Nizar dalam fail rayuannya minggu lalu, mohon agar Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum itu yang mengisytiharkan DS Zambry Abd Kadir (BN) sebagai MB Perak yang sah.
Peguam Nizar menjelaskan hari ini bahawa mereka berharap mendapat 3 jilid penghakiman bertulis secara berasingan petang ini - setiap satunya dari 3 orang panel hakim kartun yang mendengarkan kes Nizar vs Zambry tempohari.
Pada 22 Mei lepas, Mahkamah Rayuan mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang mengisytiharkan Nizar sebagai MB Perak yang sah. Ketika itu 3 orang panel hakim mangkuk - Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, telah berjanji untuk menyediakan asas keputusan penghakiman mereka dalam tempoh seminggu selepas memberi keputusan penghakiman lisan tempohari - tetapi GAGAL. Pasal itu aku panggil depa bertiga itu hakim mangkuk dan kartun. Janji tak boleh diharap!
Isu penghakiman bertulis tak keluar-keluar sejak sebulan sampai kecoh ini, walau bukan keperluan bagi kes Nizar dibawa ke Mahkamah Persekutuan, adalah penting untuk mengenalpasti kunci sebab utama mengenepikan rayuan Nizar vs Zambry tempohari. Tapi sayang, Nizar terpaksa membuat rayuannya yang dah tiba tarikh akhir Jumaat lalu, dengan mengemukakan persoalan yang terawang-awang; diakibatkan penghakiman bertulis 3 mangkuk itu masih belum keluar. Confirm, kalau tak mereka bertiga itu lembap - ianya adalah sabotaj. Dan petang ini, jika laporan penghakiman bertulis hanya satu jilid dikongsi bersama 3 orang hakim itu, semakin MANGKUK hakim-hakim berkenaan.
Bagi aku, aku dah bosan dengan isu kehakiman di Malaysia. Buat sakit hati sahaja. Namun begitu, aku tetap respect pada hakim-hakim yang adil dan cekap, macam Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim. Dia adil, berfakta juga cekap mengeluarkan penghakiman bertulis 76 mukasurat dalam beberapa hari sahaja. Semoga Allah merahmatinya dan lain-lain hakim yang adil, berakauntabiliti dan berintegriti.
Berkaitan:
1. Nizar vs Zambry - 11 Hakim Mahkamah Persekutuan 9-10 Julai?
2. Nizar vs Zambry - Hakim Lembap atau Sabotaj?
3. Bila Ketua Hakim Negara Berbicara.. Muahahaha!
ntah2 yang tu pun mungkin gani4tahil yang draf!
muahahaaha. kenyataan TheCyberSniper adalah relevan. correct.. correct.