Isu Nik Aziz Gesa Nasha Keluar PAS - Di Mana Hadi?

Hari ini, laporan Malaysiakini terus memanaskan iklim politik Malaysia. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. [...]

Memang perkataan paling keras dari seorang Mursyidul Am PAS untuk seorang Timbalan Presiden PAS. Bagi aku, kalau TU Nasha seorang yang berhemah dan berhikmah - dia akan berjumpa personal dengan TG Nik Aziz. Adalah baik seorang yang muda bertemu dengan yang lebih tua. Berbicaralah sebagai seorang 'ulamak dengan seorang 'ulamak.

Bincanglah secara berhikmah, ambil satu keputusan dan serahkan pada Allah. Jika nak berhujjah, hujjahlah sebagai orang-orang yang berilmu. Budaya cakap belakang di khalayak amat tak bagus - sehingga segala kebobrokan nampak makin kelam kelibut, makin haru biru. UMNO juga yang untung..

Bukan jauh sangat pun antara Bachok dengan Chempaka di Pengkalan Chepa. Atau mungkin TU Nasha tak suka berada di Kelantan, dan lebih suka ke Rhu Rendang di Marang.

TG Nik Aziz juga pernah tersalah perkiraan berhubung pemilihan Ibrahim Ali (satu-satunya calon Bebas wakil PR) di Pasir MAS. TU Nasha juga tersalah perkiraan bila tidak ikut keputusan Muktamar tahun lalu. Kita semua adalah manusia, tidak sunyi silap dan salah. Berdamailah untuk kebaikan - bukan untuk keburukan.

Masalahnya sekarang, di mana pulak pelopor UG @ Presiden Pas - TU Hj. Hadi la ni?.... harapnya janganlah seperti kanak-kanak bermain cucuh api di depan laman rumah. Bila terbakar serambi, cabut lari.

3 comments:

  • nasa ni elok letak jawatan je laa..

  • Simanja dari ambai luar. said...

    Kenapa perlu ada yang kena letak jawatan. Berpolitik bukan macam main pondok-pondok atau main kahwin-kahwin. Tidak semua orang faham dengan politik ini. Apa yang kepimpinan mainkan tidak semestinya sekadar yang tersurat saja. Masalahnya di sini bila kepimpinan cuba untuk berpolitiking umpamanya kita di sini dah menjerit memekik dan melolong bagai dirasuk polong, sedangkan si naga berkepala tujuh tersenyum sengih menanti kapal karam untuk ditelan sekor-sekor. Jadinya eloklah bagi pendapat yang tidak menekan mereka agar ketempangan dapat di minimumkan dan strategi dapat dilancarlicinkan.

  • salam anon & simanja, ada dua pendapat dalam pas sekarang. satu - sokong barisan kepimpinan sedia ada. dua - mahu orang tertentu dikeluarkan dari parti.

    bagi aku, baca baik-baik (tiada kaitan dengan PAS): Nabi dan sahabat dulu tidak pernah suruh orang yang dikatakan munafik keluar Islam dan jadi kafir. Antara dua, dakwah tetap diteruskan untuk memperbaiki hati dan kelaku mereka, atau terus memerangi kaum itu bila jelas tikam dari belakang.

    ada dua jalan. satu cara hemah - satu lagi cara punah. Wallahu A'lam. mungkin aku juga tersilap. maafkan aku.

Post a Comment