DUN Ladang - Keputusan Mahkamah Persekutuan Ikut Yang Mana Satu?

Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Ladang tetap milik Pas setelah mengetepikan rayuan Barisan Nasional Terengganu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak petisyennya mencabar keputusan pilihan raya umum ke-12.

Dalam penghakimannya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, yang bersidang bersama Hakim Datuk S.Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, mendapati tidak ada perbezaan besar daripada segi undi pos yang dikira memandangkan hanya tiga undi pos yang mungkin disalah kira dan ditolak disebabkan nombor siri yang tidak sama.

"Tiga undi ini tidak mengatasi majoriti 31 undi yang diperoleh responden (Datuk Tengku Hassan Tengku Omar daripada Pas). Oleh itu, keputusan Hakim Pilihan Raya itu dikekalkan," katanya dalam penghakiman yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Surita Budin.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas, Tengku Hassan menewaskan Datuk Wan Hisham Wan Salleh daripada BN dengan kelebihan 31 undi, tetapi BN menerusi ketua cawangan Umno Lorong Kemunting, Mahari Endut, memfailkan satu petisyen agar 127 undi pos yang ditolak pada hari pengundian itu, dikira semula.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak petisyen itu pada 22 Sept lepas kerana pempetisyen gagal membuktikan dakwaannya bahawa kerani Suruhanjaya Pilihan Raya tidak menjalankan tugasnya dengan betul dalam mengendalikan undi pos itu.

(Sumber: Bernama -28/05/2009 - 14:12PM)
Baguslah BN kalah dalam petisyen di mahkamah tertinggi itu., tetapi aku tidak teruja sangat. Aku gusar la pulak, samada keputusan tersebut mengikut prosedur atau mengikut skrip ? Kih kih kih.

  • Ikut prosedur bermakna ianya diadili mengikut lunas perundangan yang sebenar dan seadil-adilnya.
  • Ikut skrip bermakna Kerajaan BN tak mau pilihanraya lagi di Terengganu. Dah tak tahan! Mana boleh tahan, 2-3 bulan sekali asyik pilihanraya. Kah kah kah.

Kaitan Dengan Isu Perak

Kita tengok pula krisis Perak. Adakah keputusan Mahkamah Persekutuan kelak bagi kes Nizar vs Zambry akan 'mengalahkan' BN seperti kes DUN Ladang? Hangpa teka! Bagi aku, skrip sudah ada untuk para hakim Mahkamah Persekutuan. Cuma berbeza sedikit , iaitu Zambry menang dan Nizar kalah. Tujuannya supaya tiada pembubaran DUN Perak, walaupun BN terpaksa tayang muka tak malu untuk 3-4 tahun lagi.

Hakim Mahkamah Tinggi yang aku hormati, Tn. Hj. Abdul Aziz boleh mengeluarkan penghakiman bertulis sebanyak 78 halaman. Dia seorang saja hakim untuk kes itu. Selepas itu, Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan Khas tak buat penghakiman bertulis dalam penghakiman 5 minitnya, tetapi dibenarkan pula dek hakim Mahkamah Rayuan. Memang kartun. Mana pula penghakiman bertulis oleh hakim-hakim Mahkamah Rayuan tempohari? 3 orang pun tak boleh buat? Sememangnya tanpa penghakiman bertulis ini memang untuk melumpuhkan hujah para peguam Nizar di Mahkamah Persekutuan kelak.

1 comments:

Post a Comment