Kerana Berebut Durian, Peneroka Maut Ditetak Jiran - Satu Analogi

KUANTAN, 16 Jun (Bernama) -- Gara-gara berebutkan buah durian, seorang peneroka Felda Padang Piul, Jerantut, maut selepas dipercayai ditetak jirannya dengan sebilah parang, petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Pemangku Supt Jamaluddin Abd Rahman berkata kejadian berlaku pada pukul 1 petang apabila lelaki yang hanya dikenali sebagai Abdul Samad, 50, dipercayai berselisih faham dengan jirannya kerana berebutkan buah durian yang gugur di belakang rumah mereka yang tidak berpagar.

"Kedua-dua mereka bergaduh di belakang rumah, di mana terdapat kebun buah durian yang tidak bersempadan, sebelum Abdul Samad ditetak di bahagian badan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. [...]


Mula-mula, Kita kata "Innalillahi wa-inna-ilaihi-roji-'uun". Kedua - Kita bacakan Al-Fatihah untuk arwah itu. Ketiga - Berdoalah kita moga Allah mengampuni untuk yang telah meninggal, dan untuk jirannya yang masih hidup.

Itulah kisahnya.. Pada agakan aku.. hanya kerana tiada pagar antara tanah kebun masing-masing sebagai sempadan. Tak tau la, ada batu penanda tanah atau tidak.. Dekat sempadan tanah masing-masing, ada pokok durian milik masing-masing sebelah menyebelah. Dahan pokok durian orang ni .. melintas atas tanah orang nu, dahan pokok durian orang nu pulak.. melintas atas tanah orang ni. Bila dah musim durian, adalah buah durian yang gugur antara kedua tanah kita itu. Bila bunyi 'dum', keduanya keluar dari dangau. Maka kedua-duanya kata, buah itu dia punya. Kesannya, seperti yang kita baca di atas tadi - bergaduh besar.

Boleh tak kaitkan dengan Darihal Tanah Perpaduan yang tengah dok bising-bising la ni? Macam ni.. Katalah kita berdua tanah sebelah-sebelah. Dulu kita ada pagar, aku tau sini batu penanda tanah aku, ini pagar aku dengan hang. Hang pun macam tu. La ni.. oleh kerana kita bersatu untuk wujudkan Tanah Perpaduan, kita buang batu penanda, kita buang pagar antara tanah kita. Kita hidup sama-sama. Kita kan bersaudara? Baguslah.

Itu masa kita bagus. Masa kita tak bagus? Itu masa anak-anak kita bagus. Masa anak-anak kita tak bagus? Kalau anak hang lintas masuk bantai semua buah pokok betik aku yang aku dah lama mengidam, termasuk yang putik pun licin.. ; Anak aku pulak lintas pi sana main tibai basikal anak hang sampai putus preweng, handle jadi kiat .. Apa macam? Tukang mengacum ada, tukang cucuk ramai pulak. Tambah pulak orang rumah 'pot pet pot pet". Hah.. lama-lama boleh kecundang Tanah Perpaduan.

Baik kita pasang balik batu penanda tanah. Kita pasang balik pagar tu. Baru kena gaya, kan? Baguslah kalau betul beritanya begini.

2 comments:

Post a Comment