Anwar kena belajar dengan Probowo
5 days ago
|
Showing posts with label Raja dan Kesultanan. Show all posts
Showing posts with label Raja dan Kesultanan. Show all posts
Kerajaan Malaysia - Antara Ahli Politik Dan Raja BerperlembagaanDalam kesibukan PRK DUN Manek Urai, dalam keriuhan Kerajaan Perpaduan, dalam pertikaian MB Perak, dalam pertikaian mahkamah Anwar Ibrahim-Saiful - jelas, itu semuanya politik. Oleh kerana ianya politik, itu kerja orang politik dan mesti diselesaikan oleh ahli politik. Kalau tak diselesai di mahkamah (judiciary) mestilah diselesaikan di peringkat Parlimen dan Dewan Negara (legislative). Lagipun, jentera kerajaan persekutuan (executive) yang jelas di bawah Perdana Menteri tentu cuba selesaikan. Jadi, semua hal-ehwal politik pemerintahan negeri dan negara bukanlah kerja Raja dan Sultan. Bukankah Sultan dan raja 'di atas' politik? Sesungguhnya Sultan dan Raja tidaklah pekak. Rakyat kena belajar selesaikan sendiri masalah mereka. Sultan dan Raja pula akan terus mendengar..
Aku tidak mempertikai hak dan kuasa raja di bumi Malaysia ini. Mereka kan ketua agama Islam di negara ini. Mereka tentunya dah lama bersedia menjawab soalan Tuhan di Hari Perhitungan kelak. Cuma aku nak kata, memang seronok jadi Sultan dan Yang Dipertuan Agong di Malaysia ini. Sentiasa berada di 'atas', dan mendengar.. Semalam, di mana DYMM Yang Dipertuan Agong.. Adakah di di Manek Urai atau Kubang Badak atau Kuala Lumpur atau Long Pasia? tidak.. sebaliknya muncul sekaligus mengejutkan penduduk Kerpert, Brittany di pedalaman Perancis untuk menyertai pertandingan lumba kuda, juga nak beli beberapa ekor kuda.. Mungkin rakyat pedalaman Sabah, Sarawak dan Semenanjung tidak kisah atau sedih bila tanah buminya masih belum dicemar duli oleh mana-mana YDP Agong.Best kan jadi Agong? Kalau ikut Laporan Perbendaharaan Malaysia, Elaun Diraja YDP Agong pada 2008 diperuntukkan RM13.5 juta. Ditelnya, aku tak tahu.. tapi cerita-ceritinya ada. Sedikit je kan?.. lepaslah kalau nak bersantai di luar negara, bila boring-boring duduk dalam Malaysia. Bukankah rakyat perlu selesaikan masalah mereka sendiri. Dari luar negeri juga, raja dan sultan akan tetap melihat dan mendengar. Rakyat tertiarap ka, terbongkang ka, terlungkup ka.. raja dan sultan akan tetap terus melihat dan mendengar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INFO PRK DUN MANEK URAIPenamaan Calon ::: ISNIN ::::::: 06-07-2009 ::: Pilihanraya Kecil :: SELASA ::: 14-07-2009 ::: >> LAMAN WEB RASMI PRK DUN N.41 MANEK URAI << ARKIB BLOG
FELLOW BLOGGERS
DON'T EVER CHANGE THE GREEN ONE. TQ.
BERITA ALTERNATIF
|
Fellow Bloggers
Komen TerkiniFellow Pro-PR Bloggers
Mengenai Saya
Kategori Artikel
Fellow Pro-BN Bloggers
Media Kerajaan |
Bukit Teluk Sera © 2009
Back to TOP