Kenapa Aku Geram Dengan Harakah Online.. Lembap!

Hangpa nak baca artikel ini.. aku nak pesan awal-awal.. sila baca sampai habis. Batasan fokus artikel ini hanya tentang media elektronik politik di Malaysia dalam internet, bukan media cetak yang dijual di kedai-kedai.

Aku tidak tahu jika hanya aku sahaja perasan isu ini. Tetapi mungkin ada yang sependapat dengan aku. Sesuatu yang aku 'hangat' dengan Harakah Online ialah berita pentingnya sering lewat diterbitkan. Bagi aku.. Harakah selalu terkebelakang sedangkan orang lain jauh terkedepan. Kalau dalam lumba lari, siapa yang selalu lambat.. tentu kena tinggal. Dia tentu kalah dalam pertandingan itu.

Dalam artikel aku tentang isu cabaran perdebatan Nik Aziz vs Najib sebelum ini, Bernama keluarkan artikel pada 1.50 petang. Harakah pula 4.37 petang. Ianya isu panas, tentu aku gunakan sumber terawal. Bernama adalah agensi berita nasional - tentunya sumber maklumatnya ditapis dan sahih. Mungkin tulisannya akan pro-BN selaku kerajaan pusat, tetapi isinya tetap ada. Kalau berita bersumberkan media pro-BN seperti Bernama, BHarian atau Utusan - selalunya aku highlight-kan isinya dengan warna merah. Sebab dari situlah aku cungkil isunya.. dari situlah aku mengorak pencak.. dari situlah aku mula menulis.

Aku suka nak rujuk Harakah dahulu. Tetapi bila tiada berita terkini untuk aku menyusun buah langkah, aku akan menerawang mencari media alternatif lain. Ada banyak.. dan mereka amat pantas. Kita ada pelbagai pilihan.. MalaysianInsider, Malaysiakini, mStar, NutGraph, TheEdge dan sebagainya. 30 Jun ni akan tambah lagi Malaysian Mirror... Aku juga suka baca berita luarnegeri macam CNN, TheGuardian, Reuter, Aljazeera. Aku ambil isi dan isunya saja. Aku juga jenguk-jenguk tajuk utama rakan-rakan Fellow Bloggers dalam blog aku.. supaya aku tak terlepas mana-mana isu di Malaysia.

Itulah.. Sebenarnya banyak isi dalam media elektronik dari dalam dan luar negeri untuk dijadikan isu artikel. Dan sebenarnya banyak isi dalam media pro-kerajaan yang boleh dimanipulasikan untuk serangan balas. Peluru rifle mereka, boleh disambut dan dibaling balik sebagai mortar. C4 mereka boleh disambut dan dipunggai semula jadi bom atom.

Aku tak faham kenapa ada pemimpin PAS saran jangan baca akhbar perdana. Takut apa..? Takut terpengaruh? Kita semua ada akal dan fikiran. Bila kita pergi pekan, memang ada kedai judi dan kedai arak. Arak dan judi memang haram, tapi kita bukan nak pergi situ..kita nak pergi kedai alatulis atau kedai perabot. Di pasar awam - memang ada peniaga Cina jual ayam tak sembelih, tapi kita bukan nak beli yang itu.. kita nak beli ayam peniaga Islam yang disembelih. Dunia ini memang begitu. Masing-masing kita kena pandai-pandai bawa diri, masing-masing kena jaga diri. Itu saja.

Dalam setiap perang di zaman Nabi dan sahabat.. apabila tentera Islam menang, salah satu harta rampasan (ghanimah) yang diambil adalah apa?.. senjata musuh, perisai, baju besi, kuda. Pasai apa? Salah satunya - untuk digunapakai oleh tentera Islam untuk membantai balik kaum musyrikin dalam perang selanjutnya.

Samalah juga dengan isi berita akhbar media perdana pro-kerajaan. Ambillah beberapa isinya untuk dibantai semula. Samalah juga dengan isi blog pro-BN macam Parpukari, Gomo, Perak Bangkit dan lain-lain telah digunakan oleh pejuang PAS di Bukit Gantang, seperti dimaklumkan oleh Cyberboron. Hasilnya.. berjaya! Tapi.. puak-puak atasan PAS tak tengok susah payah ini, masih kata.. bukan semua orang PAS tengok internet. Woit, nak menang bukan hanya cukup dengan undi ahli PAS! kena dapat sokongan orang bukan Islam, orang atas pagar dan orang yang tak ambil kisah pasal politik. Perbezaan motif politik parti bertanding kena dijelaskan secara berseni dan informal. Baru berkesan. Orang atasan PAS bukan kisahkan perang di alam siber ini. Pertempuran siber para pejuang Bloggers Network semasa PRK Bukit Gantang dulu hampir berlaku di alam nyata, kalau tidak kerana Geng BPN UMNO kecut. Ada orang atasan PAS tahu hal ini? hrmpph.

