkan berita itu, biasanya selepas seminggu akan jadi 'broken link'.

Buat ujian di angkasa lepas bagi hasilkan air, wap

FLORIDA: Saintis di Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) bersedia melancarkan satu misi ke bulan dari Cape Canaveral membawa peluru berpandu untuk dibedil bagi menghasilkan lubang yang dalam, lapor akhbar, semalam.

Letupan itu satu ujian untuk melihat sama ada ia dapat menghasilkan air di atmosfera planet itu. NASA akan meneliti awan di bulan selepas ujian dilakukan bagi melihat sama ada air atau wap terhasil, kata The Telegraph.

Saintis menjangka impak letupan besar itu boleh menghasilkan satu awam besar mengandungi debu, gas dan wap ais bercampur air yang mampu dilihat dari bumi.

Jika ujian itu berjaya, kewujudan air akan membantu rancangan masa depan membina sebuah pangkalan di bulan.

Keadaan di bulan sebahagian besarnya padang pasir tetapi ais dipercayai terperangkap dalam kawah yang tidak pernah terdedah kepada sinaran matahari.

Misi Satelit Pengesan dan Pemerhatian Kawah Bulan (LCROSS) yang tidak membabitkan manusia, akan melancarkan satu roket 'Centaur' ke bulan pada dua kali kelajuan peluru.

Satu lagi pesawat angkasa lepas akan mengorbit bulan selama setahun bagi mencari lokasi sesuai untuk pendaratan angkasawan.

Pesawat Orbit Peninjau Bulan dilaporkan akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setahun bagi menghasilkan peta paling lengkap keadaan permukaan bulan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, satu lurah yang dalam dan kawasan dipercayai bekas pantai dianggap bukti paling jelas air wujud di planet Marikh, kata saintis. � Agensi

Aku berdoa moga Allah gagalkan usaha mereka.

2 comments:

Post a Comment