Okey, kita patah balik isu asal. Macam isu Harakah ini.. bicara debat bermula dengan cabaran Mursyidul Am PAS sendiri. Takkan Harakah selaku tuan tanah @ tuan rumah sendiri lambat.. Di zaman ini kita kena pantas dan cepat. Adakah wartawan Harakah lembap atau terlampau berhati-hati? Wallahu A'lam. Di mana TG Nik Aziz berada, sepatutnya akan ada Setpolnya, akan ada wakil media rasmi partinya - Harakah. Sebab.. begitulah yang dibuat oleh pemimpin BN. Di mana saja pemimpin mereka berada, di mana saja sidang media mereka.. pasti akan dikerumuni para wartawan.

Dalam pada itu, ada pemimpin PAS menyeru ahlinya agar kena baca akhbar Harakah sahaja. Apa ni? Dalam zaman sains teknologi ini, semua peristiwa berlaku dalam dunia setiap saat. Bukan beberapa hari sekali. Zaman media tradisional ini hanya untuk yang tak berkemampuan mengamati media internet. Kita faham.. bukan semua ahli PAS ada internet.. bukan semua tahu guna komputer. Tetapi jangan lupa.. ramai juga amat mahir dengan komputer dan internet.

Sebab itu, banyak blog berfokus politik lahir. Lahirnya menambah rencah kari politik negara. Punya banyak blog menyokong Pakatan Rakyat.. tiada siapa suruh mereka memblog. Mereka ikhlas memblog. Ada yang guna platform percuma, macam aku.. malah tidak kurang pula yang membeli domain sendiri. Untuk apa? untuk kepuasan diri dalam meluahkan rasa hati terhadap perkembangan politik negara.

Aku tak tau apa nak jadi kalau dalam internet ini, hanya blog-blog pro-BN sahaja yang beroperasi. Lingkup.. Bungkus.

Bab media cetak, memang dah nyata. Aku ada komen tentangnya semasa dan selepas PRK Penanti tempohari. Sudahlah media cetak cuba mengherotkan fikiran ramai rakyat, janganlah media elektronik pula terpele'ot sama. Tetapi bagi aku, setiap hujjah media pro-BN, mesti ditangkis dan dibahas semula. Bukan hingga tak baca, biar dan buat tak kisah sahaja.

Maaf, aku tegur Harakah Online. Bukan sebab apa, sebab nakkan PAS menang.. supaya akan wujud Kerajaan Islam di bumi Malaysia ini.. agar PAS pula di hadapan.. bukan lagi nun jauh di belakang. Dalam dunia ini, setiap teguran perlu diterima untuk kebaikan. Ada teguran berhemah, ada teguran tohmah. Sebab itu, Allah ciptakan adanya cili padi atau cabai melaka.. selain diciptakan-Nya manisan berupa gula dan gula-gula.

6 comments:

  • huisyy.. pedas nih. tapi aku setuju. media pas memang slow. kalau akhbar harakah lambat, orang tahu sebab dikawal pengeluaran oleh KDN. tapi laporan online sepatutnya tak macam tu. kenalah laju.

  • wei BTS.. kalau hang dah tak suka harakah online, sapa suruh baca. bukan harakah suruh hang wajib baca berita dia. pi la baca berita hairan, utusan meloya tuh. awat yang nak bisin-bisin!

  • ketambatu, salam. itu saja yang kita boleh kata.

    striker, salam. bagus pandangan hang. okey.. sekarang aku cuba tukar tulisan hang.. yang 'harakah' tukar jadi 'PAS'. 'baca' tukar jadi 'undi'. 'berita hairan' dan 'utusan meloya' jadi 'BN'. aku buang perkataan 'berita'.

    wei BTS.. kalau hang dah tak suka PAS, sapa suruh undi. bukan PAS suruh hang wajib undi dia. pi la undi BN tuh. awat yang nak bisin-bisin!

    tengok.. ada mirip-mirip kenyataan awal hang tak? kalau macam tu pandangan hang, padan la harakah dok kat belakang selalu. pasai tu PAS susah nak maju dan menarik orang baru.

    teguran aku bersebab.. atau hang memang tak baca habis kot.

  • harakah punya orang makan gaji - mana ada jihad dahhhh

  • anon 11:12pm, salam. makan gaji tiada masalah. wartawan media cetak dan elektronik bagi BH, UM, NST, atau Mkini, MInsider dll itupun makan gaji juga. semua kerja kompeni. tapi kerja mereka cekap dan pantas. isi maklumat mereka juga tepat. kenapa wartawan harakah tak sebegitu?

    ramai para bloggers sukarela (bukan upah) pun laju-laju update blog mereka. itu persoalannya.

  • SEBAB HARAKAH DOK PIKIAQ MACAM MANA NAK PUTAQ ALAM... TU YG LAMBAT TU... INGAT SENANG KA NAK WAT 'FITNAH'???

    HAHAHAHAHA

Post a Comment